Datin Zana masih teringat apa yang berlaku kepada dia dan Lara..dia masih tidak percaya yang suaminya sanggup ada perempuan lain dan lebih teruk lagi sanggup menghalau keluar dari rumah itu.
" Termenung jauh nampak" tegur Opah Zaiton yang datang duduk disebelah anaknya itu." Takde apa mak..cuma sedih teringat apa yang abang Hisyam buat dekat kami..mungkin perangai Zana yang teruk ni buat Abang Hisyam marah dengan kitaorang" mata Datin Zana mula berkaca.
" Dahla..takyah fikirkan lagi..yang penting sekarang ni kamu dah ada tempat berteduh."
Datin Zana terus memeluk emaknya itu.
" Mak..Zana mintak maaf ya mak..terima kasih sebab tumpangkan Zana dengan Lara dekat sini..Zana malu sangat mak"Opah Zaiton menggosok gosok bahu anaknya itu." Takpe..mak sentiasa ada dengan kamu nak.. jangan risau"
------------------------------------------------------------
Lara yang mengenakan dress yang mengikut bentuk badan, dan rambut perangnya dilepaskan diparas dada, baju nya bewarna merah terang itu terlihat seksi sehingga menampakkan dadanya yang putih gebu itu.
Dia keluar dari bilik, sambil mengipas rambutnya itu.Azim yang berada diruang tamu,hanya memandang gadis itu." Takda baju lain ke perempuan ni nak pakai?? Orang KL memang macamni ke? Soalnya didalam hati.
" Mama!!!!!!" Jerit Lara dengan kuat.
" Mama???? Ish..mana mama ni pergi tadi ada je..dah la panas kipas pun takde miskin betul rumahni" bisik Lara." Mama kat sini sayangg" sahut Datin Zana yang berada diluar rumah.
Lara terus keluar dan menyarung kasut menuju ke mamanya.
" Mama...Lara panas lah kat sini" rungut nya lagi.." Azimmm!!! Mari sini sekejap" panggil Opahnya.
Azim juga keluar dari rumah menuju ke Opahnya." Ada apa opah panggil Azim?" Soalnya.
" Ni kamu bawak Lara pusing pusing dekat kampung ni"
" Hahh...bawak diani dengan pakai macamni??" Soal Azim.
Lara hanya bersabar dengan Azim." Ehh kau baik sikid ehh nak kutuk pakaian aku!!" Jeling Lara.
" Yalahh..pakai macamni..entah apa apa " balas Azim lagi.
" Sudahhh jangan gaduh gaduh cepat bawak Lara pergi jalan jalan dekat sini"
Azim memangnya tidak mahu tetapi dipaksa oleh Opahnya." Eeee taknaklah pergi dekat kau..entah baik ke tak kau ni..memang mati hidup balik pun aku taknak naik basikal dengan kauuu!!!" Marah Lara.
Tetapi Lara pula dipaksa oleh mamanya.Dia dengan sabar terpaksa menuruti permintaan mamanya.
Azim pergi bawah rumah untuk mengambil basikal tua.Lara seperti tidak ingin naik basikal itu,
" Herghhhh...basikal buruk macamni ke??" Soal Lara lagi.Azim yang sedang menuntun basikal kearah Lara." Cepatla naik..buang masa pulak tunggu kau membebel" jeling Azim.
" Maaaa...takkan la nak baik basikal buruk niiii" jerit Lara.
" Ehhh aku yang bawak kau..banyak pulak bunyi" marah Azim lagi.
Lara menjeling ,lalu membonceng basikal yang dibawa oleh Azim.
Semasa duduk di pelantar basikal, dress ketat yang dipakai Lara terselak sedikit sehingga menampakkan peha nya yang putih gebu itu lalu dilihat oleh Azim.
" Kau tarik sikit baju kau tu..dosa pulak aku nanti" tegur Azim.Sewaktu menunggang basikal, orang kampung pula melihat Azim yang membawa Lara menaiki basikal.Azim pulak kelihatan kurang selesa dengan pandangan itu.
Mereka berhenti di tepi sawah padi.Angin yang agak kuat membuatkan rambut Lara agak serabai." Hmm..best jugak dekat sini..angin kuat takde la panas sangat" Lara bercakap seorang diri.
" Kau tu mengada..kalau kau taknak panas..kau tidur je dekat sawah padi ni" Azim mencelah
Azim terus berjalan ditengah tengah sawah padi.
" Oiii tunggu lahhh akuuu !!!" Jerit Lara." Cepatlah kau yang terhegeh hegeh"
Lara berlari mengejar Azim." Kau ni mulut memang puaka kan??" Soal Lara.
" Mulut kau lagi puaka kot" balas Azim lagi.
Lara geram dengan kata kata Azim itu.
Azim terus duduk ditengah sawah padi,sama jugak dengan Lara.
" Haishh tenangnya....angin fuhh takde la rosak kulit muka aku" senyum Lara." Memang laa muka kau tenang tapi dekat kaki kau memang takkan buat kau tenang" ujar Azim yang berada disebelah Lara.
" Hey...kau ingat aku ni penakut sangat ke?? Kaki ni takkan ada binatang yang berani hinggap,..sebab diorg tergoda dengan kaki aku ni.." jeling Lara yang tidak mahu kalah.
Azim hanya tersenyum" kalau ada benda jngn panggil aku yaa..dasar sombong!!!" Balas Azim lagi.
"Kauu ingat..kau hebat sangatlah sampai semua benda aku nak mintak tolong dari kau..no way laaahhh" Lara ketawa besar.
Berapa minit kemudian, Lara berasa seperti ada sesuatu yang melekat di kakinya..tetapi dia tidak berani untuk melihat.
YOU ARE READING
PENAWAR HATI LARA ❤️[C}
RomanceMengisahkan seorang gadis bernama Lara Irdina yang merupakan anak orang berada dan diberikan kemewahan oleh bapanya Dato' Hisyam. kemewahan yang ada membuatkan Lara menjadi seorang yang angkuh dan sombong,bukan Lara seorang sahaja tetapi juga ibunya...