Mereka bertiga kini tiba di hadapan sebuah rumah yang agak besar. Langkah mereka berhenti. Yubin memandang mereka.
"Gomawo" -Yubin.
Winwin mengangguk sambil tersenyum manakala Jihoon hanya diam tidak bersuara.
Yubin menukar arah. Dia memandang Jihoon dengan pandangan sayu. Dia sudah tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Mereka berdua telah menceritakan kepadanya sewaktu dalam perjalanan pulang sebentar tadi.
Dia sungguh mengasihani nasib yang sedang sahabatnya itu hadapi. Dia faham betapa sukarnya dugaan itu.
"Jihoon" -Yubin.
Yubin memanggil Jihoon dan menyebabkan lelaki itu terus mengangkat muka memandangnya.
"Teruskan jadi Joshua. Aku akan tolong kau" -Yubin.
Kata-kata gadis itu menyebabkan Jihoon tersenyum begitu juga dengan Winwin. Nampaknya, Yubin akan membantu mereka selepas ini.
"Aku masuk dulu" -Yubin.
Yubin meminta izin untuk meninggalkan mereka dan masuk ke dalam rumah. Hari sudah pun lewat malam.
Sebaik memastikan gadis itu telah masuk ke dalam rumahnya dan menghilang dari pandangan mereka, mereka berdua terus menyambung langkah.
Jihoon memasukkan tangan ke dalam poket seluarnya. Suhu di luar ini agak sejuk tambahan pula pada waktu malam.
"Hyung" -Winwin.
Disebabkan suasana yang terlalu sunyi, Winwin memulakan bicara. Tidaklah suasana menjadi terlalu menjengkelkan.
"Yubin noona tu kawan hyung ke yeochin hyung?" -Winwin.
Pertanyaan itu berjaya membuatkan Jihoon berhenti mengelamun. Dia segera memandang sahabatnya itu.
"Chingu" -Jihoon.
Sepatah sahaja dia menjawab. Winwin masih tidak dapat menerima jawapan itu daripada mulut Jihoon. Dia mahukan yang lain.
"Tapi, nampak macam hyung rapat sangat dengan dia" -Winwin.
Jihoon terus tersenyum malu. Sukar untuk berlagak seperti biasa apabila topik perbualan ialah gadis yang menjadi sahabatnya itu.
"Yubin satu-satunya orang yang nak tegur hyung" -Jihoon.
Itu sahaja. Tiada alasan lain lagi. Mereka hanyalah sahabat biasa dan tidak pernah mahupun akan lebih daripada itu.
Baginya, Yubin seorang yang amat setia. Biarpun gadis itu mempunyai lebih ramai kawan lain, dia langsung tidak melupakannya.
Sesekali dia terfikir. Mengapa hanya Yubin yang mampu melihat kelebihannya dan bukan pelajar lain?
Jihoon dan Winwin meneruskan perjalanan mereka untuk pulang ke rumah.
Hidangan makan malam yang dibeli di kedai tadi tentu sudah sejuk. Oleh itu, mereka melajukan langkah.
Selepas beberapa minit berjalan kaki sambil menikmati keindahan bandar dalam angin bayu malam yang dingin, mereka akhirnya tiba di rumah.
Jihoon melangkah masuk lalu menunggu Winwin yang sedang mengunci pagar. Sekarang sudah lewat malam, pelbagai perkara boleh berlaku.
"Hyung masuklah dulu. Kat luar ni sejuk" -Winwin.
Winwin tetap menyuruh lelaki itu masuk. Dia hanya berkata dan langsung tidak menoleh memandangnya.

YOU ARE READING
ZWILLINGE 2023
Teen FictionThe adaptation of ZWILLINGE 2018; same characters but slight different in plot. ZWILLINGE : A Novel of Two-World-Twins The story about us, a ring of promise. °•.~○~.~○~.•° Kehidupan terlalu mencabar. Letih; Itu saja yang dapat digambarkan olehny...