ZW11

64 4 0
                                    

"Arghh"

Jihoon mengerang kesakitan. Dia membuka perlahan-lahan matanya dan mula memandang ke sekeliling.

"Semua tu mimpi?" -Jihoon.

Dia mengeluh. Tidak sangka bahawa kehidupannya yang bahagia itu hanya sebuah mimpi. Dia kembali memandang ke seluruh bilik itu.

Amat menghairankan kerana dia kini berada di atas lantai yang agak berhabuk dan kotor. Ia kelihatan seperti sebuah bilik yang sudah di tinggalkan.

Dia memandang kedua tangannya yang masih terikat. Dia cuba membuka ikatan itu tetapi ia hanya sia-sia. Tangannya sudah pedih dan sakit.

Seluruh bilik tu dipandang. Tiada apa-apa di situ kecuali sebuah katil bewarna putih dan sebuah meja.

Dia tertanya juga bagaimana dia boleh berada di situ. Perkara terakhir yang dia ingat ialah identitinya terbongkar di hadapan Jane sebelum dia dipukul dan pengsan.

Dia langsung tidak tahu siapa yang memukulnya. Kepalanya masih lagi berdenyut-denyut. Ia amat menyakitkan.

"Dah sedar?"

Seorang gadis melangkah masuk ke dalam bilik itu. Seperti biasa, dia membawa sebuah dulang yang berisi segelas air dan ubat.

Jihoon memandang Jane tajam. Dia amat marah dan benci terhadap gadis itu. Seolah gadis itu mempunyai agenda lain kerana membawanya ke sini.

"Kenapa kau bawa aku datang sini?!" -Jihoon.

Jihoon menjerit melepaskan kemarahannya. Dia cuba untuk berdiri namun kembali terduduk akibat terlalu lemah.

Jane hanya tersenyum sinis melihat lelaki yang lemah di hadapannya itu. Mahu saja dia ketawa kerana da dapat membalas dendam.

"Bukan Jane yang bawak kau datang sini. Tapi aku"

Seorang lelaki bersandar di muka pintu. Dia hanya menunduk lalu menoleh memandang tepaf ke arah Jihoon.

Melihatkan wajah lelaki itu, rasa marah dan bencinya semakin membuak-buak. Bagaimana lelaki itu boleh terlibat sekali?

"Kau nak buat apa dengan aku?!" -Jihoon.

Kali ini Jihoon menjerit ke arah Jimin. Jimin mula melangkah menghampirinya sambil ketawa jahat.

"Kau tu bahan ujikaji aku je" -Jimin.

Terbuntang mata Jihoon mendengar ayat itu. Bahan ujikaji? Apa yang lelaki itu maksudkan? Apa yang lelaki itu mahukan daripadanya?

"Kau nak tau? Kau dah pengsan kat sini tiga hari" -Jimin.

Jihoon terdiam. Empat hari? Bagaimana? Apa yang berlaku sehingga dia tidak sedarkan diri selama empat hari? Itukah sebab badannya berasa terlalu sakit

"Aku suruh Jane bagi kau ubat tidur. Aku ingat kau dah mati dah" -Jimin.

Terus pandangannya dialih ke arah Jane yang masih tersenyum sinis itu. Mengapa kedua-dua mereka menperlakukannya sebegini? Adakah mereka mahu membunuhnya?

"Apa yang aku dah buat sampai kau buat aku macam ni?" -Jihoon.

Rentak suaranya semakin rendah. Dia cuba untuk bertenang walaupun dia tidak dapat menafikan perasaannya ketika ini.

Jimin hanya ketawa. Ia membuatkan perasaan Jihoon yang kian reda itu kembali memanas. Lelaki itu menghampirinya lalu duduk mencangkung di hadapannya.

Dagu Jihoon dipegang supaya wajah lelaki itu diangkat memandangnya. Jelas sekali bahawa lelaki itu sedang menahan marah.

"Kau dah tipu. Kau menyamar jadi Joshua? Kau fikir aku bodoh?!" -Jimin.

ZWILLINGE 2023Where stories live. Discover now