" I memang taknak anak ni! kalau You nak tahu.. I memang benci anak ni! nanti dia besar memang dia akan ikut perangai jahat jantan tu!" menjerit Datin Zana ketika itu, rambutnya kusut dengan wajah yang pucat seperti orang hilang akal.
"You ni kenapa Zana.. budak ni tak bersalah... yang salahnya You dengan Azmir.. You dah curang dengan I...kemudian You berzina dengan dia belakang I...tapi kenapa I ni bodoh boleh lagi maafkan You!" tangan dihentak hentak pada dinding.
"Jadi You nak salah kan I..I tak pernah curang dengan You..I tak sangka semua ni akan berlaku.. I tak sangka jugak Azmir tu jahat sampai macamtu sekali..I dipaksa.. bukannya I seronok tidur dengan dia.."Datin Zana menangis berjurai airmata.
"Dahla..suka hati You lah nak buat apapun.. I dah malas nak ambik tahu pasal You..You tanggung lah sendiri" Dato Hisyam berpaling arah lain, tidak mahu melihat wajah Datin Zana.
Bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkan seminggu, menangis tidak henti-henti. Dato Hisyam memandang bayi itu dengan wajah sayu."I nak buang budak tu...I tak sanggup nak jaga I taknak ada benih jantan tu dalam rumah ni..I tahu I salah.. I berdosa..I ni perempuan jijik..Azmir pun dah kena bunuh AhLong...tapi I tetap tak boleh maafkan Azmir walaupun dia dah mati..sebab dia lah I kena rogol dengan anak anak buah Ahlong tu.. segala hutang dia letakkan atas nama I..You tahu tak! I benci! I benci dengan diri I.. I benci Jantan tak guna tuu!!!"
Dia meraung, menjerit dengan suara lantang sambil menangis.
Datin Zana melutut, dia memeluk kaki Dato Hisyam ketika itu, sambil merayu."You.. ampun kan I.. I berdosa.. I tak mampu jadi isteri yang baik.. tolonglah I... bagilah peluang dekat I kali ni saja.. tolonglah."
************
"Dato???" Panggilan itu membuatkan Dato Hisyam tersedar dari lamunan.Dia segera mengelap airmata yang membasahi pipi.
"Dato.. okay ke? ataupun Dato tak sihat?" Soal salah seorang pekerja itu.
"Saya Okay.. Takde apa.." tiba-tiba Dato Hisyam menyentuh dadanya sendiri.Dia seolah, lelah dan penat.
Pekerja wanita ini agak terkejut melihat Dato Hisyam mula sesak nafas."Dato? Dato betul-betul okay ke? saya bawak Dato pergi hospital ya...""Tak perluuu.. to..tolongg.. am..ambilkan.. ubat ..da..dalam laci saya.." sakit Dato Hisyam mula serius, dia cuma menahan sakit.
Pekerja tadi cepat-cepat mengambil ubat yang ada didalam laci.
"Kejap Dato saya ambil kan air suam..."Dato Hisyam terus menelan ubat sakitnya tadi, datang segelas air suam yang dibawa oleh pekerja wanita di dalam office Dato Hisyam.
*******
"Hai Abang Azim.." tegur Hanim dengan lembut dari belakang.
Azim segera mengalih pandangan nya kearah Hanim."Hanim.. ada apa?" Soal Azim yang sibuk membakar sampah di belakng rumah.
Hanim semakin menghampiri Azim. Terlihat Azim berpeluh-peluh kerana kesan haba api sampah yang dibakarnya."Saja je.. sian Abang peluh-peluh.. sini Hanim
lapkan..."
Hanim datang dekat dengan Azim, kain tuala yang ada dileher Azim diambil Hanim."Takpe.. takyah susah..susah Abang dah biasa benda ni..." Azim cuba mengelak, dia memandang sekeliling takut ada yang melihat. Tetapi Hanim degil dia tetap mengelap peluh Azim didahi.Azim cuba memandang arah lain, tidak langsung memandang wajah Hanim.
"Abang nak tahu satu benda?" Soal Hanim sambil tersenyum.
"Benda apa? kalau boleh cepat sikit.. takut Lara nampak.. saya taknak sakitkan hati dia" Azim segera mengambil kain tuala kecil yang ada ditangan Hanim.
"Hanim dah banyak hari nak cakap benda ni dekat Abang.. memandangkan harini Abang cuti.. Hanim boleh terus terang"
Dahi Azim berkerut, hairan dengan perkara yang mahu disampaikan Hanim.
"Hanim nak bagitahu apa?" Soalnya dengan ingin tahu."Ada dua tiga hari lepas.. Sorang lelaki.. kaya.. handsome sangat.. kulit putih, tinggi lepastu pakai pakaian kemas. Dia datang cari Lara.. Hanim tengok Lara macam mesra dengan dia.." Dia memandang wajah Azim.
Azim terdiam seketika.
"Kenapa dia nak jumpa Lara?""Dengar cita.. lelaki tu nama Rayyan, dia tu Ex boyfriend Lara dulu.. diorang nampak mesra.. Lara pun macam suka je... dia datang.. lagipun masa lelaki tu datang, Opah takde.. Datin Zana pun takde masatu..Nampak macam diorang rancang nak jumpa"
Wajah Azim bertukar serius." Rayyan?"
Hanim hanya tersenyum dan mengangguk."Takpayah cerita benda yang saya tak suka" Azim terus beredar masuk kedalam rumah, dia meninggalkan Hanim sendirian.
Dia Senyum Hanim seorang diri.
YOU ARE READING
PENAWAR HATI LARA ❤️[C}
RomanceMengisahkan seorang gadis bernama Lara Irdina yang merupakan anak orang berada dan diberikan kemewahan oleh bapanya Dato' Hisyam. kemewahan yang ada membuatkan Lara menjadi seorang yang angkuh dan sombong,bukan Lara seorang sahaja tetapi juga ibunya...