ZW9

65 7 0
                                    

"Bahaya kau buat macam tu" -Joshua.

Joshua memandang Mina yang sedang menunduk itu. Sudah tentu gadis itu rasa bersalah kerana tindakannya itu memang membahayakan dirinya sendiri.

Dia telah menceritakan segalanya kepada Joshua. Walaupun dia tahu tindakannya itu amatlah bahaya dan boleh mengancam nyawa kedua-dua pihak.

Beberapa minit sebelum Minhyun dan Joshua mendengar jeritan Yuta, Mina telah menghubunginya.

Sewaktu berbual dengan gadis itu, panggilan tiba-tiba tidak mendapat sahutan. Suasana menjadi sepi melainkan bunyi seperti berlakunya pergaduhan.

Banyak kali juga Mina mendengar Yuta mengerang kesakitan. Dia amat bernasib baik kerana panggilan itu tidak dimatikan dan dia dapat mendengar segala apa yang berlaku.

Sebaik sahaja mendengarkan bunyi hentakan yang agak kuat, dia segera mencari kunci keretanya dan bertolak ke rumah mereka.

Dia tahu tindakan itu amat berbahaya tetapi itu sahaja yang dia dapat lakukan. Dia amat risau selepas mendengar sahabat baiknya itu mengerang kesakitan.

Joshua pula tidak mampu melakukan apa-apa. Dia sendiri masih rasa bersalah kerana tidak mampu membantu. Dan disebabkan olehnya juga, kedua-dua lelaki itu hampir mati.

"Apa yang kau dengar?" -Joshua.

Soalan itu membuatkan Mina mengangkat wajahnya. Anak matanya tepat memandang mata lelaki di hadapannya itu.

"Aku dengar lelaki tu bagi ugutan dekat Yuta. Dia libatkan-" -Mina.

Kata-kata Mina mati di situ. Dia tidak mahu meneruskan ayatnya. Dia takut lelaki di hadapannya itu terkesan.

"Mina" -Joshua.

Panggilan Joshua itu membuatkan Mina tersentak. Dia memegang bahu gadis itu. Dia faham mungkin dia takut untuk mendedahkan nama itu.

"Siapa? Siapa yang dia libatkan?" -Joshua.

Sekali lagi Joshua mendesak. Dia tetap ingin tahu siapakah gerangan yang lelaki itu libatkan.

"Kau, Joshua Hong" -Mina.

Terus Joshua mengalihkan pandangannya. Dia sedang cuba untuk mengawal perasaannya.

Bukan rasa cemas yang menyelubunginya ketika ini. Tetapi rasa marah. Dia sudah agak bahawa perkara ini sudah pasti akan berlaku.

"Siapa kat sini ahli keluarga Nakamoto Yuta dan Wen Jun Hui?"

Seorang doktor yang baru sahaja melangkah keluar daripada bilik dimana Yuta dan Jun ditempatkan terus menyoal.

Kedua-dua mereka yang berada di situ terus berdiri. Joshua cuba untuk membuang perasaannya sejauh yang boleh ketika ini.

"Kami kawan dia" -Mina.

Doktor lelaki itu menyelak fail yang berada di tangannya. Dia memandang kembali ke arah kedua-dua sahabat itu.

"Kamu bernasib baik sebab mereka sempat dikejarkan ke hospital"

Mereka berdua menghembus nafas lega selepas mendengar kata-kata itu. Amat sukar untuk mereka jika keputusan doktor tidak berapa baik.

"Malangnya, Nakamoto Yuta berada dalam keadaan koma"

Serta-merta Mina jatuh terduduk. Baru sahaja dia menghembus nafas lega, dia dikejutkan pula dengan berita sebegini.

Bukan gadis itu sahaja, Joshua kaku dan tidak dapat bersuara selepas mendengar kata-kata doktor di hadapannya itu.

"Doktor bergurau kan?" -Joshua.

ZWILLINGE 2023Where stories live. Discover now