ZW 32

28 3 1
                                    

"Complete. Jom balik" -Eunwoo.

Eunwoo menutup pintu bilik itu lalu melangkah menghampiri Taeyong dan Winwin. Mereka berdua tersenyum.

"Aku dah settle kat bawah so hyung boleh balik" -Eunwoo.

Taeyong terus berdiri. Dia mengambil jaket sekolahnya lalu berjalan ke arah almari. Beg galasnya diambil lalu dipakai.

"Kajja" -Taeyong.

Mereka bertiga terus melangkah keluar meninggalkan bilik itu. Bilik yang telah dihuni selama dua hari itu menjadi tempat segala perancangan dilakukan.

Dan hari ini, semuanya akan bermula. Misi yang mereka rancang selama dua hari ini akan menjadi penentu segalanya.

Kali ini mereka tetap. Keputusan kali ini tidak akan diubah. Biarpun tiada kekuatan bersama mereka, mereka tetap akan lakukannya.

Sedang elok mereka berjalan menuju ke tempat parkir kereta, Eunwoo berhenti. Taeyong dan Winwin turut berhenti dan memandangnya.

"Tak risau ke?" -Eunwoo.

"Nak risau apa? Kita bertiga" -Taeyong.

"Tak nak ajak Jinhye? Sekurangnya dia boleh tolong" -Eunwoo.

Mendengar sahaja nama Jinhye, Taeyong menyambung kembali langkahnya. Dia masih marah walaupun gadis itu telah menyelamatkan nyawanya sebelum ini.

Eunwoo memandang Winwin. Nampaknya Taeyong memang sedang marah. Tanpa dia sedar, rancangan ini sebenarnya membawa risiko besar.

Hidup? Tidak pasti. Mati? Sembilan puluh peratus mungkin terjadi. Tiada pelindung? Silap satu langkah, ketiga-tiga mereka tidak dapat melihat dunia lagi.

Mereka bertiga terus bertolak menuju ke destinasi. Semuanya perlu tamat hari ini. Selama dua hari mereka menyelidik segala apa yang Yubin tinggalkan dan ini hasilnya.

Mereka perlu membongkar segalanya. Punca dan mengapa Jihoon yang menjadi mangsa. Dan dalang di sebalik kes pembunuhan ini.

-☆-

"Memandangkan kelas habis awal, saya nak tanya. Ada apa-apa masalah sesama kamu?" -Tuan Choi.

Tuan Choi lebih tepat lagi pengetua Yeong Hwa High dan bapa kepada Choi Seungcheol itu memandang pelajar-pelajarnya.

Sudah lama dia tidak menanya jika terdapat masalah di antara pelajar mahupun di antara pelajar dan guru.

"Saem"

Seorang pelajar lelaki mengangkat tangannya lalu berdiri. Dia memandang wajah rakan-rakannya sebeluk membuka bicara.

"Apa yang jadi sebenarnya? Mana Jane? Joshua pun dah tak datang. Mana dorang?"

Seluruh kelas terdiam. Jinhye kaku mendengar soalan itu. Joshua? Joshua Hong? Siapa yang menjadi topik mereka kini sebenarnya?

Pengetua Choi mengeluh. Dia sendiri tidak dapat menyelesaikan apa yang berlaku di sekolahnya itu. Satu-satu masalah yang timbul.

Pelajar ditemui mati dalam keadaan mengerikan di pagar sekolah, pelajar hilang dan bermacam-macam masalah.

Bukan pihak sekolah sahaja malah pihak polis juga tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Kes ini sudah dianggap sebagai tiada punca. Tiada dalang.

Tiada sebarang bukti ditinggalkan dan gaya pembunuhan bukan seperti pembunuhan oleh manusia biasa.

"Saem" -Jinhye.

ZWILLINGE 2023Where stories live. Discover now