Sudah 2 hari aku berada di rumah keluarga belah suamiku. Namun layanan mummy tetap sama, dingin. Aku tidak tahu macammana lagi cara nak rapatkan hubungan dengannya. Hari ini aku akan mengikut suamiku balik ke vila miliknya. Jadi, aku mempersiapkan pakaian kami untuk dibawa ke sana sementara suamiku mengikut daddy bermain golf di luar. Lepas meletakkan pakaian terakhir di dalam beg, aku bergerak ke balkoni bilikku dan memandang sekeliling kawasan rumah. Tidak dinafikan, rumah ini sangat cantik dan elit maklumlah milik keluarga tengku.
Mataku melilau di sekeliling kolam dan aku lihat Nuwail sedang duduk di gazebo berhampiran kolam renang, bersebelahan taman milik mummy sambil memakai headfon. Aku hanya memandang gerak-gerinya entah kenapa aku agak tertarik untuk memerhatikan dia. Mungkin sebab semua kerja aku dah selesai.
Memang aku akui, semua ahli keluarga Kaif mempunyai rupa paras yang elok dan tidak hairanlah jika sesiapa sahaja yang melihat mereka akan terpikat. Masa aku mula mengenali Kaif dulu pun terlalu ramai perempuan yang mengejarnya.
Seakan terasa dirinya diperhatikan, matanya terus tajam memandang ke arah balkoni milik abangnya. Aku pula yang dah tertangkap merenungnya berasa cuak dan terus masuk ke bilik sambil mengibas seluruh mukaku yang terasa membahang. ' Aduh, Ara. Apa kau buat ni. Dah kenapa la kau lari. Nampak sangat kau memang menghendap dia tadi'. kataku sendirian.
Dari sudut yang lain pula, Nuwail hanya tersenyum melihatkan muka kakak iparnya yang gelabah saat matanya merenung tajam tadi. Bukan apa, dia pun tak sangka bahawa, Ara ralit memerhatikannya. 'Comel giler muka dia tadi. Alahai, Ara! Ara!'kata hati Nuwail bersuara. Dan tidak semena-mena tangannya terus memegang dada menghentikan denyutan yang laju akibat renungan Ara. Tanpa disedari sesiapa, dia tersenyum nipis.
Aku tersedar saat merasa pipiku dicuit lembut oleh seseorang. Aku terus membuka mata dan menggosok lengan milik suamiku. Dia terus mengangkatku duduk di atas ribanya. Tangannya pula sibuk bermain dengan helaian rambutku. 'Jom sayang, kita dah kena bertolak ni. Nanti lambat sampai pula kat vila nanti', kata Kaif dengan lembut sambil mencium ubunku. Aku terus mengangguk dan bangun untuk membersihkan diri.
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Teen FictionSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...