Taeyong mengeluh. Dia kini sedang berjalan bersendirian. Tiada siapa yang menemaninya. Winwin juga sudah pulang terlebih dahulu.
Ini semua disebabkan gurunya. Dia terpaksa pulang lewat kerana perlu menjawab segala soalan yang lelaki pertengahan usia itu tanyakan.
Sudahlah kesemua soalan itu berkaitan dengan dirinya dan Jihoon. Bukan itu sahaja, nama Jane juga turut menjadi bualan.
Kesemua rakan sekelasnya memberitahu bahawa Jane sudah seminggu tidak hadirkan diri ke sekolah. Kali terakhir gadis itu dilihat adalah beberapa hari yang lalu.
Berdasarkan tarikh yang pelajar-pelajar lain sebutkan, Jane hilang pada hari pengebumian Jihoon.
Ia menjadi satu tanda tanya kerana gadis itu bukannya menghadiri majlis pengebumian itu. Dia hanya ditinggalkan di kawasan kejadian.
Hari sudah menginjak malam. Cahaya bulan menyuluh bumi. Dia berjalan sendiri sepanjang lorong kedai yang sudah gelap itu.
Dia tahu bahawa kawasan itu bahaya tetapi itulah jalan terakhir yang boleh dilalui. Jalan lain terlalu jauh dan hari semakin lewat.
"Woi Lee Taeyong"
Satu suara yang agak garau menegurnya. Langkahnya terus terhenti. Nafas berat dilepaskan sebelum mula menoleh. Dia amat kenal dengan suara itu.
Sebaik dia menghadap lelaki yang memanggilnya, sekali lagi dia mengeluh. Apa pula yang mereka mahukan pada waktu sebegini?
"Aku tau kau mesti ada kaitan dengan Jane. Lepas kau tak datang, Jihoon dengan Jane pun sama. Kau dalang kan?" -Taehyung.
"Apa kau mengarut ni Taehyung? Aku langsung tak sentuh Jane" -Taeyong.
"Sebenarnya Joshua hilang selama ni sebab kau kan? Kau yang bunuh dia!" -Taehyung
Amarahnya tidak dapat ditahan lagi. Mendengarkan tuduhan tidak bermoral tanpa usul periksa itu cukup untuk membuatkan kemarahannya meluap.
"Jaga mulut kau Taehyung" -Taeyong.
"So betullah kan? Kau bunuh Joshua? And now dia hilang lagi. So thats mean Joshua dah mati right?" -Taehyung.
Satu tumbukan hinggap di wajah Taehyung. Sungguh dia geram apabila lelaki itu berbuat sedemikian. Menuduh tanpa bukti.
Disebabkan tidak puas hati ditumbuk tanpa sebab, Taehyung kembali membalasnya. Mereka berdua bergaduh di situ tanpa ada sesiapa yang menyedarinya.
Pakaian sekolah Taeyong sudah mula tidak terurus. Begnya juga sudah dicampak entah ke mana.
Taehyung menumbuk tepat ke wajah Taeyong. Lelaki itu terundur dan darah mula mengalir di celahan bibirnya. Dia mengesat darah itu.
Tanpa sempat dia bersedia, sekali lagi Taehyung menendang ke perutnya. Dia jatuh terduduk menahan sakit yang teramat.
"Huh? Tu jer? Tak mampu nak sambung? Kau mula dulu kau tanggung" -Taehyung.
Taehyung menarik kolar baju lelaki itu. Belum sempat dia melakukan apa-apa, sebuah tangan menepuk bahunya. Dia terus menoleh.
"Annyeong"
Satu tumbukan kuat hinggap di wajahnya. Disebabkan terkejut, dia mengundur sedikit ke belakang. Tetapi, dia kembali ditendang tepat di perut.
"Siapa kau?!" -Taehyung.
"Molla? Maybe roh yang nak balas dendam?"
Taehyung terdiam. Roh? Siapa? Mengapa pula ada roh yang ingin membalas dendam terhadapnya?

YOU ARE READING
ZWILLINGE 2023
Ficțiune adolescențiThe adaptation of ZWILLINGE 2018; same characters but slight different in plot. ZWILLINGE : A Novel of Two-World-Twins The story about us, a ring of promise. °•.~○~.~○~.•° Kehidupan terlalu mencabar. Letih; Itu saja yang dapat digambarkan olehny...