ZW14

64 5 0
                                    

"Macam mana kau boleh tau yang Joshua tu kawan kau?" -Mina.

Mina tetap cuba menyoal walaupun Minhyun sudah berada jauh di hadapan. Dia mahukan jawapan yang jelas.

"Sejak dekat balai hari tu. Aku ada tengking dia dan... " -Minhyun.

Kata-katanya terhenti serentak dengan langkahnya. Mina turut memberhentikan langkahnya dengan mengejut. Hampir sahaja dia terjatuh.

Minhyun berjalan terlalu laju dan dia cuba mengejarnya. Tetapi, lelaki itu pula berhenti dengan tiba-tiba.

Minhyun berpaling menghadap Mina. Dia tidak tahu sama ada mahu mengatakannya atau tidak.

"Aku dengar suara kawan aku. Taeyong" -Minhyun.

Mina terdiam. Dia teringatkan sesuatu. Nama yang disebut oleh Minhyun itu tadi berlegar di fikirannya.

"Tu nama yang Joshua pernah cakap kat kitorang. Nama tu pernah wujud dalam mimpi dia. Lee Taeyong?" -Mina.

Mina memandang ke arah Minhyun. Dia mahukan kepastian sama ada nama itu memang benar-benar sahabat lelaki itu

Minhyun mengangguk. Tidak lain dan tidak bukan lagi. Mereka saling ada kaitan. Nampaknya, hanya Minhyun yang dapat bertolak ke Korea dan menjaga keadaan di sana.

Mereka sudah berada di balai polis. Mina mengikut Minhyun sebagai seorang saksi. Dia juga perlu memastikan Minhyun berjaya bertolak ke Korea.

Minhyun menoleh melihat pintu hadapan balai tempatnya bekerja itu. Dia berasa ragu-ragu kerana urusannya kali ini bukannya semudah menangkap penjenayah.

"Aku ada" -Mina.

Mina menggenggam tangan lelaki itu supaya Minhyun berasa lebih berani untuk menghadap ketuanya sebentar lagi.

Dia tahu bahawa lelaki itu sedang takut. Jika salah langkah, sudah tentu jawatannya akan melayang begitu sahaja dan semua senjata miliknya akan dirampas.

Minhyun mengangguk. Dia cuba memberanikan diri selepas Mina menggenggam tangannya. Semangat dari seorang sahabat membuatkan hatinya sedikit lega.

Mereka berdua terus melangkah masuk ke dalam balai dan menaiki tangga ke tingkat atas di mana pejabat penyiasat berada.

Sebaik tiba di tingkat itu, Minhyun dan Mina kemandang ke arah seorang lelaki yang sedang sibuk menjalankan tugas di bahagian jenayah siber.

Minhyun terus menghampiri lelaki itu. Lelaki itulah Terada, orang yang dihubunginya sewaktu di lobi hospital tadi.

"Dapat tak?" -Minhyun.

Lelaki bernama Terada itu mengabaikan kata-kata rakan sekerjanya itu. Emosinya terus berubah selepas menerima panggilan daripada Minhyun tadi.

"Terada, aku tanya ni" -Minhyun.

"Kau tanya ketua sendiri" -Terada.

Akhirnya lelaki itu menjawab soalan rakan sekerjanya itu. Minhyun mengeluh. Nampaknya, dia terpaksa menghadap ketuanya untuk urusan kali ini.

Minhyun memandang Mina. Dia terpaksa meninggalkan gadis itu sementara. Dia perlu bertemu ketuanya dan berbincang demi kebaikan mereka semua.

"Mina, kau tunggu kat sini. Aku nak jumpa ketua aku sekejap" -Minhyun.

Mina mengangguk lalu melangkah ke arah sebuah bangku batu yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

-☆-

ZWILLINGE 2023Where stories live. Discover now