ZW21

43 4 0
                                    

"Baiklah, kelas kita sampai di sini je. Jangan lupa siapkan tugasan berpasangan tu" -Puan Ko.

"Nae"

Guru wanita itu melangkah keluar meninggalkan pelajar-pelajar itu. Seluruh kelas mula bising.

"Yooa"

Gadis yang sedang mengemas buku di atas meja itu terus menoleh. Jiyoung menghampirinya sambil membawa sekeping sampul surat.

"Ni je?" -Jiyoung.

"Waeyo?" -Yooa.

"Satu je? Bukan ke kau selalu dapat lebih sepuluh setiap hari?" -Jiyoung.

Yooa hanya memandang sampul surat itu. Sudah tentu itu surat daripada peminatnya. Setiap hari surat-surat seperti itu akan ada di dalam lokernya.

Matanya tertarik ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang mengerumuni sebuah meja. Dia mengeluh. Sudah tentu pelajar yang menarik perhatian mereka itu ialah Jinhye.

Jiyoung turut memandang ke arah yang sama. Dia tersenyum sinis. Hatinya mula terdetik untuk membuatkan Yooa cemburu dengan pelajar baru itu.

"Dia ambik semua hak kau. Selama ni Taehyung dan Jimin dan lepak dengan kau. Sekarang?" -Jiyoung.

Betul apa yang gadis itu katakan. Jimin kini sedang sibuk berbual dengan Jinhye dan bukan dengannya lagi. Yooa semakin panas.

Selama ketiadaan Jane, Jimin akan melebihkannya dan kini? Lelaki itu melebihkan pelajar baru itu? Apa istimewanya Jinhye berbanding Yooa?

Dengan hati yang semakin panas, dia menghampiri meja Jinhye. Tangannya terus menepuk kuat meja gadis itu. Kesemua mata tertumpu padanya.

"Kau fikir kau budak baru kau boleh rampas title aku kat sini?! Jangan haraplah!" -Yooa.

Jinhye terpinga-pinga mendengar apa yang Yooa katakan. Dia hanya memandang gadis itu tanpa berkata apa-apa.

"Han Jinhye, kan? Kau fikir kau dari Jepun, baju kau lain, kau boleh lawan aku?!" -Yooa.

"Apa kau cakap ni Yooa?" -Jimin.

Jimin yang duduk di sebelah Jinhye pula yang bersuara. Dia hairan mengapa gadis itu terlalu marah? Apa yang Jinhye lakukan terhadapnya?

"You shut up your mouth Park Jimin!" -Yooa.

Yooa terus menarik kolar baju Jinhye. Gadis itu hanya membiarkan sahaja. Nampaknya Yooa memang betul-betul sedang marah.

"Jangan sesiapa kacau aku!" -Yooa.

Dia terus menarik Jinhye keluar dari kelas. Kesemua pelajar tadi memandang gadis itu hairan. Tidak habis-habis dengan sikap cemburunya itu.

Yooa terus menarik Jinhye hingga tiba di tepi tangga. Dia menolak Jinhye kuat ke dinding dan menyebabkan gadis itu tersandar.

Jinhye langsung tidak melawan. Dia hanya membiarkan apa sahaja yang gadis di hadapannya itu mahu lakukan. Dia perlu berpegang pada janji.

Sepanjang dia menjadi seorang pengintip, dia tidak boleh menggunakan kemahirannya terhadap sesiapa yang tidak bersalah. Terutamanya perempuan.

Walaupun Yooa memperlakukannya sebegitu, dia tidak boleh memukul gadis itu. Sudah tentu gadis itu bukanlah lawannya. Dia tidak mahu dikategorikan sebagai pembuli.

"Aku rasa baik kau pindah dari sini! Kau fikir kau boleh kalahkan aku?!" -Yooa.

Ayat yang sama diulang lagi. Jinhye berdecit lalu menoleh memandang ke sisi. Dia malas mahu menghadap gadis yang sedang marah itu.

ZWILLINGE 2023Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang