Sudah beberapa hari Yuta tidak sedarkan diri di hospital selepas kejadian pada malam itu. Rakan-rakannya yang lain bergilir menemaninya.
Joshua dan Jun adalah yang paling setia menemani lelaki itu. Mereka tidak mahu pulang selagi Yuta tidak sedarkan diri.
Jun sudah dibenarkan keluar dua hari lalu kerana kecederaannya tidaklah terlalu teruk dan keadaannya stabil.
Matahari sudah naik tinggi. Jalan raya di bandar itu sudah dipenuhi dengan kenderaan. Maklumlah, hari ini adalah hari bekerja.
Jun masih lagi lena dibuai mimpi. Hanya Joshua yang berjaga sepanjang malam menemani lelaki yang terbaring di atas katil putih itu.
Dia berasa agak bersalah kerana langsung tidak membantu sewaktu berkara itu berlaku. Disebabkan olehnya, Yuta hampir mati.
"Bila kau nak bangun? Aku nak minta maaf kat kau lepas apa yang dah jadi selama ni" -Joshua.
Joshua cuba menyuarakan apa yang terpendam di dalam hati. Sudah lama dia menunggu saat untuk meluahkan ayat itu.
"Joshua! Jun!"
Satu suara kedengaran dari arah luar pintu bilik itu. Suaranya seperti sedang cemas dan agak tersekat-sekat.
Tiba-tiba, pintu bilik itu dibuka dan seorang gadis berlari masuk. Dia terus menutup pintu dan bersandar pada pintu itu.
Bunyi hempasan pintu yang agak kuat itu menyebabkan Jun yang sedang lena dibuai mimpi di atas sofa itu terus terbangun. Bantal yang menutup mukanya tadi sudah tercampak ke tepi.
"Kenapa ni Mina?" -Joshua.
Joshua bamgun dari duduknya lalu menghampiri Mina yang sedang tercungap-cungap mencari nafas.
"Kita kena alihkan Yuta sekarang. Orang-orang ayah dia ada kat bawah" -Mina.
Jun yang masih terpinga-pinga tadi terus berdiri apabila mendengar ayat itu. Dia terus menghampiri mereka berdua.
"Korang berdua tunggu sini, kunci pintu. Aku nak pergi panggil pegawai" -Jun.
Jun terus berlari keluar. Mina terus mengunci pintu dan menghampiri Joshua. Dia sejujurnya amat risau ketika ini.
"Macam mana kau tau diorang ada kat bawah?" -Joshua.
[FLASHBACK]
Pintu teksi dibuka dan Mina terus melangkah keluar. Dia menghulurkan duit tambang itu kepada pemandu lalu menutup pintu.
Dia kini sedang berdiri menghadap sebuah hospital di mana Yuta ditempatkan. Dia terpaksa mengambil cuti dari ke sekolah demi melawat sahabat baiknya itu.
Sudah tiga hari dia tidak bertemu Joshua sejak kejadian itu berlaku kerana sibuk dengan aktiviti sekolah.
Akhirnya dia dapat menangguhkan aktivitinya dan mendapat kebenaran melawat Yuta di hospital.
Nafas lega dilepaskan. Dia akhirnya menemui peluang untuk melawat mereka. Dia terus melangkah menuju ke pintu masuk utama hospital itu.
"Cari dia sampai dapat. Bunuh dia"
Suara itu membuatkan langkah Mina terhenti. Dia terus menoleh melihat sekelilingnya. Matanya tertangkap ke arah sesuatu.
Sekumpulan lelaki berpakaian serba hitam sedang berbincang berhampiran dengan tempatnya berdiri.
Tidak salah lagi apa yang dia sangkakan. Sudah tentu kesemua lelaki itu merupakan orang suruhan bapa Yuta. Sudah tentu mereka ke sini untuk membunuh Yuta.

YOU ARE READING
ZWILLINGE 2023
Teen FictionThe adaptation of ZWILLINGE 2018; same characters but slight different in plot. ZWILLINGE : A Novel of Two-World-Twins The story about us, a ring of promise. °•.~○~.~○~.•° Kehidupan terlalu mencabar. Letih; Itu saja yang dapat digambarkan olehny...