BAB 21

51 4 0
                                    

        Sudah hampir sebulan aku kembali ke kampus dan rumah sewa. Namun, suamiku tidak pernah menelefonku apatah lagi datang melawatku di sini. Sebelum aku datang sini pun, layanannya kepadaku semakin dingin. Sebelum aku pulang ke sini, aku meminta izin kepadanya untuk balik ke sini dan dia kelihatannya tidak kisah pun. Bahkan, aku disuruhnya ambil je mana-mana grab atau teksi untuk ke rumah sewaku.

        Siapa je tak sedih namun aku cuba untuk mengabaikannya. Aku hanya menumpukan perhatian kepada pelajaranku. Memandangkan aku sudah pelajar akhir tahun, aku perlu sentiasa fokus. Dalam seminggu lagi, aku akan menjalani latihan praktikalku. Aku tak tahulah apa yang akan jadi kerana aku akan menjalani latihan praktikalku di syarikat milik suamiku dan dalam masa yang sama Leya juga turut bekerja di situ.

      Aku juga membuat kerja part-time untuk menampung perbelanjaanku. Memang abang-abangku dan Kaif selalu memasukkan duit ke bank, namun hanya time kecemasan je la aku akan gunakannya. Duit Kaif? Hmm langsung tidak aku sentuh. Aku tidak tahu kenapa jadi better aku biarkan sahaja je di dalam bank. Lagipun perbelanjaanku bukanlah banyak sangat kerana aku berbelanja mengikut apa yang penting sahaja.

      Rindu? Ye! Aku sangat rindukan suamiku. Namun, aku tak pasti adakah dia merasakan perkara yang sama denganku sedangkan dia langsung tidak bertanyakan khabarku di sini. Nasib aku ada Azra di sini menemaniku. Dia tidak pernah meninggalkanku sendirian. Dia tahu masalah yang berlaku antara aku dan Kaif, that's why dia selalu ada denganku kerana tidak mahu aku sedih sendirian dengan orang yang tidak mengambil berat tentangku.

         'Ara sayang, jom teman saya pergi jalan-jalan dekat shopping mall hari ni. Bosan la duduk berkurung je. Boleh mendap otak saya kalau macam ni', Dia terus menggoncang lembut tanganku dan membuat muka comelnya. Aku memang tidak boleh menolak la kalau macam ni la tingkah dia. Aku mengangguk kerana betul juga apa dia cakap. Otak aku pun nak juga bebas dari memikirkan Kaif, assignment and macam-macam lagi.

        Azra apa lagi, melihatkan reaksiku, dia terus bangun dan mencium kedua-dua belah pipiku. Gembira sangat nampak. Kami berdua kemudian tergelak sesama sendiri. Time to release my tension. 




Untunglah sapa yang dapat kawan macam Azra. At least Ara ada orang yang betul ambil berat pasal dia except keluarga dia kn..Nah triple update. Rajin sikit la sis membuka wattpad hrini..hehe, tq kpd yg sudi singgah n read this story..

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang