"Kita nak pergi mana?" -Jinhye.
Jinhye masih lagi mengikut langkah sahabatnya itu. Entah ke mana mereka mahu pergi.
Jihoon berjalan tanpa mempedulikan soalan gadis itu. Dia masih lagi dalam dunianya sendiri.
"Jihoon" -Jinhye.
Tiba-tiba gadis itu memegang pergelangan tangannya. Jihoon serta merta berhenti. Dia memandang gadis itu.
"Kau nak bawa aku pergi mana sebenarnya ni?" -Jinhye.
"Aku.." -Jihoon.
"Kau apa Jihoon?" -Jinhye.
"Aku nak kau tau semua yang jadi sebelum kita jumpa" -Jihoon.
Dia meneruskan perjalanannya menuju ke perhentian bas. Jinhye mengeluh lalu mengejar lelaki itu.
Nasib mereka amat baik kerana sebaik mereka tiba di perhentian bas itu, bas baru sahaja tiba. Mereka terus melangkah naik.
-☆-
Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam sebuah bilik. Penyapu yang dibawanya disandarkan pada almari. Dia memandang seluruh bilik itu.
"Apa yang aku kena kemas?" -Winwin.
Winwin menuju ke meja belajar yang terdapat di dalam bilik itu. Buku-buku di situ agak bersepah.
Dia menyusun buku-buku belajar milik teman serumahnya itu. Nampaknya, Jinhye memang suka belajar
Mungkin ini kali pertamanya ke sekolah tinggi tetapi ia sudah terbiasa baginya. Baginya, belajar itu menyeronokkan.
Tanpa angin lalu, buku yang dipegangnya jatuh berterabur di atas lantai. Kertas-kertas di dalam buku itu terkeluar dan bersepah di atas lantai.
Terus dia menunduk mengutip kertas-kertas itu. Tiba-tiba, sekeping kertas bewarna coklat menarik perhatiannya.
Dia terus melepaskan kertas yang dikutip tadi. Dia mencapai kertas atau lebih tepat, sampul surat bewarna coklat itu.
Rasa ingin tahu mula membuak-buak. Dia teringin untuk membuka sampul surat itu dan melihat isi di dalamnya.
"Ni noona punya" -Winwin.
Dia cuba menukar fikirannya. Dia tidak mahu menceroboh peribadi orang lain. Mungkin itu dokumen-dokumen penting milik Jinhye.
"Winwin"
Terus dia menoleh. Seorang lelaki sedang berdiri di muka pintu. Lelaki itu memandangnya dengan persoalan.
"Buat apa kat sini?" -Taeyong.
"Winwin kemas bilik ni je" -Winwin.
"Apa tu?" -Taeyong.
Taeyong terpandang akan sampul surat itu. Dia terus merampasnya dari tangan Winwin. Lelaki cina itu terus menunduk takut akan dimarahi.
Taeyong membelek sampul itu lalu terus membukanya. Terdapat beberapa keping kertas di dalamnya. Dia terus mengeluarkannya dan membaca satu persatu.
Sekeping kertas menarik perhatiannya. Kertas itu kecil sahaja dan mempunyai tulisan seolah nota.
Sebaik membacanya, matanya terbuntang. Terkejut dengan apa yang nota itu katakan. Dia memandang Winwin meminta penjelasan.
"Mana Winwin dapat sampul ni?" -Taeyong.
"Atas meja ni. Wae?" -Winwin.
Taeyong membacanya lagi sekali. Tidak silap lagi. Ianya satu nota dan ia berkait dengan salah seorang daripada mereka.
YOU ARE READING
ZWILLINGE 2023
Teen FictionThe adaptation of ZWILLINGE 2018; same characters but slight different in plot. ZWILLINGE : A Novel of Two-World-Twins The story about us, a ring of promise. °•.~○~.~○~.•° Kehidupan terlalu mencabar. Letih; Itu saja yang dapat digambarkan olehny...