ZW19

74 4 0
                                    

"Hyung, hari ni nak tak pergi tengok Jihoon hyung?" -Winwin.

Kata-kata Winwin itu membuatkan seluruh meja memandangnya. Hari ini hari cuti, oleh itu dia mencadangkan.

"Boleh jugak" -Taeyong.

Lelaki cina itu terus tersenyum apabila Taeyong bersetuju. Tidaklah rasa rindunya teruk. Dapatlah juga dia melawat lelaki itu.

"Jinhye" -Eunwoo.

Eunwoo tiba-tiba bersuara. Dia terus menoleh melihat gadis yang duduk di sebelahnya itu. Adakah gadis itu mahu turut serta?

"Kau nak ikut or tinggal rumah je?" -Eunwoo.

"Tinggal je. Korang pergilah. Aku nak uruskan hal sekolah kat sini" -Jinhye.

"Kalau macam tu, biar aku teman" -Eunwoo.

"Tak payah. Jihoon tu chingu kau jugak kan? Pergilah ikut dorang" -Jinhye.

Ada betulnya kata-kata gadis itu. Dia tidak mahu menjadi penghalang Eunwoo bersama rakan-rakannya.

-☆-

"Kalau kau nak apa-apa, kau boleh keluar pergi beli. Banyak juga barang yang takde kat rumah ni" -Taeyong.

"Nae" -Jinhye.

Jinhye mengangguk faham. Dia sebenarnya tidak mahu kemana-mana buat masa ini. Biarlah dia berehat untuk sehari selepas perjalanan jauh daripada Jepun ke Korea.

"Kitorang pergi dulu" -Winwin.

Winwin melambai ke arah Jinhye. Gadis itu membalas lambaian lelaki cina itu. Nampaknya mereka sudah mulai rapat.

Sedang Eunwoo menyarung kasutnya, Jinhye menghulurkan sesuatu. Lelaki itu terkebil-kebil. Apa pula yang gadis ini sembunyikan?

Eunwoo kembali berdiri. Dia berdiri rapat di sebelah rakannya itu lalu mengambil barang yang gadis itu hulurkan. Dia membisikkan sesuatu.

"Nak buat apa?" -Eunwoo.

"Kat airport, ada orang letak racun dalam coffee kau. Tak mustahil orang tu akan datang balik" -Jinhye.

Lelaki itu terkejut mendengar penjelasan rakannya itu. Sebab itukah Jinhye menumpahkan coffee yang dibelinya tadi?

Dia terus menyimpan alat komunikasi itu ke dalam poket. Dia tidak boleh membiarkan Taeyong ataupun Winwin tahu tentang perkara ini.

"Pakai" -Jinhye.

Jinhye perasan bahawa Eunwoo menyimpan alat komunikasi itu ke dalam poket. Cara itu agak bahaya terutamanya apabila alat itu tercicir dan hilang.

Tanpa membuang masa, Eunwoo terus memakainya. Dia yakin bahawa gadis itu tahu yang terbaik untuk keselematan mereka.

"Eunwoo, ppali! Kau nak bermanja bukan kat sini" -Winwin.

Winwin menjerit daripada tingkap kereta. Hanya Eunwoo sahaja yang belum masuk ke dalam kereta.

Mendengarkan jeritan itu, dia terus berlari masuk ke dalam kereta. Sempat lagi dia melambai ke arah rakannya yang tidak mengikut mereka itu.

Jinhye tersenyum melihat mereka semua. Kereta yang dipandu oleh Taeyong itu meluncur laju menuju ke jalan raya.

Sebaik kelibat kereta itu hilang dari pandangan, dia terus melangkah masuk dan mengunci pintu. Ada sesuatu yang dia perlu lakukan.

Dia berlari naik ke tingkat atas dan masuk ke biliknya. Pintu bilik itu turut dikunci dari dalam.

Segala alatan untuk menyempurnakan misi dikeluarkan dari dalam bagasi dan diletakkan di atas katil.

ZWILLINGE 2023Where stories live. Discover now