ZW20

61 6 0
                                    

"Misi apa?" -Jinhye.

"Taeyong! Winwin!"

Serentak kedua-dua pasang mata itu memandang ke arah pintu bilik. Bukan pintu bilik itu yang diketuk tetapi suara itu datangnya dari tingkat bawah.

Jihoon kelam kabut. Dia memakai kembali topi dan sarung tangannya lalu menuju ke arah tingkap.

Jinhye cuba menahan Jihoon daripada pergi. Dia masih mempunyai banyak soalan untuk ditanyakan kepada lelaki itu tentang pelbagai perkara.

"Kau nak pergi dah?" -Jinhye.

"Orang lain tak boleh tau aku hidup. Kau sorang je tau. Simpan rahsia ni. Aku akan datang lagi" -Jihoon.

Dia terus keluar melalui tingkap rumah itu. Jinhye segera berlari melihat keluar tingkap. Kelibat lelaki itu sudah hilang dari pandangan.

"Lee Taeyong! Dong Si Cheng!"

Sekali lagi suara itu memanggil nama tuan rumah. Disebabkan kedua-dua mereka tiada, Jinhye terpaksa keluar dan bertemu si tetamu.

Pintu bilik dibuka lalu dia terus berlari ke tingkat bawah. Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu terus tangannya memulas tombol pintu itu.

"Tae- Nuguya?"

Soal gadis yang sedang berdiri di muka pintu itu sebaik melihat wajah Jinhye. Dia kelihatan sedikit terpinga-pinga.

"Saya Jinhye. Saya housemate baru Taeyong" -Jinhye.

"Ouh. Saya Yubin" -Yubin.

Yubin menghulurkan tangannya sambil bibirnya mengukir senyuman mesra. Tanpa ragu-ragu, Jinhye membalas huluran itu. Mereka berjabat tangan tanda berkenalan.

"Masuklah" -Jinhye.

Yubin mengangguk lalu terus melangkah masuk. Dia duduk di sofa diikuti oleh Jinhye. Mereka duduk berhadapan.

"Mian, saya baru je sampai dari Jepun pagi tadi. Jadi saya tak berani nak sentuh barang kat sini" -Jinhye.

"Gwenchana" -Yubin.

Yubin memandang sekeliling rumah itu. Masih sama dan langsung tiada yang berubah. Tidak berbeza daripada kali terakhir dia ke situ.

"Boleh bagi ni dekat Taeyong? Saya takut tak sempat jumpa dia" -Yubin.

Gadis itu menghulurkan sekeping sampul surat besar kepada Jinhye. Dia memandang Jinhye dengan pandangan yang penuh harapan.

Jinhye hanya mengangguk. Dia tidak faham mengapa gadis itu memberinya sampul surat itu. Apa isi di dalamnya?

"Saya kena pergi dulu" -Yubin.

Yubin terus berdiri. Dia melangkah keluar begitu sahaja tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal. Dia kelihatan agak tergesa-gesa.

Jinhye menuju ke arah pintu dan kembali menutupnya. Dia naik ke tingkat atas untuk menyambung pemerhatiannya sebentar tadi.

> DUA HARI KEMUDIAN <

Sudah dua hari berlalu dan sepanjang dua hari itulah Jinhye menetap di rumah Taeyong. Mereka sudah semakin rapat.

Kini, Jinhye sedang sibuk bersiap untuk ke sekolah. Dia memakai uniform yang dibelinya sebelum bertolak ke Korea. Rambutnya yang panjang itu diikat tinggi.

Selepas memastikan dirinya sudah bersedia untuk menjalani kehidupan baru sebagai seorang pelajar dan pengintip pada masa yang sama, dia terus melangkah turun ke tingkat bawah.

ZWILLINGE 2023Where stories live. Discover now