BAB 11

517 19 14
                                    

Terlihat Lara sedang menjerit meminta tolong kerana dipeluk oleh orang kurang siuman.Azim yang menunggang basikal terus melempar basikalnya ditepi jalan demi menyelamatkan Lara,
" Hoiii kau lepaskan dia..kalau tak aku report polis," jerit Azim.

"Hehehe..dia ni bini aku" ketawa orang gila tersebut.

" Macam ni punya buruk bini kau?? Kau cuma tengok muka diaa Buruk kan..baik kau lepas dia sebab dia tak cantik pun..pakai seksi macamtu tak sesuai jadi bini kau"

Orang kurang siuman itu,memandang wajah Lara.
" Heeee....dia ni buruk la muka macam monyet" dengan dia segera dia melepaskan.

orang kurang siuman tersebut terus lari dari situ.Lara menangis lalu memeluk Azim. Pelukan erat itu membuatkan Azim terkedu.

" Tulahh aku dah larang tapi kau yang degil" ujar Azim yang masih dipeluk erat oleh Lara.
" Ni sampai subuh esok ke kau nak peluk aku??" Soal Azim

Lara cepat cepat melepaskan pelukan itu.
" Kau lahh tinggal akuu" Lara memuncungkan bibirnya.

" Ehhh pandai pandai nak tuduh aku..kau tu yang degil kononnya tahu jalan balik..tengok2  kena kejar dengan orang gila..padan muka kauuu" sindir Azim

" Sampai hati kau cakap aku buruk dengan orang gila tu!" Marah Lara.

" Hahaha..orang gila pun lari tengok kau" ketawa Azim.

Lara menjeling kearah Azim." Macam mana kau tahu aku ada sini??" Soal Lara.

"Ehhh ni tempat aku la..aku tahu la..lain la kauu tak pernah duduk kampung..berlagak tahu"

" Kauni kalau tak kutuk perli aku tak buleh ke??" Marah Lara.
Azim hanya ketawa.
Mereka segera pulang, memandang kan hari pun nak senja.

------------------------------------------------------------------------

      Tepat pukul 11 malam, Lara bangun kerana tidak dapat tidur kerana tidak selesa dengan biliknya itu.
Dia bangun dengan rambut yang serabai
" Aduhh panasnya...nyamuk pulak banyak,macam mana aku nk tidur ni" bisik Lara sambil menggaru kepalanya.
Dia pun segera keluar dari biliknya, lalu pergi ke dapur. Lara cuba mencari sesuatu untuk dimakan tetapi yang ada hanya biskut sahaja.

" Aduh lapar betul ni..makan jela biskut kering ni pun"
Azim yang jugak datang ke dapur terkejut melihat Lara dengan rambut yang serabai..

" Ya Allah....kau niii...terkejut aku tau tak, kau tu dah macam hantu kak Limah" marah Azim.

" Hahahaha..padan muka kauu " mulut Lara dipenuhi biskut.

Azim datang duduk di kerusi sebelah Lara.
" Kau makan apa?? Bak sikit.." Azim menghulurkan tangannya kepada Lara.

Lara cepat cepat bawak sembunyi biskut tadi.
"Kau tahu tak aku lapar...suka hati kau je mintak" jeling Lara.

" Kedekut ehh kau...roti ni aku yang beli tau..kau bagi sinii dekat akuuu" Azim menarik tin biskut tersebut.

" Ehhh apa masalah kau sekarang ni?? Dah pagi tadi bagi aku makan ikan entah apa apa"

Azim memandang Lara" kau ni tak reti bersyukur langsung!!!!" Jelingan tajam Azim.

" Ehh biarlah aku tak kacau hidup kau kan" balas Lara lagi.

  "Korang berdua buat apa ni tak tidur lagi?"
Masing masing terkejut melihat opah bangun menegur mereka.

Azim menunding jari kearah Lara," ni opahh kedekut biskut "

" Biskut pun Korang nak gaduh ke??" Opah mengelengkan kepala.
" Dahh pergi masuk tidur..."

" Sinilahhhh" Azim masih lagi mengusik Lara.

" Azimmm......opah cakap masuk tidur" tegur Opahnya buat kali kedua.

"padan muka kau" Lara ketawa besar.

------------------------------------------------------------------------

         " Ma..." Tegur Lara yang baru sahaja bangun tidur itu.

" Ya ada apa sayang" balas Datin Zana yang sibuk menyiapkan nasi goreng.

" Bila kita nak keluar dari rumah ni?" Soal Lara.

Datin Zana hanya mampu bersabar dengan soalan anaknya yang tak habis habis tanya soalan yang sama.
" Kan mama cakap..kita takde duit sekrang ni..kita terpaksa tinggal sini"

" Mama ni kan..sejak duduk dekat sini semuanya berubah..kenapa mama tak pikir nak lawan perempuan tak guna tu??"

" Mama sedar..mama banyak buat salah dengan papa..sebbtula papa hukum kita macamni!!!" Datin Zana terus sebak.

Lara masih lagi geram dengan apa yang dilakukan oleh papanya itu.
" Mama tak buleh macamni..habistu mama nak biar je perempuan tu ambik semua harta kita??pikirlaa mama.." rayu Lara lagi.

" Mama taknak fikir benda tu..apa nak jadi. Jadilah yang penting mama nekad nak jaga opah dekat sini"

" Nak jaga orang tua buat apa?? Dapat duit ke jaga orang tua tuu??"

Kata kata Lara didengar oleh Azim. Dengan marah Azim datang mencelah,
" kauu cakap apa tadi??...orang tua??..kau tau tak orang tua tu laa yang aku jaga selamani..orang tua tulaa yang bela aku dari kecik sampai besar..kau ni memang perempuan takde adab kan" marah Azim.

" Kau ni memang selalu nak menyibuk kan?? Kau kena sedar yang kau tu cucu angkat jelah..tak payah berlagak" sindir Lara.

Kata kata Lara membuatkan Azim terdiam.
Datin Zana mencuit Lara.," Kenapa cakap macamtu" bisiknya.

" Azim..makcik mintak maaf yaa..Lara memang macamni perangai.." senyum Datin Zana kepada Azim.
Mata Datin Zana memandang mata Azim, dia seperti menyembunyikan sesuatu tetapi tidak mampu diungkapkan.

" Kenapa mama nak bela mamat ni?" Soal Lara dengan jelingan.

Azim tanpa bicara dia terus beredar dari situ.

       

PENAWAR HATI LARA ❤️[C}Where stories live. Discover now