Datin Zana selesai membasuh pinggan dibahagian dapur.Terlihat kedatangan Lara dari ruang tamu, menghampirinya.
"Lara dah makan? " Soal Datin Zana memandang arah anaknya itu.Dahinya berkerut melihat Wajah Lara pucat.
"Takpelah Ma, Lara tak lalu makan dua tiga hari ni.Lepastu kepala pun pening rasa nak mual setiap pagi" Balasnya dengan nada lembut.
"Dah ajak Azim pergi klinik dah? takut jugak, mana tahu silap makan ke?" Ujar Datin Zana risau melihat Lara.
"Mama takyahla risau, Lara okay je.Dah pergi klinik pagi tadi. Tapi doktor cakap Lara cuba tak makan pagi je" Bohongnya.
Lara tiba tiba teringat kata kata doktor sewaktu membuat appoinment.
"Tahniah Lara Irdina, awak mengandung!"
Senyum Lara dengan teruja, airmata hampir saja membasahi pipi.Sebak taktahu macam mana rasa gembira tu nak digambarkan."Tak sabarnye nak bagitahu Azim, Opah dengan Mama.Apa kata aku diamkan dulu benda ni.Diorang mesti seronok nanti"Bisiknya dalam hati sambil mengusap perut.
"Lara? mengelamun apa tu?" Soal Datin Zana melihat anaknya mengelamun jauh.
Lara tersedar dari lamunannya.Cepat cepat dia menukar topik." Ha Mama betul ke ada polis datang?" Soal lara.Datin Zana mengangguk."Polis tengah cari Hanim sekarang ni.Terkejut jugak Opah dengan Mama lepas polis tu bagitahu.Haih,tak sangka Hanim tergamak buat kerja terkutuk tu.Sanggup bunuh Mak Ayah sendiri"
Lara menyentuh lembut bahu Mamanya." takpelah Ma kita doa kan je semoga dia berubah arah yang lebih baik."
Senyum Datin Zana."Perlu ke aku tanya Mama soal gambar yang aku nampak haritu? tapi sampai skarang aku terfikir, gambar tu gambar siapa.Aku sorang je anak perempuan,macam mana boleh ada gambar budak kecik lelaki pulak" bisiknya.
"Kalau takde apa apa, Mama nak pergi bilik Opah kejap" Datin Zana melangkah kaki untuk beredar tetapi tangannya ditarik Lara.Datin Zana memandang arah tangan."Ada apa Lara?"
"Lara nak tanya, gambar lelaki yang Mama pegang masa tidur haritu siapa?"
Sungguh bergoncang jantung Datin Zana.Dia terkaku dengan pertanyaan itu, mulutnya tidak dapat bicara.
"Mama? Lara tanya ni?" Soalnya lagi setelah melihat Datin Zana diam menyepi.
"Taktahu Mama dah lupa. Mama gerak dulu ke depan" Datin Zana melepaskan tangan tadi lalu ingin beredar tetapi Lara masih menyekat Mamanya.
"Mama, please bagitau Lara. Nak jugak tahu siapa?"
Datin Zana tiada jawapan.Dia mengelenggkan kepala."Takda siapa siapa kan Mama cakap" balasnya sedikit marah.
Lara menghela nafas."Takpelah kalau taknak bagitahu.Lara okay je" Dia tersentap segera meninggalkan Datin Zana didapur.**********
"Opah! opah okay ke ni?" Soal Lara yang melihat Opah terbaring tidur diatas katil bujang itu."Haih, Opah okay je.Cuma tak larat sikit biasalah, Opah pun dah tua. Entah mati esok lusa pun taktahu" senyum Opah.
"Ish Opah ni, tak baik tau cakap macamtu.Lara ni sentiasa doakan Opah panjang umur tau"
Opah bangun dari baring nya, dia duduk berdekatan dengan Lara." Mama kamu pergi mana?""Tadi ada dia cakap nak datang bilik Opah.Tapi bila Lara datang dia takda pun. Kat luar kut"
"Ha yelah, ambik angin luar rasanya.Ni Azim tak balik balik lagi ke" soal Opah lagi.
Lara mengeleng."Harini Azim balik lambat sikit mungkin petang.Maklumlah bawak lori kan hantar barang merata tempat" Senyum Lara pada Opah.
"Kamu okay ke? takdelah dua tiga harini Opah tengok kamu macam pucat je muka.muntah muntah,"
YOU ARE READING
PENAWAR HATI LARA ❤️[C}
Roman d'amourMengisahkan seorang gadis bernama Lara Irdina yang merupakan anak orang berada dan diberikan kemewahan oleh bapanya Dato' Hisyam. kemewahan yang ada membuatkan Lara menjadi seorang yang angkuh dan sombong,bukan Lara seorang sahaja tetapi juga ibunya...