ZW24

50 6 1
                                    

"Jihoon" -Jinhye.

Kali ini Jinhye yang bersuara. Jihoon terus memandangnya namun dia langsung tidak membalas pandangan itu. Dia masih sibuk menuam ais itu.

"Tolong muncul setiap kali aku perlukan kau" -Jinhye.

Gadis itu membuat permintaan. Jihoon hanya memandangnya. Dia tidak bersuara. Mengapa gadis itu meminta untuk dia muncul setiap kali diperlukan?

"Noona!"

Satu panggilan beserta ketukan di pintu bilik membuatkan mereka berdua terkejut. Jihoon terus menarik tangannya daripada Jinhye.

"Tunggu" -Jinhye.

Jinhye menarik tangan lelaki itu kembali. Dia berdiri lalu menghampiri almari pakaian dan mengeluarkan sehelai hoodiw bewarna hitam miliknya.

"Nah. Pakai ni. Baju kau dah koyak. Tinggalkan kat sini, aku cuci" -Jinhye.

Entah mengapa, Jihoon terus mengangguk tanpa berfikir panjang. Dia terus menanggalkan bajunya lalu diletakkan di atas katil.

Sebaik dia menyarungkan hoodie itu, dia terus memandang Jinhye. Senyuman terukir di bibirnya.

"Noona! Noona ada kat dalam?"

Jihoon dengan tiba-tiba mencium dahi gadis di hadapannya itu lalu berlari keluar melalui tingkap. Jinhye kaku dengan tindakan Jihoon itu.

Selepas habis mengelamun, dia terus menghampiri pintu. Tombol itu dipulas lalu pintu dibuka. Winwin sedang berdiri di hadapannya dengan wajah risau.

Akhirnya dia dapat menarik nafas lega apabila melihat Jinhye membuka pintu. Dia takut jika gadis itu masih belum pulang.

Sedang dia melihat ke arah gadis itu, matanya teralih kepada sehelai baju yang terlipat kemas di atas katil. Dia terus menyerbu masuk.

Jinhye hanya melihat apa yang lelaki cina itu lakukan. Apabila lelaki itu mengambil baju yang terletak di atas katilnya, dia terdiam.

"Baju siapa ni noona?" -Winwin.

"Baju noona lah" -Jinhye.

Dia meraba-raba bahagian leher baju itu. Terasa bahagian yang agak basah di bahagian leher baju itu. Dilihat semula tangannya, terdapat kesan darah.

"Darah?" -Winwin.

Dia memandang ke arah teman serumah barunya itu. Apa yang sebenarnya berlaku sehingga baju itu mempunyai kesan darah?

"Tu, darah Taeyong" -Jinhye.

Baiklah, gadis itu berasa serba salah. Dia tidak boleh memberitahu mengenai Jihoon dan dia juga tidak boleh menipu bahawa itu adalah disebabkan olehnya.

Hanya Taeyong sahaja alasan terbaik untuk mengelak disoal dengan lebih lanjut. Mungkin dia tidak akan dapat menjawab jika disoal lagi.

"Noona, Winwin lapar" -Winwin.

Winwin menukar topik. Baju itu kembali diletakkan di atas katil. Jinhye dapat menghembus nafas lega.

Kata-kata Winwin itu membuatkannya teringat semula. Makan malam. Ya, dia tertinggal plastik makanan yang dibelinya di tepi tasik.

Dia terus menepuk dahi. Bagaimana dia boleh meninggalkan plastik itu di situ? Dia mengeluh lalu menunduk.

"Mian, noona lupa" -Jinhye.

-☆-

Lelaki itu tersenyum riang. Luka di badannya langsung tidak dihiraukan. Dia tidak boleh melupakan apa yang baru sahaja dia lakukan.

ZWILLINGE 2023Where stories live. Discover now