BAB 13

482 15 3
                                    

Pancing yang disandar pada pokok mangga itu, diambil oleh Azim.Sudah menjadi hobinya iaitu memancing di sungai selepas pulang dari surau.
Azim berjalan kaki mahu menuju ke sungai yang tidak jauh dari rumahnya.
" Hoiii mamat poyooo" terdengar satu jeritan di jendela.
Azim menoleh kebelakang melihat Lara yang berada di jendela rumahnya.
" Nak apa ?" Soal Azim dengan kuat.

" Kauuuuu nak pergiiii manaaaa!!!" Jerit Lara lagi.

Azim seperti sahaja ingin lari dari Lara,takut takut Lara mahu mengekorinya.
" Kauuu duduk rumah diam diam" balas Azim.

Lara tidak peduli dia terus lari keluar dari rumah menuju kepada Azim.

" Aduhh...minah ni..kat mana aku pergi semua nak ikut,nanti tak pasal orang kampung mengata aku " bisik Azim.

Lara yang berlari kelihatan penat.
" Akuu nak ikut...aku bosan duduk rumah" ujar Lara pada Azim.

" Kau ni..semua benda nak ikut aku..lepastu mengada panas lah apa laaa.." marah Azim.

Lara menghentak kakinya" kauu ni kedekut tahikk hidunggg masamm laaaa"
Lara terus berjalan dahulu kehadapan.
" Cepatlaa tadi nak mancing...aku nak tengok kau hebat sangat ke mancing" sindir Lara.

Azim terus berjalan kearah Lara, mereka berdua berjalan bersama sama.Dalam perjalanan menuju ke sungai, " kauu memang duduk sini dari kecik ke?" Soal Lara

" Aku memang membesar dekat sini..dari aku baby lagi opah jaga aku...dia sara aku dengan duit jualan nasi lemak dia tauuu...sebbtula..aku hargai sangat apa yang opah buat dengan aku.

" Patutlah kau baik sangat dengan opah.."
Lara memandang Azim.

" Kau pulak kenapa..tiba tiba tinggal sini?" Soal Azim kembali.

" Aku dengan mama aku..kena buang dengan papa aku sendiri..dia dah kahwin lain.lepastu isteri kedua dia, rampas semua harta kitaorang, sebbtula kami takda apa apa..terpaksa la tinggal dekat kampung ni" Lara sedikit sebak.

" Aku tahu kenapa ...sebab kau tu sombong sangat, padan laa kena halau" perli Azim

" Ehhh...kau ni memang kurang ajar kan,aku dah lama sangat sabar dengan kau" marah Lara.

Mereka berdua tiba disebuah sungai, Azim memengang pancingnya untuk memancing, plastik berisi cengkerik dibawa keluar dari poketnya untuk dijadikan umpannya.
Azim duduk ditepi titi besar. Azim mula memancing ikan, Lara duduk disebelah Azim dan memandang sekeliling.

" Kau pandaiii ke mancing," soal Lara
" Aku ni terer laa..memancing..kau ingat aku tak pandai sangat ke?..lagi satu kau jauh sikit..nanti tak pasal kena tangkap khalwat" jeling Azim

" Elehhh..macam laa aku nak berhimpit dengan kau, perasan tak abis abis..kau ingat kau hensem sangat la??"

" Hensem lah..lain la kau orang gila pun lari" ketawa Azim.

" Eeee sabar ja dengan dia ni" bisik Lara.

Agak lama menunggu Azim, Lara agak kebosanan..
Batu batu kecil dikutip oleh Lara dan membaling ke dalam sungai.

" Ehh kau...ni macam mana ikan nak makan kalau kauu baling batu masuk dalam sungai ni"marah Azim.

" Bising lah..kau niii..macamtu pun nak marah ke..." Jeling Lara.

Pancing Azim ditarik, kailnya membuahkan hasil, memperolehi seekor ikan puyu.
Lara dengan segera datang melihat dan menepuk tangan.
" Yeayyyy...dah dapat la ikan pandai jugak kau mancingg...takpe sini aku buang"

" Sabar...ikan ni duri tajam nnti terkena tangan kau..jangan buat pandai la" marah Azim

Lara tidak pedulikan Azim dia terus menyentuh ikan itu, dan siripnya terkena tangan Lara.
"Aaaaaaaaaa" Lara menjerit dan menyentuh tangannya yang terkena sirip ikan puyu.

" Kan aku dah cakap...kau ni la manusia paling degil kat dalam dunia ni"
Azim menarik tangan Lara, dan melihat luka yang berdarah.Azim menghisap darah pada Jari Lara.
" Kenapa dia risaukan aku" bisik Lara, sambil matanya memandang kearah Azim.

" Haa..kejap lagi okay latu..nanti balut la dengan kain kecik ke.."
Azim kehairanan percakapannya itu tidak dihirau oleh Lara, Kerana Lara masih menenung wajah Azim. Dia pun memandang semula mata Lara. Jantung berdegup laju, angin pula meniup rambut Lara menjadi sedikit serabai.
Azim yang masih memandang gadis itu,dia membetulkan rambut Lara.

Mereka berdua tersedar..tenungan mereka agak lama...masing masing terasa malu..dan pura pura memandang kearah lain.

" Kau nak mancing lagi" Lara pura pura menukar topik.
Azim hanya mengangguk.

PENAWAR HATI LARA ❤️[C}Where stories live. Discover now