Seorang lelaki sedang berjalan menuju ke pejabatnya. Dia baru sahaja melakukan sesuatu yang membuatkan rasa serba salahnya timbul.
"Doktor Lee"
Mendengarkan namanya dipanggil dari arah belakang, seorang wanita berjalan laju ke arahnya.
"Doktor Park, waeyo?" -Doktor Lee.
Ya, doktor Lee atau lebih dikenali sebagai Lee Sungjoon adalah lelaki yang bergelar bapa kepada Jihoon.
Dia merupakan seorang doktor pakar dibidang perubatan. Sudah banyak vaksin yang berjaya dihasilkan dengan bantuan Doktor Park.
Doktor Park merupakan doktor yang amatur di bidang perubatan. Mereka berdua bekerjasama dalam menghasilkan pelbagai vaksin.
"Siapa budak tu?" -Doktor Park.
Dia terpinga-pinga. Budak? Siapakah budak yang wanita dihadapannya ini maksudkan?
"Nugu?" -Doktor Lee.
"Yang doktor jumpa dekat rooftop tadi?" -Doktor Park.
Dia terkejut. Bagaimana Doktor Park mengetahui apa yang baru sahaja dia lakukan di atas bangunan hospital itu?
Lidahnya kelu. Langsung tidak dapat mencari jawapan untuk pertanyaan itu. Dia cuba mencari alasan lain.
"Tu patient saya" -Doktor Lee.
Itu sahaja yang mampu keluar dari mulutnya. Dia sudah tiada idea lain lagi untuk mengalih perhatian wanita itu.
Doktor Park hanya mengangguk. Dia percaya dengan kata-kata rakan sekerjanya itu.
"Oh ye. Kau dh jumpa bahan eksperimen kita?" -Doktor Park.
Nada suaranya mula berubah serius. Fikirannya kini tertumpu pada kerja yang mereka berdua perlu selesaikan secepat mungkin.
Doktor Lee terkedu. Dia tidak tahu jawapan untuk soalan itu. Dia sudah lupa mengenai eksperimen yang dimaksudkan.
Disebabkan riak wajah yang sedikit terkejut, wanita itu menghampirinya. Dia membisikkan sesuatu ke telinga Doktor Lee.
"Kalau kau tak jumpa sesiapa, kau akan jadi bahan" -Doktor Park.
Dia terus beredar selepas membisikkan ayat itu. Lelaki itu terpegun. Diam tidak bergerak walau selangkah selepas mendengar ugutan itu.
Memang dia sudah lupakan perjanjian itu. Dia sudah menolak tawaran itu berkali-kali kerana dia tidak mahu membunuh lagi.
-☆-
Jihoon masih lagi berdiri di atas bangunan hospital itu. Fikirannya amat tertekan pada ketika ini.
Mana tidaknya? Dia perlu membongkar identiti Joshua dengan bantuan Winwin dan juga membongkar asal usulnya sendiri.
Sungguh dia buntu. Bagaimana dia mahu melakukan perkara serumit itu pada masa yang sama?
"Hyung!"
Dia segera menoleh selepas mendengar panggilan seseorang. Dia tersenyum nipis lalu menghembus nafas lega.
Winwin berlari menghampirinya. Melihat wajah lelaki cina itu membuatkan fikirannya sedikit lega.
"Macam mana dengan Taeyong?" -Jihoon.
Jihoon terus menyoal berkaitan Taeyong. Itu adalah salah satu daripada soalan yang sudah lama terbuku di fikirannya.
"Taeyong hyung okay. Cuma dia tak sedar lagi" -Winwin.
Hatinya semakin lega mendengar keputusan doktor itu. Dia amat gembira kerana tiada apa-apa yang berlaku pada sahabatnya itu.

YOU ARE READING
ZWILLINGE 2023
Novela JuvenilThe adaptation of ZWILLINGE 2018; same characters but slight different in plot. ZWILLINGE : A Novel of Two-World-Twins The story about us, a ring of promise. °•.~○~.~○~.•° Kehidupan terlalu mencabar. Letih; Itu saja yang dapat digambarkan olehny...