BAB 12

55 4 0
                                    

     Setibanya kami di hotel, aku terus membaringkan tubuhku di atas katil. Suamiku pula memandangku risau. Dia melekapkan belakang tapak tangannya di dahiku sebelum mengambil ubat dan menyuruh aku menelannya. ' Sayang! Makan ubat dulu tau. Lepastu rest banyak-banyak' katanya.

         Lepas melihat aku berjaya menelan ubat tersebut, dia terus bangun untuk metetakkan gelas namun terbantut kerana tanganku memegang tangannya. Dia terus berpaling kepadaku dan duduk di birai katil bersebelahan denganku. Tangannya membalas genggaman tanganku sementara sebelah tangannya digunakan untuk mengusap lembut ubun-ubunku. Dia menunggu aku berkata-kata.

      'A..A..bang, sayang minta maaf tau sebab sayang kita punya plan untuk sekarang ditangguhkan'.

           'Hey! Hey! Apa cakap macam tu. Abang ok je la. Banyak lagi masa kita boleh luangkan sama-sama.Nanti bila sayang dah okey sikit, kita bolehlah keluar jalan-jalan area sini. Yang penting sweetheart abang ni sihat. Sekarang abang nak sayang pejam mata dan rest banyak-banyak'. Dia terus mendakap tubuhku sambil memejamkan mata. Kami berdua terlelap dalam keadaan itu.

            Aku terbangun saat terdengar bunyi dari bilik air. Aku memandang di sebelahku, namun melihatkan ianya kosong, aku dah boleh agak suamiku berada di dalam sana. Aku terus bangun dan bersandar di birai katil. Kepalaku dah kurang rasa pening mungkin effect dari ubat yang aku telan tadi. Tak lama kemudian, pintu bilik air dibuka, dan aku terus tersenyum melihat wajah suamiku. Dia yang seakan-akan sedar dirinya diperhatikan, terus laju menuju ke arahku.

       Dia merasa suhu dari tubuhku dan saat melihatkan keadaanku yang dah okey, dia menghembuskan nafas lega.'Sayang dah okey? Ada rasa pening-pening lagi tak?' aku terus menggeleng bagi menjawab pertanyaanku.

           'Abang, sayang lapar', kataku sambil menggosok perutku. Dia tergelak melihat telatahku dan terus menarik hidungku.

        'Alololo. Sayang kita lapar ye. Sekarang sayang pergi bersiap dulu. Lepas solat kita pergi keluar makan'. Aku mengangguk dan suamiku terus membantu aku berdiri untuk ke bilik air.

         Masuk sahaja aku ke bilik air, dia terus mencari dan menyediakan pakaianku diletakkan di atas katil.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang