ZW15

69 4 0
                                    

"Alatan dapur semua disediakan. Kalau nak tambah, boleh beli sendiri. Set penghawa dingin dekat belakang tu dah lama jadi nanti saya hantar orang untuk baiki" -Yubin.

Yubin menerangkan tentang keadaan rumah sewa itu. Maklumlah dia sendiri sudah lama tidak menjejakkan kaki ke situ sejak bersekolah.

Minhyun memerhati setiap sudut di dalam rumah itu. Boleh tahan juga rumah itu. Perabot di dalamnya tidak rosak dan kelihatan masih baru.

"Ouh ya" -Yubin.

Yubin yang baru sahaja ingin melangkah keluar dari rumah itu terus memberhentikan langkahnya selepas teringatkan sesuatu.

"Nombor saya ada dekat peti sejuk. Kalau ada apa-apa, call" -Yubin.

Minhyun terus memandang ke arah peti sejuk itu. Ada sekeping nota kecil ditampal di situ. Dia kembali memandang Yubin dan mengangguk.

"Kalau, tak ada apa-apa lagi, saya balik dulu. Lagi dua jam, saya perlu ke sekolah" -Yubin.

Minhyun mengangguk. Yubin terus beredar meninggalkan pelanggannya itu di rumah baru dengan pintu yang terbuka.

Minhyun segera pergi menutup pintu itu. Dia takut jika ada sesetengah jiran di situ yang mengenali wajahnya.

Mana tidaknya, namanya naik dan dikenali seluruh Asia selepas berjaya menumpaskan jenayah tiga negara. Tambahan pula dia seorang penyiasat muda.

Nampaknya, misi pertama telah selesai. Dia hanya perlu membawa Joshua pulang ke rumah itu sahaja dan mulakan tugas sebagai pelindung.

-☆-

~•OSAKA, JEPUN•~

Seseorang berpakaian serba hitam dan bertopi sedang melarikan diri daripada sekumpulan lelaki.

Sudah jauh dia berlari namun masih tudak dapat melepaskan diri daripada mereka. Langkahnya sudah semakin perlahan dan akhirnya dia berhenti.

Lelaki-lelaki itu turut menghentikan langkah. Seorang lelaki yang agak tinggi melangkah ke hadapan. Dia tersenyum sendiri.

"Serah diri?"

Lelaki itu menyoal. Gerangan yang dikejarnya itu tadi berdiri membelakanginya. Tangan diangkat sebagai tanda menyerah diri.

Lelaki itu kembali tersenyum. Dia menghampiri gerangan berpakaian hitam itu. Ahli kumpulannya yang lain turut tersenyum.

"Serahkan apa yang kau ambik dari bos"

Lelaki itu meminta. Dia tahu barang yang hilang itu sudah pasti ada pada gerangan di hadapannya itu.

Mereka mengejar gerangan itu daripada rumah bos mereka hingga ke sini. Sudah pasti mereka tahu apa yang gerangan itu ambil.

Disebabkan barang yang diminta belum dipulangkan, lelaki itu melangkah semakin hampir. Topi yang dipakai oleh gerangan itu terus ditarik kasar.

Lelaki itu terdiam sebaik melihat wajah sebenar gerangan itu. Sungguh dia tidak sangka orang yang dikejarnya selama ini adalah seorang gadis.

Topi itu ditarik dan menyebabkan ikatan rambutnya terbuka. Pantas gadis itu menoleh dan menumbuk tepat ke wajah lelaki itu.

"Takuya!"

Ahli kumpulan lelaki bernama Takuya itu segera menghampirinya. Akibat tumbukan gadis itu, ketua mereka jatuh terduduk. Tidak sangka bahawa gadis itu bukanlah orang biasa.

Gadis itu tersenyum lalu terus melarikan diri. Kesemua lelaki itu hanya memerhati dan membiarkan gadis itu pergi begitu sahaja.

"Tercegat apa lagi?! Kejar dia!" -Takuya.

ZWILLINGE 2023Where stories live. Discover now