Pagi itu, aku bangun dan macam biasa suamiku masih tidak melepaskan pelukannya. Aku cuba mengalihkan tangannya secara perlahan-lahan namun tidak berjaya. Aku memandang wajahnya dan perlahan-lahan tanganku bermain di wajahnya. Dari kening, pipi, hidung dan bibirnya, semuanya sangat elok terletak.
Dalam aku sibuk menilik wajahnya, terasa jariku digigit lembut olehnya membuatkan aku terus terbangun. Aku menjadi geram mendengar gelakan dari mulutnya, secara automatik dia berhenti menggelakkan aku malah digantikan dengan bunyi mengaduh. ' Ha! Gelak lagi, kan dah kena' aku tayang wajah cemberut.
Dia terus mendekatiku sambil menarikku duduk di atas ribanya. 'Ala, janganlah marah sayang, abang tak sengaja. Cuma abang tak sangka orang tu suka tenung dan stalk abang time tidur rupanya. Tu maknanya abang ni handsome sangat la ye' katanya sambil mengelus lembut pipiku. Aku terus menunduk tatkala tersedar perlakuanku tadi diperhatikannya.
Aku terus menolaknya dan bergerak ke bilik air.' Eh, sayang nak pergi mana tu'. Dia kelihatan terkejut dengan tingkahku.
'S...sayang nak p..p..pergi mandi dulu. Dah le..wat ni'. Aku cuba mempercepatkan langkahku. Namun, belum sempat kakiku melangkah ke bilik mandi, tubuhku terasa melayang bila diangkat seseorang.'Eh?'. Melihatkan suamiku, aku sudah tahu apa yang tersirat dalam pemikiran suamiku. 'Jom mandi sekali' katanya. Aku hanya membiarkan sahaja. Pasrah dengan tindakannya.
Aku memakai kasut sementara suamiku meletakkan beg kami di dalam bonet kereta. Kemudian, kami berdua mendekati keluargaku yang lain untuk bersalaman. Sampai sahaja giliran ayahku dia sempat berpesan kepada Kaif:
' Ayah harap kamu jaga anak ayah baik-baik. Jangan sakiti hati dia. Dia nampak je kuat tapi sebenarnya hati dia rapuh. Kalau kamu dah tak suka dan tak nak dekat anak ayah lagi, hantar dia kepada kami elok-elok tau. Ayah harap sangat kamu sayang dia sepenuh hati kami'. Kata-kata ayah membuatkan kami semua sebak. Maklumlah ini kali pertama aku berjauhan dari mereka.
'Baiklah ayah, ibu, abang Rith, abang Id, abang Fiq dan kak Mia. Kaif janji akan jaga Ara dengan sepenuh hati sebab dia adalah tanggungjawab Kaif. Jangan risau, inshaallah Kaif akan jaga dia macam nyawa Kaif sendiri'. Usai berkata-kata dia terus memeluk ayah dan abang-abangku.
Namun, hatiku seakan berbolak-balik. Macam ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Aku cuba menghilangkan rasa itu dari benak hatiku dan hanya mampu mengharapkan yang baik-baik sahaja akan berlaku.
Done chapter 5 utk hari ni. Sis x thu nak cakap ape. So jemputlah baca
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Teen FictionSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...