BAB 23

65 5 0
                                    

          Leya terus memeluk erat lengan Kaif sambil menghadiahkan senyuman sinis kepadaku manakala Kaif pula langsung tidak memandang wajahku. Aku mengendahkan reaksi mereka malah makin mendekati kedua-duanya sekali lagi.

        'Abang, abang sihat? Sayang rindu abang sangat-sangat. Dah sebulan, sayang langsung tak dengar khabar abang. Sayang call, whatsapp semua abang tak balas. Abang okay? Abang rindukan sayang tak? Tanyaku bertalu-talu kepadanya. Azra sudah bangun dari duduknya dan berdiri di sebelahku.

     'Abang? Sayang? Apa ni. Kan aku dah cakap dengan kau, panggil aku tengku. Gelilah nak ber'abang' 'sayang' dengan perempuan macam kau ni'..Kata Kaif kepadaku.

     'Kan daddy. Hmmm tak malu betul' tambah Leya. Aku hanya terdiam kerana masih tidak dapat menerima setiap perlakuan Kaif kepadaku. Begitu cepat dia berubah setelah mendapat kembali cinta pertama dia. Ya! Aku baru tahu rupa-rupanya Leya merupakan first love Kaif sehari sebelum aku balik ke rumah sewaku.

      Pandangan orang sekeliling tidak ku endahkan. 'Dahlah! Mummy jom kita pergi dari sini. Semak lah duduk sini. Rosak mood daddy tahu' katanya disusuli dengan ciuman lembut di pipi Leya. Hati aku sakit melihatkan itu semua membuatkan aku terus menunduk ke bawah menahan rasa.

        Aku hanya melihat pemergian mereka berdua dengan hujung mata. Azra tanpa berlengah membuat pembayaran dan membawa aku ke dalam kereta. Mood untuk membeli-belah dan sambung berjalan juga sudah hilang. Di dalam kereta, Azra terus memujukku kerana tidak mahu aku terus sedih.

       Apabila melihat aku sedikit tenang, dia terus menghidupkan enjin kereta dan terus memandu pulang ke rumah. Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan sambil cuba mengurangkan kesedihan. Sampai sahaja di rumah, aku terus masuk ke dalam bilik.

         Aku tidak sedar bila aku terlelap. Namun, bunyi ketukan di pintu membuatkan aku tersedar. Aku memandang jam dinding, pukul 8:30 malam. Aku bangun perlahan-lahan dari katil dan terus memulas tombol pintu. Wajah Azra kelihatannya risau dengan keadaanku. Dia terus masuk ke bilikku dan meletakkan dulang makanan di atas meja berdekatan katilku kemudian terus beralih ke arahku.

     Dia menilik wajahku sambil menjamah dahiku. Aku terus memegang tangannya dan menggeleng sebagai tanda aku tidak apa-apa. Dia melepaskan keluhan lega melihatkan aku. Dia menarik aku ke katil dan melabuhkan duduk di sebelahku.

        'Ara, betul ni awak tak apa-apa? Ke ada sakit mana-mana lagi. Please! Jangan buat saya risau macam tadi lagi. Awak tak payah fikir pasal diorang tu. Kejam betul. Kalau saya dah tiada rasa sabar tadi, memang saya tumbuk sorang-sorang', katanya lagi.

      Aku tergelak melihatkan gelagatnya. Azra!Azra!. Melihatkan reaksi aku, dia terus teringat tujuan dia datang ke sini. 'Eh Ara, awak makan ea. Saya suapkan. Dari tadi awak tak makan. Cepat nganga, lepas makan nasi, makan ubat pulak. Takut demam. Awak dahlah antibodi tak kuat', bebelnya dan aku hanya mengangguk.

       At least, Azra masih ada dengan aku. Aku ingin lupakan kejadian yang berlaku tadi. Dan selepas makan, kami berborak macam-macam perkara dan memang dengan Azra, aku tak henti-henti gelak. Malam ni merupakan malam terakhir aku duduk di rumah sewaku kerana esok aku akan balik ke rumah Kaif dan aku harap, aku akan terus kuat.


Enjoy reading guys.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang