"Ah, Taeyong"
Satu suara menegur dari arah belakang mereka. Segera keduanya menoleh. Kelihatan seorang lelaki sedang berjalan menghampiri mereka.
"Annyeong saem"
Kedua-dua mereka menunduk menyapa guru mereka itu. Pandangan mata lelaki itu beralih kepada beberapa plastik hitam di atas jalan raya yang sudah ditutup itu.
"Kamu tahu apa jadi?"
Lelaki itu menyoal. Taeyong dan Jinhye menggeleng. Mereka langsung tiada idea untuk apa-apa yang telah berlaku.
"Kim Seok Jin, Min Yoongi, Jung Hoseok dan Kim Namjoon ditemui mati awal pagi ni. Badan mereka dirobek dan dicakar sehingga hancur. Hanya seorang sahaja yang masih hidup"
Terbuntang mata Taeyong mendengar penjelasan itu. Jinhye pula cuba mengawal ekspresi wajahnya. Dia tahu mengenai perkara ini.
Jihoon. Ianya Jihoon. Jihoon yang melakukan semua perkara ini di hadapan matanya sendiri. Tidak sangka pula mereka akan mati?
Nampaknya, ini keterlaluan. Dia tidak mahu dikaitkan dengan kes pembunuhan. Misinya masih lagi belum bermula.
"Hari ni sekolah tutup, jadi kamu berdua boleh balik"
Lelaki itu beredar. Taeyong memandang gadis di sebelahnya. Jinhye kelihatan seperti agak terkejut.
"Gwenchana?" -Taeyong.
Jinhye menggeleng. Dia memang tidak rasa bahawa dirinya baik-baik ketika ini. Dia takut apabila dia telah terlibat dengan kes sebesar ini.
"Jom balik" -Taeyong.
Taeyong terus memegang tangan sahabatnya itu dan berjalan menuju pulang ke rumah.
Agak jauh berjalan, laluan mereka disekat oleh beberapa orang manusia yang masih tidak tahu mengalah.
"Woi Lee Taeyong!" -Taehyung.
Siapa lagi jika bukan Taehyung dan Jimin. Mereka berdua sahaja yang selamat dalam pergaduhan malam tadi.
Langkah Taeyong dan Jinhye terhenti. Taeyong memandang ke arah musuh di hadapannya manakala Jinhye masih menunduk.
Kedua-dua kaki buli itu menghampiri mereka. Dapat dilihat kesan luka di bahagian muka mereka akibat bergaduh.
Mereka beruntung kerana lawan mereka sewaktu pergaduhan itu ialah Jinhye dan bukannya Jihoon. Jika mereka bertarung dengan Jihoon, sudah tentu nasib tidak menyebelahi mereka.
"Kau ingat aku tak tau? Kau yang bunuh hyung aku? Huh?" -Taeyong.
Taehyung terus mencengkam kolar baju Taeyong. Jinhye hanya melihat. Baru sahaja dia mahu membantu, Taeyong memberi isyarat untuk duduk diam.
Dia hanya mampu mengeluh. Mungkin lelaki itu masih belum mempercayainya. Dia akur dan kembali memerhati.
"Kau ni memang nak kena!" -Taehyung.
Tanpa memberi amaran, dia terus menumbuk tepat ke perut Taeyong sehingga lelaki itu jatuh terduduk dan terbatuk-batuk.
Dia menedangnya berkali-kali sehinggakan Taeyong terbaring lemah di situ. Pakaian sekolahnya juga sudah kotor. Jinhye setia memerhati.
"Janganlah lembik sangat! No fun lah camni!"-Taehyung.
Taehyung memaksa lelaki itu berdiri walaupun seluruh badannya sudah terlalu sakit. Dia terus menumbuknya bertubi-tubi.
Tiba-tiba sahaja, Taeyong seperti hampir putus nafas. Dia tercungap-cungap mencari nafas. Namun, Taehyung masih tidak melepaskannya.
Jinhye menyedari apa yang berlaku. Dia mula risau apabila Taeyong tiba-tiba sahaja kelihatan seperti sesak nafas.
YOU ARE READING
ZWILLINGE 2023
Teen FictionThe adaptation of ZWILLINGE 2018; same characters but slight different in plot. ZWILLINGE : A Novel of Two-World-Twins The story about us, a ring of promise. °•.~○~.~○~.•° Kehidupan terlalu mencabar. Letih; Itu saja yang dapat digambarkan olehny...