Tepat pukul 6 pagi, Azan pun sudah berkumandang, Lara masih dibuai mimpi, Azim sudah siap siap mandi, ambil wudhu untuk solat subuh.Dia datang duduk disebelah Lara, Azim memandang isterinya yang masih nyenyak tidur dibawah.
" Sayangg..." Panggil Azim dengan lembut..
Lara perlahan Lahan membuka matanya, dia melihat Azim yang ada disebelahnya yang sedang tersenyum. Dia mengosok gosok matanya." Kenapa gerak saya awal sangat ni?" Soal Lara dengan suara bangun tidur.
" Bangun solat subuh sayang..sekarang ni awak mandi..lepastu ambil wudhu Kita solat sama sama ehh" ujar Azim
" subuh? Solat??" Soal Lara lagi.
" Yala..takkan solat Isyak pulak..dah bangun cepat"
" Ishh...saya nak tidurlah..lagi pun..saya dah lama la tak solat.."
" Sebab lama tak solat la..abang nak ajar solat.."
" Ehhh..buleh tak jangan acah alim..kalau nak solat..pergi jala solat sorang sorang kenapa nak kena ajak ajak ni..orang nak tidur faham tak..susah la kahwin dengan kau"
Lara terus menutup mukanya dengan bantal.Azim hanya terdiam seketika dengan kata kata Lara tadi.Dia hanya mengelengkan kepala.
------------------------------------------------------------------------
Lara yang tiba tiba rajin menyapu daun kering dihalaman rumah opah, Hanim terlihat sedang menuju kearahnya.
Setelah sampai tepat dihadapan Lara secara tiba tiba Hanim menghulurkan salam kepada Lara.wajah Lara sedikit pelik." Tahniah...atas perkahwinan kau dengan Azim..sorry tak dapat datang" ucap gadis itu dengan serius.
Lara langsung tidak menyambut salam itu, dia hanya memandang kearah lain.
" Thank you...tapi tulah pelik..aku ada jemput kau ke?" Soal Lara.Mata Hanim merenung tajam Kearah Lara tanda tidak puas hati." Kau ni kan..memang biadap..orang dah ucap tahniah sombong bagai nak rak" jeling Hanim.
"Well...aku dah ucap thanks..itu pun kau cakap sombong?" Bidas Lara lagi.
" Ops...lagi satu kau bukannya sombong je..tapi tak tahu malu...kau tahu tak kenapa aku cakap kau tak tahu malu?
Sebab kau tak malu rampas Azim dari aku..aku rasa la kan...Azim kena nasi kangkang sebab buleh suka perempuan biadap macam kau" Hanim tersenyum sumbing, dia berpuas hati." Ishh..ishh...ishh...aku rasa kan..kau kot yang tak tahu malu sebab nakkan suami orang..kenapa ehh...dalam banyak banyak lelaki..suami aku jugak yang kau nak? Tak malu ke?" Sindir Lara.
" Takpe...kau tunggu..haritu buleh la kau kutuk aku macam perempuan alien?..kau kena ingat yang kau belum kenal aku ni siapa...permainan bermula" Hanim mengenyit mata pada Lara sambil tersenyum, sampah yang disapu oleh Lara tadi, disepak oleh Hanim.
" Kurang ajar kauuu!!! Kau tahu aku ni penat sapuuu biadap kau ehH" marahh Lara.
Namun langsung tidak dihiraukan oleh Hanim, dia segera pulang kerumah.------------------------------------------------------------------------
Lara datang berhampiran Azim, terlihat Azim seperti diam akan kehadiran Lara.
" Kau kenapa? Diam ja?" Soal gadis itu.Azim memandang Lara dalam keadaan serius.
"Takde apa"Wajah Lara agak pelik melihat sikap Azim yang sebegitu.
"Kau ni..marah aku ehh?" Soalnya lagi.Azim memandang Lara semula, hatinya seperti ingin mengatakan sesuatu.Lara mengerutkan dahi.Tangan Azim memengang tangan Lara,matanya menenung tepat kearah Lara.
" Apa guna kalau jadi isteri, tak dengar cakap suami" ujar Azim.Lara terus melepaskan tangannya.Dia memandang kearah lain.
" Abistu kau bencikan ada isteri jahat macam aku?" Soal Lara dengan marah."Bukan..buleh tak kalau awak dengar cakap saya.."
" Ehh..aku kahwin pun sebab opah yang suruh..dah kenapa nak dengar cakap kau?..kau kan anggap aku adik..." Lara sebak.
" Habistu awak nak suruh saya anggap awak apa?..sekarang saya dah anggap awak isteri" balas Azim dengan lembut.
" Dah..laa aku nak masuk"
Azim sedikit sedih dengan sikap isterinya itu, dia sudah berjanji dengan opah, dia akan menjaga dan didik Lara sampailah Lara berubah menjadi isteri yang baik.
YOU ARE READING
PENAWAR HATI LARA ❤️[C}
RomanceMengisahkan seorang gadis bernama Lara Irdina yang merupakan anak orang berada dan diberikan kemewahan oleh bapanya Dato' Hisyam. kemewahan yang ada membuatkan Lara menjadi seorang yang angkuh dan sombong,bukan Lara seorang sahaja tetapi juga ibunya...