ZW22

57 5 1
                                    

"Mana noona kenal Jihoon hyung?" -Winwin.

Senyuman gadis itu pula mati kali ini. Dia memandang wajah lelaki di hadapannya. Nampaknya Winwin langsung tidak bergurau dengannya.

"Taeyong hyung yang cerita" -Jinhye.

Mendengarkan kata-kata itu, lelaki itu terus mengangguk-angguk. Ada betulnya. Tidak mungkin lelaki yang disebutkan itu tidak membuka mulut.

"Noona naik dulu tau" -Jinhye.

Jinhye mencapai beg galasnya lalu berlari naik. Winwin tersenyum. Sikap teman serumah barunya itu saling tidak tumpah dengan Jihoon.

Hanya satu perkara yang membezakan mereka. Jihoon hidup dalam penyamaran manakala Jinhye hidup dengan dirinya yang sebenar.

Itu yang difikirkan oleh semua orang tetapi bukan Eunwoo. Dia faham bahawa gadis itu menghadapi saat sukar sepanjang menjaga identiti sebenarnya.

Sebaik gadis itu masuk ke dalam bilik, dia terus menutup dan mengunci pintu. Dia bersandar pada pintu itu supaya tiada sesiapa yang membukanya.

Dia melepaskan satu keluhan panjang. Tidak sangka rahsianya hampir sahaja terbongkar. Nasib baik dia pandai mencari idea untuk mengelak.

Perlahan-lahan, dia melangkah ke arah meja belajar. Beg galasnya diletakkan di atas kerusi. Buku-buku di dalam beg itu dikeluarkan lalu di susun di atas meja.

"Jihoon" -Jinhye.

Dia memanggil nama lelaki yang dianggap sudah mati itu. Hanya dia sahaja yang tahu kewujudan lelaki itu.

Sebenarnya dia sendiri itdak dapat mengesahkan bahawa sememangnya lelaki itu wujud atau hanya bayangan yang datang membuat permintaan.

Sejak kali pertama dia bertemu lelaki itu dan lelaki itu sudah tidak kembali. Dia langsung tidak melihat kelibatnya sepanjang dua hari berada di rumah itu.

Nampaknya lelaki itu seperti tidak akan muncul semula. Dia mengeluh. Tubuhnya dihempas ke atas katil.

"Kenapalah susah sangat jadi student?" -Jinhye.

Dia melepaskan perasaannya selepas sehari bersekolah. Baru sahaja sehari dia mulakan pelajaran dia sekolah tinggi, sudah mengeluh bahawa ianya sukar.

-☆-

Hari sudah lewat malam. Jinhye duduk di balkoni biliknya sambil menyiapkan kerja rumahnya.

Sesekali dia mengeluh lalu melihat ke arah luar rumah. Tiada sesiapa yang melalui jalan itu pada waktu malam. Suasana sungguh sunyi sepi.

TOKK TOKK

Ketukan di pintu bilik mengalih perhatiannya. Gadis itu terus bangun dan membuka pintu.

Terpapar wajah Winwin sebaik pintu dibuka. Jinhye memandang lelaki itu. Apa yang lelaki cina itu mahukan? Mengapa wajahnya kelihatan agak risau?

"Noona, Taeyong hyung tak balik lagi" -Winwin.

"Mwo?" -Jinhye.

Jinhye terkejut mendengar kata-kata itu. Biar betul lelaki yang disebutkan itu masih belum pulang? Kemana pula dia pergi?

Jika mahu dikatakan kelas tahanan, itu tidak logik. Tidak mungkin kelas tahanan sehingga ke lewat malam?

Dia mengerling ke arah jam yang tergantung di dinding biliknya. Jam tepat menunjukkan pukul sepuluh malam. Ia sudah terlalu lewat.

Dia kembali memandang lelaki di hadapannya itu. Nampaknya tiada sesiapa yang menyediakan makan malam. Biasanya Taeyong yang akan memasak.

"Dah makan?" -Jinhye.

ZWILLINGE 2023Where stories live. Discover now