"Kau fikir aku main-main ke?! Sikit lagi nyawa orang lain boleh melayang tau tak?!" -Jinhye.
Jinhye berang. Apa yang baru sahaja berlaku amat menaikkan kemarahannya. Nafasnya turun naik cuba mengawal emosi.
Jihoon hanya memerhati dari tepi. Sudah puas cuba untuk mengawal kemarahan sahabatnya itu.
[FLASHBACK]
Tanpa berdalih lagi, Takuya terus membawa keluar pistolnya dan menghala tepat ke arah Jinhye.
PANG!! - -
Jinhye memejam matanya. Bunyi tembakan itu amat kuat. Apa yang difikirkan ialah Takuya sudah mula melepaskan tembakan.
Namun apabila mendengarkan bunyi peluru melanggar besi, dia kembali membuka mata. Takuya dan Kenta sudah melarikan diri.
Bunyi peluru berlaga itu masih tidak berhenti. Dia ligat mencari dari mana datangnya bunyi itu.
"Weyh tunduk!" -Jihoon.
Jihoon terus menolaknya dari belakang. Dia bukan sempat menunduk tetapi terus terjatuh.
Sebutir peluru melalui tepat di atas kepala mereka. Nasib Jihoon sempat bertindak, jika tidak sudah tentu nyawanya melayang begitu sahaja.
"Siapa yang tembak?" -Jinhye.
Jihoon mengangkat bahu. Dia juga tidak tahu mana datangnya peluru itu. Tiba-tiba sahaja kedengaran bunyi tembakan dan kedua-dua lelaki Jepun itu lari.
"Jinhye!"
Seorang lelaki bertubuh lampai berlari menghampirinya. Wajah lelaki itu kelihatan agak pucat. Apa yang berlaku sebenarnya?
Matanya tertumpu ke arah tangan lelaki itu. Sepucuk pistol digenggam erat. Itu menambahkan rasa hairan di fikirannya.
Jihoon segera bersembunyi di sebalik Jinhye. Walau apa yang terjadi, identitinya perlu disembunyikan.
"Kau ke yang tembak?" -Jinhye.
"Haah. Mian sebab lambat" -Eunwoo.
[END FLASHBACK]
"Aku, bukan sengaja" -Eunwoo.
Orang yang dimarahi oleh Jinhye ketika ini ialah Eunwoo. Mana tidaknya gadis itu marah. Peluru yang dilepaskan langsung tidak mengena sasaran malah tersasar jauh.
Jika peluru itu terkena orang awam bagaimana? Tambah lagi satu masalah. Biarpun Takuya dan Kenta telah lari, situasi tadi amat bahaya.
"Aku suruh kau datang bawa pistol aku bukan guna pistol tu!" -Jinhye.
Marahnya masih belum hilang. Sudahlah Eunwoo masih lagi remaja muda yang tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini.
"Dia hala pistol kat kau, takkan aku nak diam?" -Eunwoo.
"Biar aku yang mati asalkan kau tak bahayakan orang awam!" -Jinhye.
"Jinhye sudah!!" -Jihoon.
Nampaknya Jihoon terpaksa masuk campur. Dia berdiri lalu membawa Jinhye jauh daripada Eunwoo. Dia tahu sahabatnya itu sedang marah.
Jinhye hanya membiarkan Jihoon membawanya jauh daripada Eunwoo. Dia sendiri sudah sakit hati melihat wajah lelaki itu.
Apabila sudah berada agak jauh daripada kawasan tadi, Jihoon berdiri di hadapannya. Wajah lelaki itu kelihatan agak risau.
"Jinhye, aku tau kau marah. Tapi, Eunwoo bukan sengaja" -Jihoon.

ANDA SEDANG MEMBACA
ZWILLINGE 2023
Roman pour AdolescentsThe adaptation of ZWILLINGE 2018; same characters but slight different in plot. ZWILLINGE : A Novel of Two-World-Twins The story about us, a ring of promise. °•.~○~.~○~.•° Kehidupan terlalu mencabar. Letih; Itu saja yang dapat digambarkan olehny...