Pulang sahaja dari 'honeymoon', rutin harian kami kembali seperti biasa. Tapi, sepanjang dua bulan ini, Kaif kelihatannya semakin sibuk dan selalu sahaja pulang lewat ke rumah. Kadang-kadang, bila aku sudah tidur baru dia sampai ke rumah. Aku turun ke dapur dan menyediakan bahan-bahan untuk memasak.
Hari ini aku bercadang untuk memasak ikan patin masak tempoyak dan asam pedas yang mana kedua-duanya merupakan makanan kegemaran Kaif. Aku menilik jam dah hampir pukul 8 malam. Bunyi enjin kereta membuatkan aku terus menanggalkan apron di tubuhku dan bergerak ke pintu utama.
Aku menyambutnya dengan senyuman namun tidak dibalas. Aku perasan sejak beberapa bulan ni dia seakan-akan dingin denganku. Namun, aku tidak mahu membuat sebarang andaian. Aku mengikutnya dari belakang. 'Abang, sayang dah masak makan malam untuk kita. Jomlah makan dulu', aku menunggu balasannya namun apa yang aku dapat hanya anggukan.
Dia kemudian bergerak ke tingkat atas mungkin untuk membersihkan diri manakala beg kerjanya diletakkan di ruang tamu. Dalam sibuk aku menyediakan makanaa di atas meja, kedengaran telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk. Aku cuba untuk tidak mengambil tahu namun bunyi panggilan masuk membuatkan tanganku secara automatik menekan butang hijau. Kedengaran di sebelah sana suara perempuan. Aku mengunci mulutku menunggu apa yang hendak disampaikan oleh orang di sebelah sana.
'Bie..terima kasih sebab spend time dengan baby hari ni. Baby happy sangat-sangat. Bie ingat ea, jangan lupa cakap dengan isteri bie tu tentang apa yang kita bincang tadi. Kalau tak, bie terpaksa buat pilihan antara baby ataupun isteri bie. Lagi satu, esok kita jumpa bie. Bie kenapa senyap je ni? Takpe-takpe, baby tahu bie dah penat. Ok la bie, baby nak buat kerja kerja. Love you so much bie. Thanks for all this while', dan tidak semena-mena panggilan diputuskan serta skrin menjadi gelap.
Kakiku tiba-tiba menjadi lemah. Semua ini umpama mimpi bagi aku. 'Kaif sudah ada orang lain. Adakah orang tu adalah perempuan yang kitorang jumpa masa honeymoon kami. Ya Allah sesungguhnya aku tak kuat'. Aku mengelap air mata ketika Kaif keluar dari bilik menuju ke meja makan.
Meja makan kami hanya ditemani bunyi sudu berlaga sesama sendiri Senyap! Masing-masing hanyut dalam dunia sendiri.
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Ficção AdolescenteSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...