Assalamualaikum & Hi,
I'M BACK TO COMPLETE ANGGUN MADEANNAH after dah berapa tahun entah hehehehe! Jangan marah tauu, sebab kitewww dah jadi busy person focus on my life huhuhu. So without wasting your time again, here you go!
Enjoy! ♡
***
CAHAYA lampu kereta berwarna hitam memasuki kawasan dan menerangi ruang depan Villa Qusy. Dua lelaki keluar dari kereta itu dengan senyuman misteri.
"Hari kejatuhan kau dah tiba, Quzyairi"
bisik Mustafa Risdan pada dirinya sendiri.
Mustafa Risdan bersama anak lelakinya, Madlan Rishlan serta beberapa anak-anak buahnya sudah tersenyum kemenangan.
"Apa kau orang tunggu lagi, masuk!" Jerit Madlan Rishlan kepada anak-anak buahnya setelah mendapat anggukan kecil dari ayahnya, Mustafa Risdan.
PRAM! BUSH!
Dengan sekali tendangan berkumpulan dari anak-anak buah Mustafa Risdan, pintu utama Villa Qusy hancur sekelip mata.
"Tolong! Tolong!"
Suara pembantu rumah dalam Villa Qusy berteriak meminta pertolongan namun tidak ada satu pun anak-anak buah Quzyairi atau Madeannah yang berada di Villa Qusy.
BANG! BANG!
Seluruh bunyi tembakan memenuhi ruang, perlahan-lahan teriakan meminta pertolongan hilang dari pendengaran.
"CARI MARKAS RAHSIA DAN AMBIL SEGALA MAKLUMAT YANG ADA!" Jerit Mustafa Risdan bergema seluruh Villa Qusy.
"OKAY BOSS"
Wajah Mustafa Risdan penuh dengan senyuman. Senyuman kemenangan. Kakinya melangkah perlahan dengan senyuman sinis. Melihat bingkai gambar besar di ruang tamu yang merupakan portrait perkahwinan musuhnya.
Quzyairi Qaiqusydan dan Anggun Madeannah.
"Mesti kau dah jumpa bini kesayangan kau kan?"
***
KERETA hitam mewah meluncur laju memasuki kawasan hospital. Berhenti tepat dihadapan bahagian kecemasan. Pintu kereta dibuka...
"ANYONE HELP MY WIFE!"
Semua orang yang berada di bahagian kecemasan memandang keliru ke arah Quzyairi yang menjerit dengan lantang.
Beberapa jururawat yang ada disitu juga turut memandang dengan penuh kebingungan.
"HELP MY WIFE!" Quzyairi jerit penuh kemarahan sambil mengendong isterinya yang berlemuran darah dan luka lebam keluar dari kereta mewah.
Dengan gerakan pantas berkumpul ramai doktor dan jururawat berlari ke kereta mewah itu apabila melihat wanita yang digendongnya, membantu Quzyairi membawa isterinya segera untuk mendapatkan rawatan.
"Sa..ve..ana...first.." bisik isterinya di cuping telinganya sebelum dinaikkan atas katil dan dibawa ke ruang kecemasan. Quzyairi mengangguk perlahan.
Quzyairi qaiqusydan hanya memandang isterinya memasuki ruang kecemasan tanpa mengejarnya. Dia cuma berharap isterinya dapat diselamatkan. Wanita itu ialah nyawanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Anggun Madeannah
ActionApakah yang anda lakukan bila anda tahu anda sebenarnya ketua mafia? Seorang gadis yatim piatu kematian kedua insan tercinta dipanggil ibu dan ayah ketika berusia enam belas tahun. Memori hitam yang meragut insan tercinta masih lagi berputar difikir...
