Jihoon masih lagi tidak berganjak daripada rooftop bangunan hospital itu. Dia keliru dengan apa yang sedang dia rasakan pada ketika ini.
Sudah hampir dua jam, dia hanya duduk berteleku memandang bandar Seoul itu. Kepalanya cukup serabut.
Sepanjang hidupnya, sudah terlalu banyak perkara yang disembunyikan daripadanya.
Bermula di hari pertama dia tinggal bersama doktor yang menjadi bapa angkatnya kini, Lee Sung Joon.
Dia tahu bahawa doktor itu bukanlah bapa kandungnya. Dan tiada apa yang masih tersimpan di dalam memorinya mengenai apa yang berlaku sebelum itu.
Perkara terakhir yang diingatinya adalah janjinya pada abang kembarnya yang sudah menghilang sejak berbelas-belas tahun dahulu.
"Aku tak tahan. Kenapa semua orang nak berahsia demgan aku?! Apa yang aku kurang sempurna sampai aku langsung tak tau apa-apa?!" -Jihoon.
Dia terus berdiri. Palang besi itu digenggam kuat. Perasaan marah mengawal dirinya.
Perasaannya kini tidak dapat digambarkan lagi. Rasa marah dan risau serta diiringi rasa bersalah atas segala apa yang berlaku.
Dalam fikirannya kini hanya ada dua perkara. Sama ada teruskan penyamaran atau pergi menyembunyikan diri.
KRINGG KRINGGG
Sekali lagi dia diganggu. Kali ini kemarahannya sedikit reda apabila melihat nama yang terpapar di skrin telefonnya.
Dia menarik nafas dalam sebelum menjawab panggilan telefon itu. Suaranya sedikit dibetulkan supaya si pemanggil tidak berasa curiga.
[ON CALL]
"Yuboseyo" -Jihoon.
"Yah! Hyung!" -Winwin.
"Nae? Waeyo?" -Jihoon.
"Doktor panggil hyung" -Winwin.
"Tak boleh ke kau gantikan hyung? Hyung kat rooftop lagi ni" -Jihoon.
"Ani. Hyung sendiri yang kena dengar" -Winwin.
[END CALL]
Sebaik Winwin menamatkan panggilan telefon, Jihoon terus mengeluh. Dia sedikit tertekan.
Apa pula punca doktor mahu bertemu dengannya? Mengapa bukan Winwin sahaja yang menjadi wakil sedangkan lelaki itu lebih rapat dengan Taeyong?
Dengan langkah yang malas, dia berjalan menuju ke tangga. Hatinya masih sukar untuk menerima segala yang telah berlaku sepanjang dirinya bergelar Joshua Hong.
-☆-
Winwin kini sedang duduk di sebelah sebuah katil putih di dalam sebuah bilik. Dia memandang sayu lelaki yang terbaring lemah itu.Taeyong masih tidak bersuara sebaik dia sedarkan diri. Dia kelihatan terlalu lemah sehinggakan tidak mampu untuk bersuara.
Sesekali lelaki cina itu mengeluh. Mengapa perkara seperti ini harus terjadi. Mengapa ia perlu terjadi sewaktu dirinya baru ingin merasakan kegembiraan?
Sudah bertahun-tahun dia menghuni di rumah yang dikongsi oleh empat sahabat itu dan akhirnya satu rahsia sudah terbongkar.
Selama lebih setahun mengenali dan tinggal bersama Taeyong, baru kali inilah dia mengetahui bahawa lelaki itu menghidap penyakit maut.
Bukan salahnya sahaja kerana tidak terlalu mengambil peduli mengenai lelaki itu, tetapi Taeyong juga yang terlalu berahsia.
Dan inilah hasilnya. Rahsia tentang penyakitnya terbongkar dan mengundang kemarahan orang lain.

YOU ARE READING
ZWILLINGE 2023
Teen FictionThe adaptation of ZWILLINGE 2018; same characters but slight different in plot. ZWILLINGE : A Novel of Two-World-Twins The story about us, a ring of promise. °•.~○~.~○~.•° Kehidupan terlalu mencabar. Letih; Itu saja yang dapat digambarkan olehny...