suasana pagi yang tenang,kaki melangkah menuruni tangga rumah. Dengan membawa 30 bungkus nasi lemak didalam bakul.Senyuman manis terkukir tak kala melihat sawah padi yang menghijau serta belatarbelakang gunung-gunung. Lara menghirup udara segar pada waktu pagi.
"Haish.. pagi-pagi macamni kena semangat.. semoga rezeki luas.. mana tahu nasi lemak ni habis jual harini... Aamin" bisik Lara seorang diri.
Pikirannya seolah tenang dan lapang, melihat sawah padi yang hijau, terus lupa tentang pergaduhannya dengan Azim yang masih belum selesai.
Lara berjalan membawa bakul yang berisi 30 bungkus nasi lemak untuk diletakkan di kedai Pak Meon. Itulah rutin Lara setiap pagi, demi mencari rezeki lebih.
Lara berjalan kaki lebih kurang 2 kilometer dari rumah Opah. Dia tiba di kedai Pak Meon, terlihat ada dua tiga orang pelanggan yang makan di gerai itu.
"Assalamualaikum Pak Meon, Lara datang nak letak nasi lemak ni" Senyum gadis itu melihat Pak Meon yang sibuk menyusun bekas-bekas yang berisi kuih di atas meja.
"Waalaikumusalam.. ha Lara.. awal kamu pagi ni? Ha letak je.. bakul nasi kamu dekat situ macam biasa... " balas Pak Meon lagi lalu mengelap meja.
Lara meletakkan Bakul Nasi Lemaknya diatas meja." hehe.. haah harini awal sikit.. kalau siapkan awal.. awal lah sikit hantar.. mujur lah ada opah tolong siapkan..Nanti tengah hari Lara datang ambik eh macam biasa"
Pak Meon tersenyum."ha yalahh rajin betul Opah kamu tolong.. ha ni mana Azim dah seminggu tak dapat dia? pergi mana?" Soal Pak Meon yang ingin tahu.
Lara terdiam. Tiba-tiba pikirannya teringat pergaduhan semalam.
"Lara???" panggil Pak Meon melihat Lara yang asyik mengelamun.
"Ya Pak Meon?? mintak maaf.. erm Azim dia kerja hantar barang dekat Pekan dengan Badrul .. sebab tulah dia selalu balik kerja malam" balas Lara.
"Alhamdulilah.. semakin murah rezeki suami kamu.. walaupun haritu orang kampung kutuk kau macam-macam.. Pak Meon tengok kamu ni isteri yang baik dan solehah" ketawa Pak Meon.
Lara hanya tersenyum memandang arah Pak Meon. "takpelah.. Lara balik dulu ye Pak Meon"
"Ha yelah.. hati-hati jalan"
" Assalamualaikum"
Ucapan salam itu membuatkan Lara terhenti untuk beredar pulang."Waalaikumusalam.. Rayyan!" jerit Pak Meon teruja melihat pemuda itu.Setelah mendengar nama itu, Lara segera menoleh kearah pemuda itu.Matanya membulat.
"Rayyan???" Panggil Lara dengan lembut.
Pemuda itu memandang kearah Lara. "Ya Allah.... Lara ke ni??" Soal Pemuda itu semula.Lara mengangguk, ." Rayyan buat apa dekat sini" Soal Lara.Dia bertentangan dengan pemuda tampan itu.
"Kampung I dekat sini.. dah lama i tak balik sini.. Ohh you buat kat sini?" Rayyan memandang Bakul Nasi Lemak di atas meja.Dia memandang Lara semula.
"Erm.. I jual Nasi Lemak.. ni Kampung I jugak.." Lara menundukkan wajahnya.
Dahi Rayyan sedikit berkerut, "Sejak bila You ada Kampung? bukannya You dekat KL je ke selamani? You tak pernah cerita dekat i pun?" Soal Rayyan lagi dengan wajah hairan.
"Panjang kisah dia..lama tak jumpa you.. you apa khabar? kerja ke sekarang ni?" Soal Lara.
" I kerja dekat KL, lepas sambung belajar I kerja dengan syarikat Papa I.. Ohh ya baru-baru I ada jumpa Papa You.. dia tak balik sekali ke? kampung?" Soal lagi Rayyan.
Lara menghembus nafas, mata memandang arah jalan. " Okaylah Rayyan..I nak kena gerak ni..." tanpa menjawab persoalan Rayyan.
"Lara" tangannya dipegang Rayyan. Dia memandang sekeliling. Lara segera melepaskan tangannya.
"You... I nak balik.. bila-bila ada masa kita jumpa" Lara segera melangkah untuk beredar, dia takut kalau orang kampung menuduhnya bukan-bukan lagi.
"Lara... You dah kahwin?" Soal Rayyan lagi.Lara terhenti seketika, dia memandang Rayyan semula.
"Nanti kalau ada masa.. kita sembang lagi" Senyum Lara pada Rayyan.*****
Sewaktu perjalanan pulang berjalan kaki ke rumah Opah, Lara teringat sewaktu dia berada di mall dua tahun yang lalu.Itulah kali terakhir dia bertemu dengan Rayyan, lelaki tampan sangat kaya.
"You betul-betul nak sambung belajar?" Lara.
"Ya.. I mintak maaf.. disebabkan I nak fokus dekat pelajaran I.. I terpaksa tinggal kan You.. tapi percaya lah buat sementara waktu.. I janji.. I balik I bawa You jumpa Parents I"
"You ingat i tunggul? nak kena tunggu You sampai bertahun-tahun! You kena ingat.. hari-hari I keluar dengan You.. satu sen pun i tak keluarkan duit tau! lepasni.. I macam mana? I dah takde duit sekarang.. nak mintak Papa memang la susah.. You apa tahu!" Lara menjeling.
"Habistu? You nak suruh I tinggal kan duit beratus ribu ke dekat You? baru nak puas hati..You ni ikhlas ke tak dengan i Lara.."
"Kalau You tinggal duit berjuta bagus jugak.. ni You nak tinggal kan lepastu.. Janji pulak nak datang jumpa parents apa benda! you ni tak pikir!!!!" -Lara
"I tak sangka You macamni...tahu tak i betul-betul sayangkan You.. I cinta kan You Lara.. Sangat-sangat...You nak i sebab duit je??"
"Dahla.. I dah rimas dengan lelaki macam You... tak habis-habis dengan cinta.. sayang.. apa You ingat cinta You tu boleh beli handbag mahal ke dekat i? dahla I nak balik. I boleh balik sendiri.. I harap..I takkan jumpa you lagi!!!!"
Tiba-tiba dia tersedar dari lamunan.Lara melihat arah jalan,rupanya dia masih belum sampai kerumah. Boleh pula dia mengelamun seorang diri ditepi jalan ,mengingatkan kisahnya dengan Rayyan dua tahun lepas.
"Aku betul-betul malu dengan Rayyan, mesti dia tengah tahan ketawa kan tengok aku tadi.. Haish kenapa lah aku bodoh sangat dulu.. tergila gila kan harta dia.." Lara mengeluh
YOU ARE READING
PENAWAR HATI LARA ❤️[C}
RomanceMengisahkan seorang gadis bernama Lara Irdina yang merupakan anak orang berada dan diberikan kemewahan oleh bapanya Dato' Hisyam. kemewahan yang ada membuatkan Lara menjadi seorang yang angkuh dan sombong,bukan Lara seorang sahaja tetapi juga ibunya...