ZW10

61 6 0
                                    

Matahari menyinar terang di pagi hari. Kicauan burung-burung membuatkan suasana amat indah. Ditambah angin bayu yang bertiup nyaman.

Seorang lelaki masih lagi lena dibuai mimpi di atas katil. Hari sudah pun pagi dan dia masih lagi tidur dengan lena.

"Jihoon, ireona"

Kedengaran suara seorang wanita serentak cahaya matahari menyuluh ke matanya. Perlahan-dia membuka mata akibat tidurnya terganggu.

Pantas tangannya menghadang cahaya matahari daripada terus menyuluh tepat ke mata. Dia menukar posisi daripada baring kepada duduk.

Dia memandang ke arah tingkap. Seorang wanita berambut panjang sedang mengikat langsir biliknya.

"Baguslah kamu dah bangun"

Wanita itu berkata lagi lalu terus menoleh memandang Jihoon. Terus matanya terbuntang melihat wajah wanita di hadapannya itu.

Sungguh dia mengenali wanita itu. Sudah lama mereka tidak bertemu. Adakah semua ini hanya mainan tidur atau dia kini berada di alam nyata?

"Omma" -Jihoon.

Dia memanggil wanita itu dengan panggilan yang diberikan kepada ibunya sebelum dia pergi meninggalkannya.

Wanita itu tersenyum manis memandangnya. Perlahan, dia menghampiri Jihoon dan duduk di birai katil.

"Pergi mandi, siap cepat. Jisoo dah tunggu kat bawah"

Dalam keadaan yang masih terpinga-pinga, dia mengangguk. Dia masih lagi tidak mempercayai bahawa semua ini bukannya sebuah mimpi.

Mana tidaknya, perkara terakhir yang dia ingat adalah dia bertemu dengan Jane sebelum dia pengsan. Dan bagaimana dia boleh berada di rumah?

Paling mengelirukan, bagaimana mendiang ibunya yang telah meninggalkannya sejak tiga belas tahun yang lalu boleh berada di hadapannya?

Wanita itu terus berdiri dan melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Jihoon yang masih duduk di atas katil.

Perlahan-lahan dia bangun dan mencapai tualanya sebelum melangkah masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Pintu bilik air itu dikunci dari dalam. Dia menyangkut tualanya pada besi penyangkut itu lalu berdiri menghadap cermin.

Paip air di sinki itu dibukanya perlahan-lahan. Dia menadah air itu dan terys membasahkan mukanya berkali-kali.

"Ni bukan mimpi?" -Jihoon.

Jihoon berkata sendiri. Sudah berkali-kali air itu disapu ke mukanya dan dia masih lagi tidak terjaga dari semua ini. Nampaknya, ia benar-benar bukan mimpi.

Jihoon terus menanggalkan pakaiannya lalu membuka pancuran hunan untuk mandi dan membersihkan diri.

Selepas hampir lima belas minit berada di dalam bilik air itu, dia mencapai tuala dan mengeringkan tubuhnya. Dia terus membuka pintu dan melangkah keluar.

Dia memandang seluruh biliknya. Ia tidak asing lagi baginya. Walaupun sudah tiga belas tahun meninggalkan bilik itu, dia masih dapat mengingatinya.

Itulah biliknya sewaktu tinggal bersama kedua ibu bapanya sebelum mereka terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Almari baju yang berada di tepi katil itu dituju. Dia membukanya dan meneliti setiap pakaian yang tergantung di dalam bilik itu.

Kesemua pakaian itu bukanlah pakaian biasa. Jelas bahawa kesemuanya adalah pakaian berjenama dan amat mahal.

ZWILLINGE 2023Where stories live. Discover now