ZW 30

25 3 1
                                    

"Ingatkan tak jumpa jalan dah" -Taeyong.

Taeyong bersuara. Jinhye langsung tidak memandangnya. Dia tahu bahawa lelaki itu sedang marah.

Dia hanya mendiamkan diri dan menunduk. Dia terus duduk lalu mengeluarkan buku-buku subjek yang akan dipelajari.

Langsung tiada rasa untuk menegur teman serumahnya itu. Lelaki itu telah salah faham bahawa fail yang Yubin berikan itu bukanlah sengaja disorok.

-☆-

"Baiklah, kelas sampai di sini sahaja. Kamu semua boleh pulang sekarang"

Akhirnya kelas tamat. Kesemua pelajar bersorak gembira. Mereka sudah boleh pulang ke rumah dengan aman.

Jauh bezanya dengan Jinhye. Dia langsung tiada rasa untuk pulang. Dia bersandar pada kerusinya lalu menarik nafas dalam. Tidak tahu hala tuju seterusnya.

Dia tidak boleh pulang ke rumah sekarang. Sudah tentu Taeyong masih lagi marah terhadapnya.

Dia mengeluh. Mengapalah susah sangat menghadapi kehidupan sebegini? Dan mengapa kesemua masalah ini perlu datang dalam hidupnya.

Dia cuba berfikiran positif. Mungkin segala apa yang ditempuhnya ini baru sedikit. Pelbagai masalah lagi yang mungkin akan tiba.

Kerusi kosong di sebelahnya dipandang lama. Kemanalah lelaki itu menghilang sejak selepas waktu rehat tadi?

Melihatkan jam di dinding sudah menunjuk ke angka enam, dia terus mengemas mejanya. Buku-buku latihan dimasukkan ke dalam beg lalu digalas.

Dengan langkah yang masih lagi lemah, dia terus keluar daripada kelas itu dan bejalan menuju ke pintu pagar utama.

Sepanjang jalan itu, dia menahan rasa pening. Kepalanya tiba-tiba sahaja berdenyut namun langkahnya terus digagahkan untuk pulang.

"Dia dalam stor. Jom ah settle terus senang kerja"

Entah mengapa Jinhye tertarik dengan ayat salah seorang pelajar lelaki yang berkumpul di tepi pondok pengawal. Dia cuba menoleh.

Kelihatan beberapa orang senior sedang berkumpul. Nampak seperti sedang membincangkan sesuatu. Dan Jimin, turut berada di situ.

Rasa tidak sedap hati mula menyelubunginya. Dia dapat rasakan bahawa sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Sebaik kesemua pelajar itu mula bergerak, dia turut mengekori. Beg galasnya digantung di tepi pondok pengawal.

-☆-

"Siapa kat luar tu? Tolonglah buka pintu" -Taeyong.

Hampir sahaja lelaki itu menangis dan berputus asa apabila tiada sesiapa yang datang membantunya.

Sudah berjam-jam dia dikunci di dalam stor tukang cuci itu. Jam yang dipakainya dikerling sekilas. Sudah tamat sesi persekolahan dan dia masih tidak dapat keluar.

KLIKK!!

Kunci pintu itu dibuka dari luar. Mahu sahaja Taeyong memeluk sesiapa yang membukakan pintu itu untuknya.

Namun, tanggapannya jauh berbeza. Wajah yang berada di muka pintu kini ialah orang yang sama menguncinya pada waktu rehat tadi.

"Settle terus ah"

Pelajar itu bersuara lalu terus menarik Taeyong keluar dari stor itu. Bukan dengan niat untuk membantu tetapi ingin mengerjakannya.

Seperti di hari-hari yang biasa, lelaki itu dibuli lagi. Tetapi kali ini, lebih teruk berbanding biasa. Bukan si pembuli biasa yang mengerjakannya tetapi senior.

ZWILLINGE 2023Where stories live. Discover now