"Kau yakin ke nak lari sampai ke Korea?" -Mina.
Gadis itu masih lagi ragu-ragu dengan keputusan sahabat baiknya itu untuk melarikan diri.
Sudah lama mereka bersahabat. Tidak mungkin Mina tidak risaukan keselamatan lelaki itu jika mereka berjauhan.
"Apa kata korang pergi berdua" -Jun.
Jun cuba membantu dengan memberi cadangannya. Tetapi, cadangan itu hanya mendapat gelengan daripada Mina.
"Kau ikut aku" -Joshua.
Joshua tiba-tiba bersuara. Dia sebenarnya cuba berfikir dengan lebih dalam untuk membantu Yuta melarikan diri.
Yuta memandang Joshua tidak percaya. Apa yang lelaki itu maksudkan dengan ayat itu? Dia mahu Yuta mengikutnya?
"Kau bawa aku pergi Korea. Aku akan tolong kau" -Joshua.
Itulah apa yang sudah lama dia fikirkan selama ini. Dia berjanji bahawa dia akan membantu Yuta jika lelaki itu membantunya mencari ingatannya semula.
Yuta diam seketika. Dia tidak tahu sama ada mahu bersetuju atau menolak perjanjian itu.
Akhirnya dia mendapat jawapan selepas hampir seminit mendiamkan diri. Dia memandang Joshua lalu tersenyum.
"Aku setuju" -Yuta.
Dia bersetuju dengan perjanjian itu. Mereka tidak boleh meramal masa hadapan. Mungkin itu adalah jalan yang paling selamat buat masa ini.
Joshua membalas senyuman itu. Tidak sangka bahawa sahabat barunya itu akan bersetuju dengan cadangan itu.
"Aku rasa korang kena pergi secepat mungkin" -Mina.
Mina menarik perhatian mereka semua. Mata gadis itu masih lagi tertumpu pada skrin telefonnya.
Dia menunjukkan satu artikel yang terpapar di muka hadapan akhbar beserta gambar-gambar yang ditemuinya sebentar tadi.
Membulat mata ketiga-tiga lelaki itu. Sungguh mereka berasa ngeri melihat gambar-gambar yang Mina tunjukkan itu.
Gambar itu adalah gambar cebisan daging manusia dan juga mayat yang amat mengerikan. Dan itu semua berkait rapat dengan Yuta.
Sudah tentu itu kerja bapanya. Siapa sahaja yang berani membunuh orang seperti itu. Tambahan pula mangsa merupakan seorang polis.
"Aku rasa polis tu cuba halang ayah kau" -Jun.
"Bila gambar tu diambil? Dekat mana?" -Yuta.
Yuta menghiraukan segala apa yang Jun katakan. Dia terlalu fokus melihat gambar-gambar yang Mina tunjukkan.
Soalan lelaki itu terus membuatkan Mina menarik semula telefonnya. Dia mahu mencari sumber berkaitan pembunuhan ngeri itu.
"Jam sepuluh pagi tadi berdekatan penjara Tokyo" -Mina.
Mereka masih lagi dapat menghembus nafas lega. Nasib jarak mereka kini agak jauh dan masih sempat untuk melarikan diri.
"Korang kena pergi secepat mungkin" -Mina.
"Sekarang tak boleh" -Yuta.
Semua mula tertanya-tanya dengan kata-kata Yuta itu. Mengapa tidak boleh sekarang? Apa yang tidak kena?
"Joshua baru keluar hospital. Bahaya" -Yuta.
Ada betulnya juga apa yang lelaki itu katakan. Dia juga akan menanggung susah jika Joshua mengalami masalah sewaktu dalam perjalanan.
YOU ARE READING
ZWILLINGE 2023
Teen FictionThe adaptation of ZWILLINGE 2018; same characters but slight different in plot. ZWILLINGE : A Novel of Two-World-Twins The story about us, a ring of promise. °•.~○~.~○~.•° Kehidupan terlalu mencabar. Letih; Itu saja yang dapat digambarkan olehny...