ZW4

96 8 0
                                    

Dia masih lagi terkejut tapi pada masa yang sama, dia gembira kerana dapat melihat wajah abang kembarnya yang sudah lama tidak ditemui.

"Ni Park Jimin, kan?" -Jihoon.

Jihoon menunjuk wajah seorang lelaki yang berdiri di sebelah Joshua itu. Dia amat mengenali lelaki bernama Park Jimin itu. Mana tidaknya? Park Jimin pernah menghuni di rumahnya kerana kursus perubatan yang bapanya anjurkan.

Jimin juga ialah pelajar cemerlang bapanya. Tetapi malang sekali, dia hanya menggunakan bakatnya untuk mencari wang dan bukan membantu orang. Sejak kali terakhir mereka berdua bertemu, Jihoon tahu bahawa kegiatan Jimin itu semakin menjadi-jadi. Bapanya pula hanya memenangkan Jimin. Jelas bahawa kasih saying yang sepatutnya untuk anak sendiri diberi kepada orang lain. Winwin mengangguk laju. Dia menyangka bahawa lelaki di hadapannya itu akan ingat dengan lebih lagi.

"Ni pulak Hwang Minhyun" -Winwin.

Dia menunjuk wajah seorang lelaki yang berdiri bersebelahan Taeyong. Wajah lelaki itu kelihatan seperti seorang yang peramah. Jihoon meneliti wajah Minhyun yang dikatakan pernah menjadi sahabat baik Taeyong suatu ketika dahulu.

"Apa jadi antara Taeyong dengan Minhyun?" -Jihoon.

Winwin tertunduk. Entah apa perasaannya sekarang ini. Dia mahu membantu lelaki di hadapannya ingat semula tetapi dia tidak mahu mengkhianati Taeyong. Dengan nafas yang agak dalam, dia membuat keputusan. Dia tetap akan menceritakan perkara yang sebenar.

"Minhyun hyung punca Taeyong kena buli" -Winwin.

"Maksudnya?" -Jihoon.

"Taehyung gilakan Minhyun hyung. Tapi sebab Minhyun hyung rapat dengan Taeyong hyung, dia cemburu" -Winwin.

Jihoon terdiam. Taehyung gilakan Minhyun? Biar betul? Terbongkar sudah rahsia yang sebenar.

"Minhyun hyung cemburu dengan Taeyong hyung. Jadi, dia gunakan Taehyung untuk jatuhkan Taeyong hyung" -Winwin.

Dia terus terdiam. Rasa bersalah apabila menceritakan perkara sebegitu kepadanya.

"Tapi kenapa sampai sekarang?" -Jihoon.

"Taehyung tak puas hati bila Minhyun hyung pindah Jepun" -Winwin.

Kali ini, dia sudah faham. Taehyung menyalahkan Taeyong atas apa yang berlaku. Disebabkan sifat homoseksual itu, dia membuli. Meremang bulu romanya secara tiba-tiba. Boleh dipercayai juga kerana memang perkara itu wujud. Tidak boleh dinafikan jika Taehyung bukanlah lelaki yang sempurna.

"Ada lagi?" -Jihoon.

"Hyung pandai English" -Winwin.

Terbuntang mata Jihoon mendengar ayat itu. Itu ialah perkara yang sukar baginya. Dia langsung tidak mempelajari Bahasa Inggeris selama dia bersekolah dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas. Apabila mendengar kisah mengenai Joshua Hong, dia sedar bahawa mereka berdua mempunyai banyak perbezaan. Sudah tentu ia amat sukar untuk menyamar sebagai Joshua Hong jika terlalu banyak perbezaan antara mereka.

Mereka berdua duduk berbual. Tanpa mereka sedari, ada satu pasang mata yang sedang memerhatikan mereka. Taeyong mengeluh selepas mendengar semua perbualan itu dari mula hingga akhir. Segala-galanya sudah terbongkar. Biarpun lelaki yang dianggap Joshua itu tahu apa-apa sebelumnya.

Kini, Jihoon telah mengetahui berkaitan Minhyun. Dan dia juga sudah mengenali Park Jimin. Taeyong mengeluh lalu meneruskan langkah menuju ke biliknya. Dia sedikit penat selepass menghadapi apa yang berlaku pada hari ini.

Petang tadi, dia telah dibuli. Sekarang Jihoon pula yang sedang marahkannya. Dia membuka pintu lalu melangkah masuk. Pintu kembali dikunci lalu merebahkan tubuhnya di atas katil. Sungguh dia tidak bersedia untuk bertemu Jihoon dan meminta maaf atas segalanya.

ZWILLINGE 2023Where stories live. Discover now