ZW 31

27 2 0
                                    

"Alamak Jihoon" -Jinhye.

Jinhye menepuk dahinya. Dia baru teringatkan sesuatu. Jihoon yang melangkah jauh dihadapan terus menoleh.

"Wae?" -Jihoon.

"Aku lupa name tag aku" -Jinhye.

Jihoon turut menepuk dahinya. Bagaimana pula tanda nama itu boleh tertinggal di bilik tadi? Mereka sudah berada di lobi dan terpaksa berpatah balik.

"Kau tunggu sini. Biar aku naik sekejap" -Jinhye.

Lelaki itu mengangguk. Jinhye terus berlari menuju ke arah lif. Dia menanti pintu lif itu terbuka. Terdapat beberapa orang lagi yang berada di hadapan lif itu.

"Cari dia sampai jumpa. Tapi jangan sentuh dia"

Ayat itu menarik perhatian Jinhye. Dia memandang ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri tepat di hadapan pintu lif.

Seperti dia amat mengenali lelaki itu. Dia cuba untuk menangkap apa yang lelaki itu katakan kepada dua orang lelaki di sebelahnya.

Secara tiba-tiba, lelaki itu menoleh. Sebaik terpandang wajahnya, dia terus menunduk. Rasa risau mula menyelubunginya.

Bagaimana Takuya boleh berada di sini? Dan apa yang lelaki itu buat di hospital ini? Apa motif sebenarnya?

Pintu lif terbuka dan mereka semua melangkah masuk. Jinhye berdiri di sudut lif dan memerhati lelaki Jepun itu.

Matanya terpandang ke arah pinggang lelaki itu. Biarpun lelaki itu memakai kot labuh paras lutut, dia tahu ada sepucuk pistol tersemat di situ.

Seorang mafia tidak akan meninggalkan senjatanya kemana sahaja dia pergi. Dan bila-bila sahaja dia boleh menggunakannya.

Selepas beberapa ketika, pintu lif terbuka. Jinhye terus meluru keluar. Dia tidak sanggup untuk berada di dalam lif itu bersama mafia yang sedang dia buru.

Silap langkah, dia mati ditembak di situ juga. Semahir manapun dia, mustahil untuk berlawan dalam keadaan ruang sekecil itu bersama dengan orang awam.

Sebaik pintu lif itu kembali tertutup, dia memandangnya. Nasib baik Takuya tidak turun di tingkat itu.

Dia terus berlari ke biliknya tadi. Dia tidak boleh meninggalkan tanda namanya di situ. Ia amat bahaya. Lain jika dia hanyalah seorang pelajar biasa.

Pintu bilik itu ditolak lalu dia melangkah masuk. Tanda namanya elok berada. Dia segera mengambilnya lalu melangkah keluar.

Pintu bilik itu ditutup perlahan supaya tidak menggangu jururawat yang berada berhampiran. Baru sahaja kakinya hendak melangkah, satu perbualan menghentikannya.

"Betul ke pesakit dari Jepun tu anak Mafia?"

"Dengar katanya betul. Tapi tak pasti lah"

"Kalau dia anak Mafia. Bahaya siapa yang jaga wad tu"

"Jangan risau. Wad tu dah ketatkan security and ada sorang detektif jaga dia"

Pesakit dari Jepun? Anak mafia? Bukankah hanya Nakamoto Yuta keturunan terakhir mafia Jepun?

Niatnya untuk turun bertemu Jihoon terus terbatal. Langkah diatur menghampiri jururawat yang sedang berbual itu.

"Cik, maafkan saya. Boleh saya tahu tentang pesakit dari Jepun tu?" -Jinhye.

Sebaik mendengar pertanyaan itu, kedua-dua jururawat itu terdiam. Mereka memandang Jinhye dengan pandangan yang jelas menujukkan bahawa mereka ragu-ragu.

ZWILLINGE 2023Where stories live. Discover now