ZW3

118 7 0
                                    

Jihoon masih lagi menyamar sebagai Joshua. Sudah dua hari dia tidak pulang ke rumah kerana menghuni di rumah Taeyong. Dia tidak boleh membiarkan identitinya terdedah sebegitu cepat. Dia perlu mengetahui lebih lanjut mengenai lelaki bernama Joshua itu.

Kini, dia sedang menghabiskan masa di rooftop sekolah. Semua guru perlu menghadiri mesyuarat, oleh itu dia keluar dari kelas. Dia cuba untuk memikirkan cara bagi mengelak daripada disoal beribu kali. Sepanjang dia menyamar, terlalu ramai yang mendekatinya. Dia tidak suka jika ramai orang yang terlalu mendekatinya. Dia berasa tidak selesa dan takut identitinya terbongkar.

Taeyong pula seperti agak menjauhinya. Sungguh berbeza berbanding hari pertama dia menggantikan tempat Joshua. Pada hari pertamanya dia Yeong-Hwa High ini, Taeyong melayannya seperti seorang adik yang amat disayangi. Dan ia semakin berbeza selepas hari kedua. Lelaki itu langsung tidak mahu bercakap dengannya. Mungkin kerana agak sibuk atau sedang marah?

Jihoon melepas satu keluhan berat. Menyamar untuk menjadi orang lain sangat sukar baginya. Ia merupakan satu tanggungjawab besar. Tambahan pula dia sedang menipu bahawa ingatannya hilang dan langsung tidak mengenali dirinya sendiri.

"Kau bagi semua yang kau ada!"

Satu jeritan lantang membuatnya terus menoleh. Tiada sesiapa di kawasan itu. Dari mana suara itu datang?

"Aku takde apa-apa"

Dia mendengar dengan teliti suara itu. Seperti dia mengenali pemilik suara yang kedengaran seperti sedang merayu itu. Terus nama seseorang melintas di fikirannya. Dia telah dapat mengenal pasti siapakah pemilik suara itu.

"Taeyong" -Jihoon.

Automatik kakinya berlari ke arah suara itu. Kedengaran seperti Taeyong sedang dibuli. Sebaik dapat mencari arah suara itu, dia melajukan langkah. Tidak mahu terlewat dan sesuatu yang buruk berlaku. Langkahnya terus terhenti sebaik melintas antara dua buah kelas. Dia terus memandang laluan itu.

Kelihatan tiga orang pelajar lelaki sedang mengepung seseorang. Jihoon hanya menjadi pemerhati. Dia memandang wajah Taeyong yang lebam akibat ditumbuk oleh pelajar-pelajar itu. Salah seorang pelajar itu mencekik Taeyong dan menolak lelaki itu ke dinding menyebabkan dia hampir kehilangan nafas.

Taeyong meronta-ronta supaya dilepaskan namun dia tidak mampu untuk melawan seorang diri. Entah mengapa Jihoon menjadi panas apabila melihat Taeyong diperlukan sebegitu. Dia terus menghampiri ketiga-tiga pelajar itu lalu menumbuk tepat ke arah pelajar lelaki yang mencekik Taeyong itu. Akibat tumbukan itu, pelajar itu terjatuh dan Taeyong tersandar lemah di dinding sambil cuba mencari nafas.

"Sekali lagi kau kacau kawan aku, aku takkan teragak nak belasah kau lagi teruk!" -Jihoon.

Jihoon memberi amaran terakhir. Dia membantu Taeyong untuk berdiri. Dia menjeling pelajar itu. Pelajar lelaki yang ditumbuk olehnya itu mengesat darah yang mengalir dari celahan bibirnya. Mata Jihoon tertumpu pada tandan ama yang tersemat di bajunya.

"Sejak bila kau kuat tunjuk hero?" -Taehyung.

"Walaupun aku langsung tak ingat siapa kau, tapi aku bagi kau amaran terakhir. Sekali lagi kau kacau Taeyong, kau terima balasannya" -Jihoon.

Taehyung kembali berdiri. Matanya masih lagi tajam menjeling Jihoon dan Taeyong yang berdiri di hadapannya.

"Selama kau wujud kat sini, kau tak pernah berani nak lawan aku. Lepas kau muncul balik, kau berubah. Kau tunggu Nasib kau lepas ni!" -Taehyung.

Taehyung terus beredar diikuti dua orang pelajar lagi. Jihoon masih lagi setia memapah Taeyong. Sebaik kelibat ketiga-tiga pelajar itu hilang dari pandangan, mereka berdua masuk ke dalam kelas. Dia menyuruh Taeyong duduk di kerusi lalu duduk di hadapannya. Wajah lelaki itu ditatapnya.

ZWILLINGE 2023Where stories live. Discover now