Seorang gadis sedang duduk di sebelah sebuah katil bewarna putih. Matanya masih tidak beralih daripada menatap wajah yang agak pucat di atas katil itu. Wajahnya juga agak sayu. Perasaannya masih tidak dapat dijauhkan daripada rasa risau dan bersalah. Lelaki yang sedang terbaring lemah dan tidak sedarkan diri di hadapannya ini ialah berpunca daripada dirinya sendiri.
"Joshua, cepatlah sedar. Aku tak sabar nak kawan dengan kau. Dah enam bulan kau macam ni" -Mina.
Rupanya lelaki yang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil itu ialah Joshua Hong yang dicari-cari. Mina dan sahabatnya telah menyelamatkan lelaki itu daripada dikerjakan oleh sekumpulan gangster enam bulan yang lalu.
"Mina"
Terus gadis itu menoleh ke arah pintu sebaik terdengar namanya dipanggil oleh seorang lelaki yang baru sahaja masuk ke bilik itu. Lelaki itu tersenyum lalu melangkah menghampirinya. Mina hanya tersenyum nipis.
"Joshua dah sedar ke belum?" -Yuta.
Selepas membawa lelaki itu ke hospital, pihak hospital mengesahkan bahawa Joshua Hong koma akibat dipukul dan juga tekanan yang teruk. Oleh sebab rasa bertanggungjawab, kedua-dua sahabat itu terpaksa memindahkan Joshua ke Jepun kerana tiada waris. Mereka berdua berkongsi wang yang mereka ada untuk menanggung kos dan bil rawatan Joshua sepanjang berada di Jepun.
Kini, mereka berdua yang menjaga lelaki itu dan menanti sehingga dia sedarkan diri daripada koma. Mina melepaskan keluhan kecil lalu Kembali memandang Joshua yang masih tidak sedarkan diri itu.
"Belum lagi" -Mina.
Yuta juga ikut mengeluh. Dia sudah lama menanti Joshua sedar dari koma. Mungkin mereka akan mendapat sedikit maklumat daripadanya. Dia dan Mina langsung tidak mengenali Joshua selama ini. Mereka hanya berasa kasihan dengan nasib lelaki malang ini. Mata Mina tidak lepas daripada menatap wajah pucat Joshua. Dia tetap tidak dapat menafikan perasaannya jika Joshua sedarkan diri.
"Mina, jom kita turun makan dulu. Sekarang dah waktu lunch" -Yuta.
Mina mengangguk. Perutnya sudah lama menyanyi-nyanyi meminta diisi. Sejak daripada pagi lagi dia menahan lapar. Dia sanggup menahan lapar demi menanti Joshua sedar. Dia sungguh berharap apa yang doktor katakana padanya awal pagi tadi akan terjadi.
Pagi ini, mereka dikejutkan dengan satu panggilan daripada pihak hospital. Mereka mengatakan bahawa Joshua sudah separa sedar. Selepas sahaja mendapat berita itu daripada pihak hospital, Mina terus bergegas ke hospital dan menghubungi Yuta untuk menemaninya.
Mina terus berdiri. Dia memandang wajah Joshua sebelum melangkah keluar dan menutup pintu bilik itu. Yuta sudah keluar terlebih dahulu. Sebaik Mina melangkah keluar dan pintu ditutup, Joshua perlahan-lahan membuka mata. Kepalanya yang masih terasa sakit itu cuba digerakkan untuk melihat sekeliling bilik. Perlahan-lahan dia cuba untuk duduk.
Dua sahabat itu pula sudah semakin menjauh saat Joshua sedarkan diri. Mereka berdua langsung tidak mengetahui apa-apa. Mereka berdua melangkah turun ke café yang terletak di tingkat bawah bangunan itu. Fikiran Mina masih tidak lepas daripada memikirkan tentang Joshua. Bagaimana dia mahu menceritakan perkara sebenar kepadanya.
"Dah lah tu. Jangan fikir sangat" -Yuta.
Yuta seolah dapat membaca fikiran sahabat baiknya itu. Mina hanya mengangguk sekali lalu terus menunduk.
"Yuta, aku nak beli makanan then bawa naik. Aku nak makan kat atas" -Mina.
"Okay. Kau tunggu sini, biar aku beli" -Yuta.
Yuta terus berlari masuk ke dalam café itu meninggalkan Mina bersendirian di luar. Selepas membuat bayaran, Yuta kembali semula dengan membawa beg plastik kecil. Dia menghulurkan beg itu kepada Mina.

YOU ARE READING
ZWILLINGE 2023
Teen FictionThe adaptation of ZWILLINGE 2018; same characters but slight different in plot. ZWILLINGE : A Novel of Two-World-Twins The story about us, a ring of promise. °•.~○~.~○~.•° Kehidupan terlalu mencabar. Letih; Itu saja yang dapat digambarkan olehny...