ZW16

68 5 0
                                    

KEESOKAN HARI


Jinhye melangkah turun dari kereta mewahnya. Dia mengambil beg kerja yang berada di tempat duduk melangkah dan masuk ke balai.

Senyuman di bibirnya langsung tidak lekang. Hari ini, dia gembira kerana perlu bekerjasama dengan seorang pakar teknologi dari tempat asalnya sendiri, Korea.

Walaupun dia tidak setuju pada mulanya, dia sedar bahawa itu adalah untuk menangkap seorang pembunuh bersiri Jepun, Tuan Nakamoto.

Akina yang sedang duduk di kaunter itu memandang Jinhye pelik. Mengapa gadis itu tidak berhenti tersenyum? Bukankah gadis itu susah untuk senyum.

Memang benar. Jinhye hanya dapat senyum dengan mudah apabila bersama dengan Minhyun. Mereka berdua terlalu rapat berbanding dengan mereka yang lain.

"Jinhye? Happy betul" -Akina.

Jinhye terus memandang ke arah wanita yang menegurnya itu. Dia tersenyum lalu mula membuka mulut.

"Bila budak baru tu nak sampai?" -Jinhye.

"Mungkin dalam tiga puluh minit lagi" -Akina.

Dia terangguk-angguk. Nampaknya dia hanya mempunyai kurang dari satu jam sebelum bertemu dengan rakan sepasukan barunya itu.

Dia menunduk hormat lalu melangkah naik ke pejabat. Akina menunjukkan reaksi hairan dengan sikap Jinhye yang tiba-tiba sahaja berubah itu.

Pintu pejabat itu dibuka lalu dia menghampiri bilik kerja Minhyun itu. Dia sudah memutuskan bahawa bilik itu akan digunakannya sebagai biliknya sendiri.

Pejabat itu masih lenggang. Tidak terlalu ramai pekerja yang sudah melapor diri pagi ini. Maklumlah baru jam tujuh pagi.

Jinhye duduk di kerusi lalu menghidupkan komputer di hadapannya itu. Dia mahu memulakan kerja memandangkan dia terpaksa menggantikan Minhyun.

-☆-


"Jinhye"

Satu suara menegur gadis yang sedang sibuk menyiasat video yang berjaya dirampasnya tempoh hari. Dia terus berdiri dan menunduk hormat.

Ketuanya sedang berdiri di muka pintu. Ada seorang lagi yang sedang berdiri di belakangnya. Dia pasti bahawa dia seorang lelaki berdasarkan gaya pemakaiannya.

Namun, wajahnya tidak kelihatan kerana terselindung di sebalik tirai bilik itu. Tambahan pula dengan ketuanya yang tinggi itu.

"Hari ni kamu tahu kan, seorang pakar teknologi dari Jepun akan bekerjasama dengan kita?"

Ketuanya itu mula bersuara. Jinhye hanya mengangguk. Ya, Terada dan Akina sudah memberitahunya tentang perkara itu.

"Kenalkan. Dia ni akan bekerjasama dengan kita mulai hari ini dan saya nak perkembangan malam ni"

Lelaki yang dimaksudkan itu terus menunjukkan wajahnya. Dia berdiri di sebelah ketuanya itu lalu menunduk hormat.

Sebaik Jinhye melihat wajah lelaki itu, dia terkejut. Dia memandang ketuanya itu dengan pandangan tidak percaya.

"Ini Cha Eunwoo. Dia student dekat Yeong Hwa High dan pernah dapat International Techno Student"

Eunwoo turut menunjukkan reaksi terkejut. Tidak sangka bahawa mereka akan bertemu lagi tetapi sebagai rakan sepasukan.

Ketuanya terus beredar dari situ meninggalkan kedua-dua mereka yang masih tidak lepas dari perasaan terkejut.

"Tak sangka jumpa kau kat sini" -Jinhye.

ZWILLINGE 2023Where stories live. Discover now