ZW 29

24 2 0
                                    

"ARGHHH!!!"

Seorang lelaki menolak kesemua botol wain itu dengan kasar. Botol-botol itu pecah berderai di atas lantai.

"Kalau lelaki tu tak muncul aku dah boleh bunuh perempuan tu!" -Takuya.

Takuya melepaskan amarahnya. Pergaduhan tadi adalah peluang terbesar untuk dia membunuh musuh ketatnya itu. Tetapi, muncul pula pengganggu.

Sudah bertahun-tahun dia memburu si pengintip yang berjaya memusnahkan rancangan mereka selama ini.

Dan akhirnya selepas kejadian di sebuah lorong di Jepun, semuanya terbongkar. Wajah si pengintip terdedah namun masih dapat melarikan diri.

"Tuan, cuba tengok ni"

Salah seorang orang suruhan Takuya datang menghampirinya. Dia membawa sekeping gambar lalu dihulurkan kepada Takuya.

Takuya mengambilnya lalu dilihat gambar itu. Terdapat gambar seorang lelaki yang mereka kerjakan sebelum Jinhye muncul sewaktu pergaduhan tadi.

"Lelaki tu bukan ke orang yang Tuan tembak kat hospital minggu lepas?"

Dia terdiam. Wajah lelaki yang ditunjukkan itu memang amat dikenalinya. Dia mula memikirkan sesuatu. Perkara yang baru disedarinya kini.

Tepat sebelum dia dan Kenta memunculkan diri dan berhadapan dengan lelaki di dalam gambar itu, dia telah mengarahkan Kenta untuk menembak lelaki itu.

Darah lelaki itu banyak yang mengalir tetapi lelaki itu masih teguh berdiri. Lelaki itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Buat kali kedua, Kenta melepaskan tembakan dari arah belakang lelaki itu dan ianya tepat.

Tiada apa yang berubah. Ia tetap sama. Lelaki itu masih mampu berdiri dan masih dapat berlawan dengannya.

Tiada perubahan ke atas lelaki itu walaupun sudah ditembak dua kali. Sehingga ke akhirnya, lelaki itu masih hidup.

Ya, itu amat menghairankan. Bagaimana seorang lelaki biasa dapat terus berlawan sedangkan sudah ditembak sebanyak dua kali?

Itu mustahil. Nampaknya perkara itu tidak logik diterima akal. Adakah sesuatu tersembunyi atau siapa sebenarnya lelaki yang ditembaknya itu.

"Kenta" -Takuya.

Kenta yang sedari tadi sibuk bermain dart terus menoleh. Dia tidak berganjak tetapi hanya menjungkit bahu sebagai tanda soal.

"Sini lah!" -Takuya.

Disebabkan rakannya itu langsung tidak mahu bergerak, dia terus meninggikan suaranya.

"Haish sabarlah" -Kenta.

Dengan langkah yang malas, Kenta terus berjalan dan menghampiri Takuya. Dia hanya berdiri di hadapan lelaki itu.

"Kau ingat tak, orang yang kau tembak dekat lorong tu tadi?" -Takuya.

"Laki tu? Ingat" -Kenta.

"Dua kali kau tembak dia kan? Kau tak pelik?" -Takuya.

"Nak pelik apa? Dia tak mati pun kan?" -Kenta.

Selepas tersedar dengan kata-katanya itu, baru dia terdiam. Cuba memikirkan maksud di sebalik soalan rakan sepasukannya itu.

Betul juga apa yang Takuya soalkan. Siapa sahaja yang tidak pelik jika seorang lelaki ditembak sebanyak dua kali dan langsung tidak tumbang?

Jika hendak dikatakan bahawa lelaki itu memakai baju kalis peluru, bagaimana pula darahnya boleh mengalir keluar dan langsung tiada bunyi besi sewaktu peluru itu mengenanya.

ZWILLINGE 2023Where stories live. Discover now