"Macam mana ni Jihoon?" -Jinhye.
Gadis itu kelihatan cemas. Dia mundar-mandir di bawah pokok itu. Jihoon yang memerhati hanya mampu mengeluh.
Selepas sahaja Taeyong, Winwin dan Eunwoo bergerak ke balai, mereka berdua terus beredar meninggalkan kawasan itu.
Nampaknya sesuatu telah berlaku. Tidak mungkin tiada motif di sebalik kes pembunuhan ini. Cara Yubin dibunuh berbeza daripada kes-kes biasa.
"Jihoon, kau dengar tak?" -Jinhye.
Jinhye memanggil lelaki itu lagi. Nampaknya Jihoon langsung tidak menghiraukannya. Dia sibuk dengan apa yang sedang dia fikirkan iaitu, motif sebenar kes ini.
"Jihoon!" -Jinhye.
"Kau boleh diam tak?!" -Jihoon.
Jihoon yang elok sahaja duduk terus berdiri dan menengking gadis itu. Jinhye kelu. Adakah Jihoon baru menengkingnya?
"Kau fikir kau sorang je ke yang cemas sekarang ni?!" -Jihoon.
Jihoon merengus geram. Rambutnya diraup ke belakang. Sungguh serabut. Kes ini tidak boleh diselesaikan dengan bantuan polis sahaja. Sudah tentu kes ini, ada kaitan dengannya.
"Jihoon?" -Jinhye.
Jinhye cuba menyedarkan lelaki itu. Takut jika dia mula bertindak di luar kawalan seperti yang berlaku sewaktu menentang pelajar-pelajar yang membuli Taeyong.
Jihoon mengeluh. Dia sendiri tidak dapat mentafsir apa yang dia sedang rasakan ketika ini. Semuanya bercampur.
"Kau, tak rasa yang kau perlukan bantuan aku lagi kan?" -Jinhye.
Kali ini Jihoon terdiam. Adakah gadis itu terasa dengan tengkingannya tadi? Dia memandang tepat ke arah Jinhye.
"Aku dah gagal lindungi kawan-kawan kau. Kau mesti dah tak percayakan aku, kan?" -Jinhye.
Dia meluahkan perasaannya. Itulah apa yang dia rasa. Rasa serba salah yang menghantui hidupnya setiap kali gagal melindungi nyawa orang.
"Seronok kenal kau. Aku pergi dulu" -Jinhye.
Gadis itu terus beredar meninggalkannya. Hatinya hancur apabila ditengking sebegitu. Mungkin, ini penamat persahabatan mereka.
Jihoon diam. Dia hanya melihat sahabatnya itu melangkah pergi meninggalkannya. Ego yang ada pada dirinya membuatkan dia langsung tidak terkesan.
"Kau nak hidup sorang. Cubalah" -Jihoon.
Kelibat gadis itu hilang dari pandangan. Entah mengapa, dia amat yakin bahawa Jinhye tidak akan mampu berseorangan tanpa dirinya.
Dengan perasaan marah, Jihoon mula berjalan pulang. Dia tidak mahu berada di situ terlalu lama. Mungkin ia akan membahayakan identitinya sendiri.
Dari sudut lain, terdapat sepasang mata yang sedang memerhati. Dia tersenyum sinis apabila melihat Jihoon yang berseorangan.
Lelaki itu mengeluarkan telefonnya lalu menghubungi seseorang. Matanya tidak lepas dari melihat Jihoon yang berjalan semakin jauh.
"Tuan, aku dah jumpa orang yang kita cari"
GUDANG JINSOO
Seorang lelaki sedang sedang duduk bersantai di atas sofa. Panggilan daripada anak buahnya tadi membuatkan hatinya berbunga-bunga.
Nampaknya, sasaran berjaya dikesan. Ini akan memudahkan kerja memburu itu. Dia bersandar lalu ketawa puas.
"Kenta, siapkan semua. Sasaran dah depan mata" -Takuya.
YOU ARE READING
ZWILLINGE 2023
Teen FictionThe adaptation of ZWILLINGE 2018; same characters but slight different in plot. ZWILLINGE : A Novel of Two-World-Twins The story about us, a ring of promise. °•.~○~.~○~.•° Kehidupan terlalu mencabar. Letih; Itu saja yang dapat digambarkan olehny...