"Lama tak jumpa, anak appa"
Taeyong menggeleng apabila lelaki itu berkata sebegitu. Lelaki di hadapannya itu tersenyum sinis.
"Hyung! Lari!" -Winwin.
Winwin cuba menyuruh lelaki itu melarikan diri. Dia sudah tidak mampu membantu kerana dirinya ditahan oleh beberapa orang lelaki berpakaian hitam.
Eunwoo juga mengalami masalah yang sama. Dia tidak dapat meloloskan diri. Hanya Taeyong sahaja yang masih bebas kini.
Taeyong kaku. Dia memandang lelaki di hadapannya itu. Appa? Ya, itulah bapa kandungnya.
Lee Sungjoon.
Bapa angkat Jihoon dan doktor yang menjadi guru kepada Jimin sebelum ini. Doktor yang juga membuat pelbagai eksperimen untuk vaksin baru.
"Kamu fikir kamu boleh serang appa ke?" -Lee Sungjoon.
Taeyong melangkah setapak ke belakang apabila doktor itu menghampirinya. Situasi kini langsung tidak berpihak kepadanya.
Baru sebentar tadi mereka bertiga sibuk mencari maklumat dan kini mereka tertangkap.
"Bawak budak dua orang tu kat belakang. Aku ada sesuatu nak bincang dengan anak aku" -Lee Sungjoon.
Orang-orang suruhan doktor itu terus membawa Winwin dan Eunwoo ke tempat yang diarahkan. Mereka berdua meronta ingin dilepaskan namun tidak berhasil.
Taeyong tidak mampu membantu. Dia hanya dapat melihat kedua-dua sahabatnya dibawa pergi.
"Apa tujuan kamu datang sini?" -Lee Sungjoon.
Doktor itu menyoal. Taeyong diam. Dia enggan menjawab. Dia memandang tajam ke arah bapanya itu.
"Appa pembunuh" -Taeyong.
"Pembunuh?" -Lee Sungjoon.
Meletus tawa doktor itu. Pembunuh? Apa pula yang anaknya itu katakan? Siapa pula yang dia telah bunuh?
"Appa bunuh Jihoon" -Taeyong.
Daripada tersenyum, bertukar serius. Wajah doktor itu tegang dan langsung tiada garis senyuman di bibirnya selepas mendengar nama Jihoon.
"Lee Jihoon? Mana kamu tau tentang dia?" -Lee Sungjoon.
"Appa tak tau, Taeyong dah tau semuanya. Taeyong tau apa yang appa buat selama ni!" -Taeyong.
Dia tersentak mendengar apa yang anaknya itu katakan. Sudah tahu segalanya? Termasuk apa yang dia lakukan selama ini?
"Cukuplah! Kurung dia dengan budak dua orang tu!" -Lee Sungjoon.
Dua orang lelaki terus memegang lengan Taeyong lalu membawanya pergi. Taeyong meronta-ronta dan cuba menendang kedua-dua lelaki itu.
"Appa takkan dapat lari!" -Taeyong.
Dia dibawa masuk ke sebuah bilik yang berada di tingkat bawah tanah. Bilik dimana doktor itu menjalankan penemuan vaksinnya.
Dia dapat melihat kedua-dua sahabatnya, Winwin dan Eunwoo telah diikat. Nampaknya, dia juga akan mengalami nasib yang sama.
Lelaki-lelaki itu menolaknya je dinding lalu menarik kedua tangannya ke belakang. Pergelangan tangannya diikat lalu dia ditolak sehingga tersungkur.
Winwin dan Eunwoo tidak dapat membantu. Mereka hanya dapat melihat lelaki itu diperlakukan sama seperti mereka.
Orang suruhan doktor itu tadi pun berlalu pergi meninggalkan mereka. Pintu bilik itu dikunci dari luar supaya ketiga-tiga mereka tidak dapat melepaskan diri.

YOU ARE READING
ZWILLINGE 2023
Novela JuvenilThe adaptation of ZWILLINGE 2018; same characters but slight different in plot. ZWILLINGE : A Novel of Two-World-Twins The story about us, a ring of promise. °•.~○~.~○~.•° Kehidupan terlalu mencabar. Letih; Itu saja yang dapat digambarkan olehny...