" Opah.. meh sini kaki nak tolong urutkan" senyuman manis terukir pada bibir Lara.Opah membalas semula senyuman, Dia melutut dihadapan opah yang sedang duduk di sofa.
"Terima kasih.. susah-susah ja.. kaki Opah ni dah okay sikit...""Yalah.. takpe.. lagipun Lara bosan.. haa kejap Lara ambilkan minyak angin eh" Lara berdiri semula menuju ke bilik Opah, tetapi terhenti kerana mendengar seseorang memberi salam diluar rumah.
"Lara.. ada orang datang tu.. boleh tolong tengokkan tak siapa?"
Lara yang septutnya mahu mengambil minyak angin tadi berpatah balik dan menuju kearah pintu.
Setiba dihadapan pintu, Lara merenung jauh melihat Hanim yang berada berdiri ditangga sambil memberi senyuman pada Lara."Hanim..." panggil Lara dengan nada yang perlahan.Opah pula masih tertunggu siapa yang datang."Lara? kenapa berdiri ja? siapa yang datang?" Soal Opah bertubi.
Lara memandang arah opah yang sedang bersandar di sofa." Hanim.. dia dah balik"
Opah teruja mendengar nama Hanim, dia cepat-cepat bangun dari sofa menuju kepintu tanpa bicara.
"Opah.. Hanim dah balik" Jelas Hanim yang masih berada ditangga. Lara mengerut dahi, dia hairan dengan perubahan Hanim yang berbaju labuh, bertudung labuh juga.
"Ya Allah.. Hanim dah balik!" Opah gembira melihat perubahan pada Hanim. Dia segera turun dari tangga memeluk Hanim dengan penuh tangisan.
"Hanim rindu sangat dekat Opah.. Opah sihat kan?"
Opah melepaskan pelukan."Ya cu.. Alhadulilah..Opah sihat.. Ya Allah cantik nya kamu pakai tudung, manis ya..." puji Opah. Hanim hanya tersenyum, matanya memandang kearah Lara yang berada di hadapan pintu.
"Lara.. lama tak jumpa.. makin cantik" puji Hanim.
Lara terdiam, tidak memberikan senyuman langsung pada Hanim. Dia terus masuk kedalam semula kerumah.Opah dan Hanim yang berada ditangga hanya melihat Lara beredar."Marilah! kita masuk rumah... Opah dah masak dah.. mesti kamu lapar kan.." Tangan Opah menarik Hanim mempelawanya masuk ke dalam rumah.
****************
"Opah! Hanim rindu sangat lah masakan Opah.. sedap betul ni" sambil menyuap nasi kedalam mulutnya.
Opah yang berada disebelah Hanim hanya tersenyum, mengosok belakang Hanim."makan lah banyak-banyak! duduk dekat sana makan apa? " soalan Opah membuatkan Hanim terdiam seketika."ermmm.. makan biasa je Opah takda la sedap sangat"
"Ehh.. Hanim? bila balik?" soal Datin Zana yang datang ke dapur. Lara masih mendiamkan diri tak henti memandang Hanim dengan wajah yang tidak puas hati.
"Ya Allah.. makcik.. baru sampai tadi.. makin cantik lah Makcik.. mintak maaf tak dapat salam tangan makan nasi..." tersenyum Hanim.
Datin Zana datang melabuhkan punggung di kerusi meja makan." iyalah.. takpe.. beruntung mak ayah kamu.. yalah walaupun kamu tak dapat pergi umrah dengan diorang.. kamu tetap pergi ke kuala Lumpur semata-mata nak belajar agama.Ehh ni.. apa nama tempat yang kamu pergi belajar agama tu?"
Hanim terhenti dari makan. Otak dia berpikir mencari jawapan yang tepat untuk menjawab soalan Datin Zana."ermmm.. tempat tuu sebenarnya panjang nama.. tapi tulah Hanim tak ingat pulak.. mintak maaf la Makcik.. tapi best betul dekat sana.. yelah boleh belajar Al Quran.. ha macam-macam lagi lah"
"Yeke?? bestnya.. nanti kalau Makcik nak pergi belajar dekat situ boleh ke? dekat mana nak daftar?" soal Datin Zana lagi membuatkan Hanim makin pening untuk mencari jawapan.
Belum sempat lagi Hanim memberitahu, Opah pula menyampuk." kalau orang tua-tua macam Opah ni.. boleh ke pergi?" soal Opah pula.
"Ermm... ermm haa.. Hanim rasa.. tempat tu dah tutup.. ha betul lah dah tutup" balas Hanim dengan jawapan yang selamat.
"Dekat KL? rasa-rasanya program macamtu waktu bulan puasa je kan?" Bidas Lara yang pelik melihat perangai Hanim.
Hanim memandang arah Lara." Dia ni saja je kan nak perangkap aku.. kau tunggu..." bisik Hanim dalam hati.
"Haaa.. mana Azim? lama betul tak jumpa dia.." Hanim sengaja menukar topik takut disoal banyak lagi."Azim.. pergi ke surau.. solat Asar.." Balas Opah dengan ringkas.
"Dah solat Asar ke belum masa balik tadi?" Soal Lara lagi tidak puas hati dengan Hanim.
Hanim memandang arah Lara lagi.Berpura pura senyum."Dah tadi..." balas Hanim dengan nada lembut."Ohh! rasanya macam baru masuk waktu.. sebelum Hanim datang sini, Azim baru je keluar pergi surau.. macam mana Hanim cakap dah solat? Kuala Lumpur tu macam dekat negeri Afrika ke.. sebb yalah tak sama jam kan?" perli Lara lagi sambil menjeling.
Hanim terkaku, Opah dan Datin Zana memandang arahnya.Seleranya yang semakin bertambah tadi tiba-tiba berubah.
"Erm.. yeke? minta maaflah selalunya Hanim memang lupa waktu solat.. tapi takde lah sampai melambat-lambatkan solat"Lara bangun berdiri dari kerusi." Okaylah.. Lara nak pergi solat Asar dulu.. Hanim.. ingat tau jangan lambat-lambatkan solat..dosa.. nanti masuk api neraka "Dia mengeyit mata sebelah kanan pada Hanim.
"Kau memang cari pasal dengan aku.. kau tunggu apa aku buat" bisik Hanim dalam hati yang panas membara.
YOU ARE READING
PENAWAR HATI LARA ❤️[C}
Storie d'amoreMengisahkan seorang gadis bernama Lara Irdina yang merupakan anak orang berada dan diberikan kemewahan oleh bapanya Dato' Hisyam. kemewahan yang ada membuatkan Lara menjadi seorang yang angkuh dan sombong,bukan Lara seorang sahaja tetapi juga ibunya...