Malam menjelma,Jam menunjukkan tepat pukul 10:00 malam.
seraga baju yang dikutip pada ampaian dilipat oleh Lara.Azim pun masih belum tidur, meniarap di atas katil,mata tidak beralih arah memandang isterinya."apasal tengok Lara macamtu?" Kain yang dilipat terhenti tatkala menyoal suaminya.
Belum lagi menjawab pertanyaan Lara, Azim turun dari katil lalu duduk bersila disebelah Lara."apa ni..saya tanya kan.. kenapa tak tidur lagi?" soal Lara lagi memandang arah Azim.
"Lara... boleh tak kalau nak mintak satu permintaan?" Azim sengaja menghimpit Lara.Tiba tiba mata memandang arah Lara , tersengih macam kerang busuk.
Lara kehairanan, terus sambung melipat baju.Dia pura-pura tidak dengar permintaan Azim.
"Laraaa... saya tanya ni.. tak baik tau suami tanya pastu.. diam je"
Lara kembali memandang kearah suami yang berada disebelahnya.
"nakk apaaa... bagitahu laaa..." pura pura bercakap dengan nada yang lembut.Azim tiba tiba bersemangat, sengaja dibuat batuk.
"boleh tak.. kalau Lara panggil Abang?" soal Azim dengan tersenyum."Abang??" jawab ringkas dari Lara.
"Haaa.. abang.. takdala macam tak best la panggil saya awak.. awak saya.." Azim berubah saja buat2 memek muka kesian.
Lama jugak Lara termenung memikir, sambil menjeling suaminya.
"Okayla Lara panggil abang.. " jawapan yang diberi Lara itu membuatkan Azim mahu melompat teruja."yesss!!!" ketawa besar Azim.
"elehh... sukaa pulak dia" mahu saja Lara ketawa tapi dia menutup mulutnya dengan tangan.
"okaylahh nak sambung lipat kain,dah pergi tidur!!" balas Lara lagi."Aikk.. macmtu je ke?" Azim mencebik
"habistu?? nak apa lagi... nak lipat baju ni.. dah nak habis pastu tidur" Jawab Lara.
"hmm.. ingatkan nak tidur dengan abang sekali..." Azim menundukkan pandangan , seperti sedang merajuk.
"takpalahh... nak buat macam mana ada isteri taknak tidur sekali.. tidur jala dengan kerbau" Azim memandang reaksi isterinya.Lara menghembus nafas, seperti menguji kesabaran dia sahaja.Tapi dia berjanji dengan Azim takkan buat lagi perangai lama.
"Yalaa.. abangg... malamni abang boleh tidur dengan Lara atas katil..." Jeling Lara.
"puas ke hati abanggg???"Tangan Azim memegang kedua belah tangan Lara, "betul ke ni.. serius laa?"
soal Azim yang sangat teruja."ya abang.. ke nak Lara tarik balik jawapan tadiii???"
"ehhhh jangan macamtu.."
Azim melepaskan genggaman tangan.Lara kembali menyusun baju baju kedalam almari.
"tahuu pun takuttt" senyum Lara.wajah Azim seperti ada sesuatu yang tidak puas hati lagi. Dia masih fokus memandang isterinya yang sedang menyusun baju.Tangan kiri Lara yang memegang baju, diambil Azim dan disembunyikan belakang badannya.
"Abanggg!!!" marah Lara.Dia merangkak mengambil semula baju yang ada ditangan Azim tadi.Lara mendekatkan diri bertentangan dengan Azim.Baju yang berada dibelakang Azim dapat dicapai oleh Lara, tetapi Azim mengambil semula.
Lara kembali duduk bersila berhadapan Azim."Abang nak apa sebenarnya.. bagilah balik baju Lara tu"
Lara menghulurkan tangan minta baju dikembalikan oleh Azim."No!!!" balas Azim.
Lara cuba meragut baju itu pada tangan kiri Azim tetapi tidak berjaya, baju Lara ada disebelah kanan Azim sambil ketawa.
"abanggg.. sinilahh.. jangan lah main main , dah lewatni Lara nak tidur"
YOU ARE READING
PENAWAR HATI LARA ❤️[C}
RomanceMengisahkan seorang gadis bernama Lara Irdina yang merupakan anak orang berada dan diberikan kemewahan oleh bapanya Dato' Hisyam. kemewahan yang ada membuatkan Lara menjadi seorang yang angkuh dan sombong,bukan Lara seorang sahaja tetapi juga ibunya...