Habis sahaja akad dilafazkan, Kaif terus menuju ke arahku dan memegang lembut tanganku. Kemudian, dia terus menyarungkan cincin di jariku manakala aku berbuat perkara yang sama sambil menunduk mencium kedua-dua tangannya. Aku dapat merasakan getaran tanganku saat aku cuba menyarungkan cincin di jarinya.
Kaif pula terus mencium dahiku membuatkan aku merasa sebak dan gembira dalam masa yang sama. Melihatkan aku yang hampir menangis, Kaif memelukku sambil membisikkan 'akhirnya Ara dah jadi milik sah abang. Abang sangat gembira. Terima kasih sayang!'. Katanya sambil menahan sebak. Aku terus mengangguk dan menhadiahkan senyumanku kepadanya sambil mengelap air matanya. Ya! Aku sangat gembira.
Usai semua majlis, aku naik ke bilikku untuk membersihkan diri. Suamiku masih di bawah bersama-sama dengan ahli keluargaku yang lain di bawah. Aku terus menyakut tuala dan mengambil pakaianku sebelum masuk ke dalam bilik mandi. Keluar sahaja dari bilik air, aku duduk di hadapan cermin untuk menyikat rambutku dan saat teringatkan babak di mana kehangatan yang kurasai ketika suamiku mencium dahiku membuatkan tanganku secara automatik menyentuh di dahiku.
Dalam aku tenggelam memikirkan peristiwa tadi, terasa sepasang tangan melingkar di kedua-dua pinggangku dan memeluk erat tubuhku. Wajahku secara automatik menjadi merah apabila melihat pantulan dari cermin. Aku hanya bertindak mendiamkan diri saat suamiku menarik lembut tanganku menuju ke katil kami.
Aku masih menunduk kerana terlampau malu dengan kelakuannya. Renungan suamiku yang redup membuatkan aku tidak mampu menutup rasa gugupku sambil aku cuba memalingkan wajahku daripada tatapannya.
Belum sempat aku berbuat demikian, terasa tangan suamiku menyentuh wajahku sambil mendongakkan wajahku dengan lembut ke arahnya. Aku secara automatik mengipas-ngipas wajahku untuk mengurangkan rasa malu yang bertamu. Tingkahku membuahkan ketawa dari suamiku.
'Hei sayang! Malu dengan abang ea. Alololo comelnya dia' katanya lembut ke arahku sambil ketawa.
'M..ma..na ada. A..ara mana ada malu dengan Kaif' kataku sambil tergagap.
'Eh! Bukan Kaif tapi abang dan bukan Ara tapi sayang. Faham tak, sayang?' tambahnya lagi.
'S..Sejak bila kita t...t..tukar panggilan ni' tambahku lagi sambil menguatkan diri untuk memandang wajahnya.
Dia terus mengusap lembut ubun-ubunku kemudian kedua-dua tapak tangannya turun menyentuh wajahku dan seterunya terhenti di kedua-dua belah tanganku.
'Sejak tadi. Lepas sah sayang jadi milik abang, automatik panggilan kita akan jadi abang-sayang' dia terus melabuhkan ciuman di dahiku.
'B..baiklah ab..abang', kataku sambil terus menyembamkan wajahku di dadanya. Dia hanya tergelak mungki geli hati dengan tingkahku dan tangannya terus mengusap lembut kepalaku beserta ciuman yang bertalu-talu ke atas ubun-ubunku.
'Abang sangat cintakan sayang dan akan sayangkan sayang sampai bila-bila. Sayang akan sentiasa jadi milik abang dan takkan boleh digantikan dengan sesiapapun. Kaif sayang Ara sangat-sangat' katanya membuatkan aku terus mendongak memandangnya serta membalas ucapan cintanya ' Ara pun sayang Kaif sangat-sangat' kataku lembut. Aku cuba menepis rasa tidak sedap hati yang bertandang. 'Mengapa aku merasakan semua ini hanya sementara dan akan berubah nanti? Aku harap semuanya akan baik-baik sahaja.'
Belum sempat aku mengelamun jauh, tubuhku semakin dipeluk erat oleh suamiku dan aku hanya akur dengan kehendaknya. Kami tenggelam dalam melayari bahtera indah bersama-sama.
Alang-alang cuti panjang sangat. Sis bosan dan sebab tu la sempat siapkan beberapa bab. Musim covid-19 ni sis harap semua orang 'Stay At Home' dan sentiasa menjaga kebersihan. Tq kepada yang sudi singgah.
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA SEORANG NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~
Teen FictionSinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin leng...