Nuwail mengambil peluang menatap wajah wanita di sebelahnya. Subhanallah, indah sungguh ciptaanMu. Aku yang masih leka dipandang dengan penuh rasa.
Terbit juga rasa kasihan dengan wanita ini. 'Kenapa angah sanggup mempersia-siakan permata yang berharga demi sebuah kaca', hati Kaif bermonolog sendirian.
Hidungnya yang terletak elok, matanya yang bulat dan bersinar serta kulitnya yang putih kemerahan membuatkan hati Nuwail dilanda satu debaran yang tidak pernah dirasakannya dengan wanita lain.
Bukan tiada perempuan yang cuba mendekatinya, tetapi Nuwail menolak mereka mentah-mentah. Mungkin bosan dengan tingkah mereka yang terlalu berlebihan. Dia sendiri tidak tahu.
Dia cuba menghilangkan debaran dan mengalihkan pandangan ke dasar kolam. Suasana senyap seketika saat masing-masing cuba menenangkan perasaan. Kemudian, Nuwail berdehem untuk menyedarkan aku yang masih dalam duniaku sendiri.
Aku yang tersentak terus mengalihkan pandanganku ke arah Nuwail.'Ara! awak okey ke?', Dalam teragak-agak dia bertanya. Aku hanya mengangguk kecil.
'Saya harap, Ara akan terus bersabar dengan semua ni dan kalau boleh, saya tak nak tengok Ara sedih lagi. Saya tahu Ara sakit sangat kat sini kan?' dia berkata sambil menunjuk ke arah dadanya.
'Sakit tu memang sakit sangat. Saya tak boleh nafikan itu. Tapi, apa yang pasti selagi saya mampu bertahan, saya akan cuba bertahan demi suami saya'. Aku berkata perlahan.
Aku mengelap air mata dengan sapu tangan yang dihulurkan Nuwail. 'Eh! apalah air mata ni, asyik nak keluar je kan?. Sejak kebelakangan ini, hampir setiap masa air mataku mengalir. Cengeng kau, Ara, getusku sendirian.
'Asal awak tak sleep lagi ni. Esok tak kerja ke?' Aku cuba menukar topik saat emosiku sedikit okey. Nuwail yang seakan tahu apa yang ingin disampaikan hanya mengangguk sebelum bersuara.
'Saya kerja esok. Tapi tu la tak rasa mengantuk lagi. Lagipun tadi saya keluar nak ambil angin malam je tapi ternampak awak kat sini. Tu yang saya datang sini'. Kata Nuwail kembali menjawab pertanyaanku.
Tanpa disedari, dua pasang mata sedang memandang mereka. Siapa lagi kalau bukan Kaif dan Leya. 'Bie, bila bie nak ceraikan perempuan tu', tanya Leya sambil tangan memeluk badan Kaif dari sisi.
Kaif terus memandang ke arah wajah cemberut Leya.' Baby jangan risau.Tak lama lagi bie akan ceraikan perempuan tu. Bie pun dah tak sanggup nak mengadap muka dia tu. Benci tahu tak' kata Kaif sambil memeluk dan mencium ubun-ubun Leya.
Mendengar kata dari Kaif, Leya tersenyum sinis dalam diam. 'Padan muka kau perempuan. Rasakan macam mana sakitnya bila kehilangan suami yang sangat kau cintai'.
Selesai sahaja berborak, Aku dan Nuwail menapak masuk ke dalam rumah. Aku memandang ke arah pintu bilik Kaif lama semasa melalui bilik Kaif. Nuwail hanya berpura-pura tidak melihat.
Dia tidak mahu mood sedihku kembali lagi. Sebelum pintu bilik dibuka, sempat lagi dia berpesan kepadaku agar terus kuat dan hatinya kembali lega melihatkan anggukan daripadaku.
Aku merasa hairan dengan tingkah Nuwail. Perilakunya macam dia terlalu risau dan mengambil berat akan keadaanku. Mungkin salah satu sebabnya, aku adalah kakak iparnya. Itu yang membuatkan dia rasa bertanggungjawab dengan keadaanku. Aku sendiri pun tak tahu.
Nuwail terus memegang dadanya sekali lagi saat mengingatkan senyuman yang dihadiahkan Ara dan akhirnya dia memejamkan mata semula bila dah kembali tenang.
Manakala, Aku masih lagi dengan senyuman apabila teringatkan perbualanku dengan Nuwail tadi. Tiba-tiba senyumanku menjadi luntur kembali apabila teringatkan suamiku.
Aku terus meletakkan kepala di atas katil. Bila difikirkan semula, sudah lama aku tidak tidur di atas katil. Selalunya aku hanya tidur beralaskan beg pakaian serta kain sarung sebagai selimut. Melainkan, jika aku kembali ke rumah sewa.
Aku cuba memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang ada unuk bersama Kaif. Walaupun Kaif tidak langsung melayanku, at least aku masih boleh menatap wajahnya. Itu dah memadai bagiku.
'Ara! Ara! apa yang kau harapkan sebenarnya ea? Kau yakin ke hubungan kau dengan Kaif akan kembali seperti dulu?'kata hatiku berbicara sendiri. Manakala, suara hati yang satu lagi turut mencantas
'Kau kena yakin, kau akan dapatkan Kaif yang dulu. Yang sayang dan cintakan kau sepenuh hati'. Tapi mampukah aku? Aku menutup mata bagi menghilangkan segala rasa yang bermain-main difikiranku.
Tepat jam 12 tengah hari, aku bergerak ke kereta milik Kaif. Aku mengambil tempat di bahagian belakang, memandangkan seat sebelah pemandu diisi oleh Leya. Aku hanya akur dan kereta terus bergerak laju meninggalkan perkarangan rumah.
Memandangkan esok kami dah mula masuk kerja, jadi terpaksalah kami balik awal ke rumah. Tak tahu kenapa aku merasakan Kaif amat baik hari ni sampai dia hanya setuju bila aku meminta untuk pulang bersama.
Pandanganku terhala ke depan. Kaif ku lihat, sedang melayan keletah Leya. Aku dah rasa macam kosong je. Nak cemburu pun aku rasa, ada hak ke untuk aku rasa begitu. Last-last aku hanya memejamkan mata.
Namun, sebelum mataku terlelap, aku seakan-akan melihat Kaif memandang ke arahku dari cermin depan. Mungkin aku salah melihat dan aku terus terlelap.
Buka sahaja mata, aku disajikan dengan keriuhan orang ramai. Aku memandang sekeliling, rupanya sekarang kami berada di RnR. Kelibat Kaif dan Leya juga tidak kelihatan. Mungkin juga mereka telah keluar.
Aku berfikir sama ada patutkah aku keluar mencari mereka untuk mengisi perut atau stay di dalam kereta sahaja. Akhirnya, setelah menimbang tara keputusanku, aku keluar dan menuju ke arah mereka bila mana imej mereka tertangkap di kornea mataku. (Ceh! ayat hiperbola, macam nak berperang).
Aku melajukan langkahku. Sampai sahaja di meja yang diduduki mereka, pandangan kurang senang dihadiahkan kepadaku. Aku menarik kerusi yang kosong di sebelah suamiku memandangkan Leya bertentangan dengan dia.
'Jom lah bie, panas pula duduk kat sini' Leya terus bersuara. Aku memandang sekeliling namun aku tahu apa yang cuba disampaikan.
'Tapi.. makanan ni banyak lagi. Habiskan dulu. Tak baik membazir', aku berkata perlahan untuk memujuk Leya menghabiskan makanannya tanpa terganggu dengan kehadiranku.
'Kau kesah kenapa? Dahlah baby, Bie pun rasa dah tak boleh telan makanan ni. Tempat ni pun dah rasa macam semak', Dia terus mengheret Leya dan berlalu pergi. Aku mengeluh kecil sebelum mula mengambil makanan milik suamiku.
Dalam ralit aku makan, aku perhatikan kereta suamiku bergerak keluar dari kawasan parking. Aku cepat-cepat menghabiskan makanan. Namun, semua itu sia-sia. Bilamana bayang-bayang kereta pun sudah tidak kelihatan.
'Sampai hati abang tinggalkan sayang kat sini sorang-sorang. Kenapa kejam sangat dengan Ara, Kaif', aku menekup mukaku kesal. Patutnya tadi aku tahankan je lapar tu. Duduk diam dalam kereta. Kan dah mendapat.
Aku menunggu lagi. Sudah hampir dua jam, namun, kereta suamiku masih tidak kelihatan. Dia memang nekad tinggalkan aku sendirian. Aku melangkah perlahan-lahan ke arah kerusi yang tersedia.
Aku mengambil keputusan untuk menghubungi Azra unuk menghantarku pulang. Tidak sampai sejam aku menunggu, Azra datang memeluk sambil menenangkanku.
Sepanjang perjalanan, aku hanya mendengar Azra berleter, melepaskan ketidakpuasan hatinya dengan tingkah suamiku. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Sakit! Ye aku sakit! Namun, tiada apa yang mampu aku lakukan.
Assalam and hi guys. Sorry for the late update. Idea sis lost...dok merantau ke mana pun sis tak tahu. Thanks kepada yang singgah n read my story. Hope enjoy even x berapa best. Hehe..
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Novela JuvenilSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...