BAB 21

527 19 15
                                    

" opah nak kamu berdua kahwin" ayat yang keluar dari mulut Opah sangat memeranjatkan Lara,Azim dan jugak Datin Zana, keputusan tersebut membuatkan Lara tidak senang duduk.

" Opah...apa ni..buleh tak jangan buat keputusan terburu buru??" Jeling Lara tanda tidak setuju dengan cadangan Opahnya.

" Betul tu opah..Azim pun sama..kitaorang masih muda.." Azim turut mencelah.

Wajah Datin Zana penuh gelisah, seperti ada sesuatu yang tidak kena kalau mereka dinikahkan.
" Mak...kitaorang berdua duduk sini..sebab kita takda tempat tinggal, sebab keluarga berpecah belah..hubungan saya dengan suami pun tak baik..macam mana nak kahwinkan diorang nanti." Balas Datin Zana.

" Pasal tu jangan risau...mak buleh pujuk suami kamu tu balik sini terima kamu sekeluarga balik...lagipun kamu berdua dah berubah"

" Macam mana mak nak pujuk?? " Soal Datin Zana.

Lara sudah berpikiran melihat Opahnya seolah olah selalu sahaja menelefon papa nya Dato Hisyam.
" Jap...opah cakap macamtu ...jangan jangan opah selalu call papa?" Soal Lara.

Opah hanya terdiam apabila disoal cucunya itu.

" Opah...lagipun opah tak buleh paksa Azim..sebenarnya Azim anggap...." Percakapan nya terhenti dia memandang Lara.

" Anggap apa?" Soal opah

" Azim anggap Lara macam adik Azim sendiri opah...Azim langsung tidak perasaan dekat Lara...Azim nak jaga dia sebagai seorang adik."

Entah mengapa kata kata Azim itu membuatkan Lara sedikit sebak.Airmata hampir sahaja mengalir tetapi dia menahan dari menangis.
Lara tahu dirinya sudah pun jatuh cinta dengan Azim,tetapi takkan lah dia mahu mengaku yang dia sukakan Azim tetapi Azim pula hanya mengaku adik.Dia terpaksa akur.

" Ya opah..betul la tu cakap Azim..Lara pun anggap Azim macam abang Lara sendiri..takda apa apa perasaan pun" balas Lara dengan pura pura tersenyum dihadapan mereka.

Datin Zana pula menghembuskan nafas lega mendengar kata kata Lara dan Azim.

" Betul tu mak..biarlah diorang dengan pilihan masing masing..tak buleh nk paksa soal hati dengan perasaan ni" balas Datin Zana.

Opah pula mahu sangat Lara dan Azim dikahwinkan takut pula perkara yang tidak diingini berlaku dalam rumah itu.

" Opah..Lara masuk bilik dulu...." Lara memandang Azim..lalu beredar dari ruang tamu dan masuk ke dalam biliknya.Dia menutup pintu biliknya, Airmata mula berlenang dia menangis ,terduduk didepan pintu.
" Kenapa aku rasa macamni...kenapa dengan aku ni...kenapa aku rasa sakit sangat ni...Ya Allahh...." Bisik gadis itu.

Azim yang masih berada diruang tamu, seolah olah serba salah dengan jawapan yang diberikan pada opah tadi.
" Aku mintak maaf Lara...memang aku suka kau..tapi aku tahu opah takde duit nak buat majlis kahwin..aku pun takde duit..dan aku tahu mesti opah nak guna duit rawatan dia..untuk perkahwinan..aku tak sanggup" bisik Azim.

------------------------------------------------------------------------

"Mak..." Terdengar panggilan dari pintu bilik opah.Opah terus memandang anak tunggal nya itu.
" Ada apa nak.." balas opah.

Datin Zana datang melabuhkan punggungnya disebelah emaknya itu.
" Zana nak cakap sikit..pasal Azim dengan Lara.

" Cakap aja..mak sudi dengar" senyum opah

" Kenapa mak tiba tiba nak kahwinkan diorang..lagipun diorang muda lagi..Lara tu perangai macam budak budak lagi..tak sesuai kalau nak dinikahkan dengan Azim.."

Opah agak pelik..tiba tiba sahaja mahu membahas kembali perkara yang dibincangkan tadi.

" Kamu ni..kenapa tak setuju langsung mak nak kahwinkan diorang...lagipun benda baik tak salahkan..sepatutnya kamu bangga dapat bakal menantu macam Azim tu.." balas Opah.

"Mak..Zana jamin..kalau diorang kahwin..perkahwinan diorang takkan kekal lama.." Datin Zana memandang kearah lain.

Opah seakan pelik dengan perangai anak perempuanya itu..seakan ada yang tidak kena.
" Astafirullahalazim....kamu sepatutnya doa mereka bahagia sampai ke anak cucu...kenapa pula kamu nak kena pikirkan benda tak elok untuk diorang berdua..lagi satu..semalam kenapa kamu tiba tiba ja..mengigau sebut sebut nama Azim..."

Datin Zana agak terkejut dengan pertanyaan ibunya itu...mata nya penuh kerisauan..hatinya seperti tidak tenteram..

" Aaaaaa...sebenarnya..Zana tiba tiba mimpi Azim..mungkin sebab Zana banyak fikir kot"

" Hm..kamu ni macam ada sesuatu yang nak disembunyikan" Balas Opah yang melihat anaknya itu.

" Mana ada la mak..Zana takda sembunyikan apa apa..tkpelah..Zana nak kedapur..kejaplagi diorang lapar pulak"
Datin Zana cepat cepat beredar dari bilik emaknya..takut pula soalan lain yang ditanya lagi.

------------------------------------------------------------------------

Lara termenung sendirian di tepi sawah belakang rumahnya Opah.Dia masih sedih dengan percakapan Azim tadi.Daun rumput ditarik oleh Lara,
" Kenapa ehh nasib aku malang sangat..hmm..kalau betul dia anggap aku adik je...kenapa selamani dia baik dengan aku..dia tolong selamatkan aku..dia sentiasa jaga aku..macam aku isteri dia..tapi kenapa lain pulak jawapan yang keluar dari mulut dia..ke perangai lelaki memang macamni ehh.." bisik Lara dalam hati.

" Kau kutuk aku ehh..." Tegur Azim yang datang duduk disebelah Lara.
Lara seolah olah memandang kearah lain.

" Takde apa" balas Lara dengan ringkas, jawapannya yang agak marah.

" Kau okay ke?" Soal Azim memandang kearah Lara...

" Okay"

" Fuhh..pendek ehh kau jawab..selamani aku tanya sepatah sepuluh patah kau jawab..kau ni Napa..cuma cerita kat aku" Azim memandang dekat kearah Lara.

" Aish..jangan la pandang macamtu..aku cair gila" bisik dalam hati Lara.
" Kau ni jauh sikit buleh tak..." Jeling Lara pada Azim.

" Hmm..yalahh kau mana nak dekat dekat dengan orang susah macam aku ni..tak macam kau..kaya..ada mak ayah..aku ni? Mak ayah pun takde..entah mana la asal usul aku ni" sindir Azim.

Kata kata Azim membuatkan Lara terpikir untuk menanyakan sesuatu...dia kembali memandang kearah Azim.

" Kau tak tahu langsung ke..mana asal usul kau?" Soal Lara.
Azim hanya menggelengkan kepalanya.

" Macam mana opah buleh ambik kau?" Soal Lara lagi.

" Opah cakap..mak aku letak aku dekat depan rumah opah..mungkin mak ayah aku buang aku ..aku pun taktahu sangat..aku malas nak fikir..yang penting opah lah yang paling terbaik jaga aku..tak macam kau..ada mak ayah..kaya pula tu..nak apa semua dapat.."

" Aku? Untung?...kau tahu tak aku ada ayah pun..macam takde..selamani mama aku yang jaga aku..papa aku tu takleh harap langsung..sampai buang aku dengan mama..kalau kau nak tahu aku benci dengan papa aku.." balas Lara.

" Kau sebenarnya tak buleh benci papa kau..tapi kau sepatutnya hargai dia..tak macam aku..aku nak hargai siapa? Sebab aku takde dua dua tu..kau patut bersyukur..ada mak ayah yang jaga kau dari kecik Sampai kau besar..tapi aku ni..tak dapat langsung kasih sayang tu..yang aku dapat kasih sayang opah..tupun aku bersyukur sangat sangat" senyum Azim pada Lara.

" Entahlah..aku pun tak faham dengan apa yang jadi..yang aku pelik sekali mama aku tu..sejak tinggal sini ..tiba tiba berubah..aku hairan jugak mama aku baik semacam dengan kau..macam kau pulak anak dia.... Tapi takpe..kau anggap je..mak aku macam mak kau.." balas Lara.

" Kau pulak buleh anggap aku macam adik kau" sindir Lara dengan memandang kearah Azim.

" Kau nak kan kahwin dengan aku?" Soal Azim memandang Lara kembali.

PENAWAR HATI LARA ❤️[C}Where stories live. Discover now