Handbag yang mahal bernilai 9k disentuh oleh Lara.
" Ma....cantik kan handbag ni..sesuai tak kalau nak pergi jalan jalan??" Soal pada mamanya yang sibuk membelek handbag lain." Yaaa...cantik jugak yangnii tapi apa kata Lara letak dulu kita cari tempat lain...mama rasa tempat ni macam terlalu murahlah" balas Datin Zana dengan lembut.
Tangan Lara ditarik oleh Datin Zana, keluar dari kedai itu...Lara melihat ada pekerja perempuan yang asyik memandangnya..namun pandang tersebut dibalas dengan jelingan oleh Lara.
Kecantikkan Lara Irdina membuatkan ramai lelaki yang berada di mall terpegun...tetapi pandangan tersebut tidak dilayan oleh Lara.
Sambil berjalan dengan mamanya...terdengar bunyi deringan telefon..Lara terus melihat siapa yang telefonnya, dan terus angkat.
" Heyyy Heloo Beb!! Why you call me ha? Soal Lara.
Sewaktu bercakap telefon dengan kawannya..Lara sendiri terlanggar seorang lelaki yang berumur 30 an..barang barang yang dibeli lelaki itu semuanya jatuh berselerakan." Heyyyy..kau ni buta ke??? " Soal Lara kepada lelaki itu.
" Sayang mama...okay ke??" Soal Datin Zana yang risaukan anaknya."Ehh awak yang langgar saya...kenapa saya pulak kena?" Soal lelaki itu..
Lara terus menjerkah lelaki itu.
"Engkauuu yanggg langgar akuuu...sekrg nii kau nak salahkan aku?? Dahla..pakai pun macam orang miskinnn....gelilahhh..kauni mesti kampungkannnn!!!!" Marah LaraLelaki tady menggeleng kepala dan terus mengutip barangnya sendiri..namun Datin Zana dan Lara terus berjalan meninggalkan lelaki itu.
"Are u okay sayang?? Jomlah kita balik..mama tahu Lara mesti panas hati kan"
Lara yang mengibas ngibas rambutnya dengan tangan." Panas betul la ma.."
" Sian anak mama..jom kita balik ya" sahut Datin Zana dengan lembut.------------------------------------------------------------
Terdengar suara yang merdu dari dalam surau..suara yang sangat menyentuh kerana melaungkan ayat ayat suci Al Quran. Bacaan tersebut diakhiri. Lelaki kampung yang sangat tenang bila dipandang wajahnya.Jejaka yang berumur 22 tahun itu, sememangnya kacak dan bersuara lunak apabila membaca Al-Quran dan melaungkan azan di surau kampung.
Dia menyimpan semua Al Quran yang dibacanya,lalu keluar dari surau."Azim!!!" Dipanggil oleh imam kampung yang masih berjalan menuju ke Azim yang sedang menyarung kasut dihadapan surau .
" Yaa..ada apa imam" sahut Azim.
Azim terus menyalam imam yang sudah Smpai kepadanya.." Dah nak balik ke?" Soal Imam kampung itu.
"Haa..aa dah nak balik dah..lagipun opah sorang sorang risau pulak saya" senyum pemuda itu.
" Ha bagusla tuu...aku baru nak ajak kau jemaah sekali waktu asar kejap lagi"
" Buleh imam..tapi saya nk balik dulu..kejap lagi saya datang balik sini..bukannya apa..saya takut opah risau pulak saya tak balik" balas Azim dengan lembut.
" Bagusnya kamu ni...hati hati jalan tu"
" Baiklah saya balik dulu ya imam"Sudah semestinya..Azim akan berjalan kaki ke surau..tidaklah jauh sangat tetapi surau kampung itu dah macam rumah keduanya.setiap lagi memang dia akan datang untuk bersihkan surau sebelum solat subuh berjemaah.
Walaupun Azim hanyalah cucu angkat Opah Zaitun..namun Azim memang sentiasa menjaga Opahnya dengan baik.Bila waktu petang Azim akan ke kebun pisang milik Opahnya..kadang kadang dia akan memancing ikan air tawar di sungai atau sawah padi belakang rumah Opahnya.
Azim memang seorang yang rajin walaupun gajinya tidak seberapa ..dia ikhlas mahu menyara Opahnya.Sewaktu berjalan pulang ke rumah, gadis gadis kampung yang berniaga ditepi jalan hanya memandang Azim.tetapi Azim hanya menggeleng kepala melihat mereka yang seperti orang angau.siapa yang tak angau bila melihat wajah kacak Azim..yang berkulit putih senyuman yang manis dan jugak sopan santun orangnya.Tambah pula Azim yang sangat Gemar memakai baju melayu dan kain pelikat.
YOU ARE READING
PENAWAR HATI LARA ❤️[C}
RomanceMengisahkan seorang gadis bernama Lara Irdina yang merupakan anak orang berada dan diberikan kemewahan oleh bapanya Dato' Hisyam. kemewahan yang ada membuatkan Lara menjadi seorang yang angkuh dan sombong,bukan Lara seorang sahaja tetapi juga ibunya...