ZW12

77 6 0
                                    

"Kita dah takde masa" -Winwin.

Eunwoo melajukan pemanduannya apabila mendengar kata-kata lelaki cina di sebelahnya itu.

Mereka akhirnya berjaya menjejak lokasi Jimin selepas bertungkus-lumus mencari. Masa yang Jimin berikan hampir sahaja tamat.

Kereta yang dipandu oleh Eunwoo itu memasuki sebuah kawasan perumahan. Kelajuannya semakin diperlahankan.

"Kalau ikutkan, berhenti sini" -Taeyong.

Serta-merta brek kereta ditekan dan menyebabkan ketiga-tiga mereka tersentak. Winwin segera memandang ke arah sebuah rumah yang berada di hadapan.

Sebuah kereta mewah menarik perhatiannya. Tidak lain lagi. Itulah kereta milik Jane. Sudah tentu mereka berada di dalam.

"Kajja!" -Winwin.

Dia segera membuka pintu kereta dan berlari keluar. Dia meluru masuk ke dalam rumah itu diikuti Taeyong dan Eunwoo.

Setiap sudut rumah itu dilihat. Dia harap tiada perkara buruk yang bakal berlaku. Mereka bertiga tidak boleh berpecah kerana takut bahaya mendatang.

"Kau pembunuh!"

Mendengarkan jeritan itu, serentak mereka bertiga memandang ke arah tangga. Suara itu datangnya dari tingkat atas. Mereka memandang sesama sendiri.

"Atas" -Eunwoo.

Eunwoo memberi arahan. Taeyong dan Winwin mengangguk lalu berlari naik ke tingkat atas. Mereka amat berharap bahawa tiada apa yang berlaku.

Langkah mereka terus terhenti sebaik tiba di tingkat atas. Terlalu banyak bilik di situ. Dari bilik manakah suara itu datang sebenarnya?

Taeyong mendahului langkah. Dia menolak perlahan setiap pintu bilik yang terdapat di koridor itu. Winwin dan Eunwoo mengawasi dari arah belakang.

"Kosong?" -Taeyong.

Bilik terakhir yang dibukanya juga kosong. Tiada apa-apa. Kesemua pintu bilik di tingkat itu telah dibuka dan langsung tidak menemui apa-apa.

"Mesti ada sesuatu kat sini" -Winwin.

Winwin melangkah menghampiri sebuah almari yang mempunyai banyak peralatan makmal. Ia menarik perhatiannya.

Matanya ralit memerhati setiap peralatan itu dan akhirnya menangkap sesuatu. Terdapat sebuah rak tabung uji yang tidak disusun dengan tepat.

Terdetik niat untuk membetulkannya. Sebaik dia mengambil tabung uji yang disusun terbalik itu, almari itu bergerak dengan sendirinya.

Dia kaku begitu juga dengan Taeyong dan Eunwoo yang sedang memerhati tidak jauh di belakangnya.

Dia menoleh memandang kedua sahabatnya itu. Langkahnya mula diatur ke dalam ruang kosong yang gelap dan kelihatan seperti laluan untuk ke sesuatu tempat.

Tidak jauh berjalan ke dalam, terdapat cahaya yang menyinar. Mereka terus mengikut arah cahaya itu.

"Hyung!" -Winwin.

Terbuntang mata lelaki cina itu apabila melihat apa yang berada di hadapannya itu. Jihoon sudah terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai.

Segera dia berlari dan memeluk lelaki itu. Air matanya terus mengalir deras. Sungguh tidak dapat menyangka bahawa semua ini akan berlaku.

"Kau datang rupanya?" -Jimin.

Sebaik mendengar suara Jimin, Taeyong terus melangkah masuk. Dia takut jika Winwin turut disentuh olehnya.

ZWILLINGE 2023Where stories live. Discover now